/*
- »
*/

Monday, November 23, 2009

MALAM ANUGERAH AKADEMIK SKPR 09

Saturday, November 21, 2009

Malam Anugerah Akademik 2009

Jumaat,20 Nov-Seramai 89 pelajar cemerlang 5A tahun 2007,2008 dan 2009 menerima hadiah di Auditorium Al-Azim. Malam anugerah itu dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Melaka, Tn Hj Isa bin Hj Abu.Turut hadir Guru Besar, En Yahaya b. Hj Kamarudin, Penaung PIBG dan Pengerusi PIBG.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudian diikuti penyampaian Hadiah UPSR 2007,2008 dan 2009. Memeriahkan malam itu juga dengan persembahan violin, sketsa, Tarian Tunas Budaya SK Paya Ruput, dikir barat Arab dan persembahan koir. Acara gilang gemilang ini mendapat pujian pengarah kerana SK Paya Rumput telah menunjukkan pencapaian visi 2010.

Thursday, November 19, 2009

Tangga Kejayaan SK Paya Rumput.








Khamis,19 Nov- Seramai 33 orang murid Sekolah Kebangsaan Paya Rumput berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009.
Majlis penyampaian keputusan telah diadakan di dewan SKPR pada pukul 11.00 pagi. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Guru Besar SKPR, En. Yahaya Kamarudin, GPK Pentadibiran dan GPK Hem.Tahniah kepada semua murid yang telah mengharumkan nama sekolah.

Friday, November 13, 2009

Lawatan ke Sekolah SK Seri Ampangan, Ipoh













Khamis,12 Nov- Seramai 38 guru SK Paya Rumput, Melaka menyertai rombongan 'benchmarking'ICT ke SK Seri Ampangan, Ipoh. Rombongan telah diketuai GPK 1 SK Paya Rumput.Turut serta GPK HEM dan GPK KOKU.
Rombongan telah ditaklimatkan oleh GB SK Seri Ampangan, YM Raja Zainalabidin bin Raja Abdullah serta barisan GPK.

Tuesday, November 3, 2009

Mesyuarat Pembinaan Modul Kurikulum Tahap 1 Transformasi Pendidikan Tahun 1 dan 2 2009

Sepang 3 Sept- Seramai 24 peserta telah membina Modul ICT Trasfomasi Pendikan di Hotel Empress, Sepang. Mesyuarat diketuai oleh Ketua Unit ICT Bahagian Pengembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr Hajar bt Mohd Nor dan En.K Samsudin.