Friday, September 21, 2012

LATIHAN PENGUKUHAN PENULISAN 5G SEPT 2012

ARAHAN: Tulis satu karangan yang bertajuk 'Cara-cara Menyimpan Wang'. Tulis Nama Anda:

9 comments:

  1. Nama : Nurul Izzah & Nur Hidayah
    Kelas : 5 Gemilang
    Tajuk : Cara-cara menyimpan wang anda

    Wang adalah satu keperluan yang berguna untuk kita.Contohnya,membeli makanan,membeli minuman dan lain-lain keperluan.Oleh itu, kita sepatutnya menyimpan wang kita untuk kegunaan masa depan dan jangan bersikap boros.

    Langkah yang pertama ialah pihak bank sepatutnya membuat pertandingan yang menarik di bank untuk menarik perhatian orang ramai untuk menyimpan wang di dalam bank.Sebagai contoh,sesiapa yang menyimpan RM 200 di dalam bank akan mendapat hadiah istimewa dari pihak bank.

    Selepas itu, kita juga perlu berusaha sedaya upaya dengan menabung duit sendiri.Kita perlu menabung wang yang kita perolehi dari mana-mana sumber sebelum kita membelanjainya.

    Kita jugu perlu menyediakan senarai keperluan supaya kita tidak membeli barang secara sembarangan.Dengan itu,kita akan berbelanja sambil berjimat.

    Menyediakan wang yang secukupnya sebelum berbelanja juga adalah salah satu daripada cara yang memudahkan kita untuk menyimpan wang.

    Terdapat banyak lagi cara untuk kita menyimpan wang.Kita harus menyimpan wang untuk masa hadapan kita sendiri.Oleh itu,berbelanjalah dengan berjimat cermat dan tidak boros.

    ReplyDelete

  2. NAMA:HANI NATASHA DAN HUDA NADIA.
    KELAS:5 GEMILANG.
    TAJUK;CARA2 MENYIMPAN WANG.

    ReplyDelete
  3. NAMA :MUHD.FARIDUDIN B.ABU KASSIM
    MUHD.AMIR ADLI B.NASRI
    KELAS:5 GEMILANG
    TAJUK:CARA-CARA MENYIMPAN WANG


    Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, dan unit akaun.

    Banyak cara untuk menyimpan wang.Antaranya,kita boleh menabung.
    Dengan menabung,banyak wang yang boleh kita perolehi.

    Selain itu,kita boleh membuka akaun wang simpanan kita sendiri.
    Sekiranya kita membuka akaun simpanan,kita tidak akan rugi.

    Seterusnya,kita perlu berbelanja dengan bijak.Orang yang telah mempelajari rahsia menabung selalunya juga mempelajari cara berbelanja dengan lebih baik. Mereka berusaha dengan pelan pentadbiran kewangan yang tetap, yang boleh mengawal segala perbelanjaan, yang juga membuat setiap ringgit bermatlamat.

    Di samping itu,kita haruslah membuat senarai semua perbelanjaan anda.Membuat senarai perbelanjaan bulanan atau mingguan dapat membantu anda untuk lebih tahu tentang aliran wang anda. Dengan meneliti rekod perbelanjaan anda, anda akan berasa terkejut kerana anda telah membeli banyak barang yang tidak diperlukan. Buat satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dan beringatlah agar tidak membelinya lagi.

    Akhir sekali, kita mestilah
    buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang.Ada beberapa kebiasaan buruk yang membahayakan kesihatan dan wang anda, seperti merokok berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk ini tidak hanya membuatkan anda lebih sihat tetapi ia juga akan membantu anda menjimatkan lebih banyak wang.

    ReplyDelete
  4. NAMA :IFFAH DAN KARMILA
    KELAS :5GEMILANG
    TARIKH:21 SEPTEMBER 2012
    TAJUK :CARA-CARA MENYIMPAN WANG

    Assalamualaikum dan Salam Pengguna Dedikasi.

    Manusia mempunyai akal dan bermakna kesemua manusia boleh berjaya, tetapi kenapa sesetengah dari mereka tidak. Malah ramai yang mempunyai masa depan yang cerah tetapi ada juga yang mempunyai masa depan yang tidak cerah. Salah satu sebabnya ialah dari segi kewangan. Kebanyakan penduduk kampung mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menanggung kos yuran sekolah atau membeli buku rujukan. Jadi, untuk sesetiap pelajar yang inginkan kejayaan mestilah mencari ikhtiarnya sendiri.

    Pelajar hendaklah melakukan sesuatu yang dapat menjaminkan masa depan mereka. Di samping itu, mereka tidaklah membebankan ibu bapa mereka. Ada beberapa cara untuk menangani dan meringankan lagi masalah ini. Sila rujuk dibawah


    Menabung amat bagus untuk para pelajar. Amalkanlah sikap menabung sejak kecil lagi supaya anda boleh menggunakan duit itu jika diperlukan. Bagi yang bersekolah, ambillah 1/3 daripada duit saku anda untuk dimasukkan ke dalam tabung. Ada juga bank yang menyediakan tabung percuma bagi setiap pelanggannya. Tabung boleh dibuat sendiri dan boleh juga dibeli di kedai. "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit".

    Bank ialah tempat yang paling selamat dan menguntungkan anda untuk menyimpan duit. Tetapi carilah bank yang dapat menjamin masa depan anda. Bagi kanak-kanak, duit raya bolehla dimasukkan ke dalam bank. Duit di dalam tabung boleh juga dimasukkan ke dalam bank jika sudah penuh.


    Ramai masyarakat zaman kini membeli benda yang tidak berfaedah terutamanya di kalangan kanak-kanak. Mereka menggunakan duit saku sekolah untuk membeli ais krim, satay, dan lain-lain lagi. Tidakkah ini suatu pembaziran ? Mereka patut menyimpan duit mereka di dalam tabung.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda mengamalkan ketiga-tiga tips yang efektif di atas nescaya anda akan mempunyai masa depan yang cerah. Jadilah pengguna yang bijak !




    ReplyDelete
  5. NAMA :Syuhadah,Sharifah,Farah
    TARIKH:21 September 2012

    Cara-cara menyimpan wang.

    Malaysia mempunyai nilai wang yang tinggi.Ia merupakan salah satu keistimewaan negara Malaysia.Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bertanggungjawab menjaga nilai wang kita.

    Kebanyakan penduduk kampung mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menanggung kos yuran sekolah atau membeli buku rujukan. Jadi, untuk sesetiap pelajar yang inginkan kejayaan mestilah mencari ikhtiarnya sendiri.

    Menabung amat bagus untuk para pelajar. Amalkanlah sikap menabung sejak kecil lagi supaya anda boleh menggunakan duit itu jika diperlukan. Bagi yang bersekolah, ambillah 1/3 daripada duit saku anda untuk dimasukkan ke dalam tabung. Ada juga bank yang menyediakan tabung percuma bagi setiap pelanggannya.







    ReplyDelete
  6. Syafiq,Faiz,Nabil dan AllifSeptember 21, 2012 at 12:11 PM

    Nama:Syafiq Syahmi,Muhammad Noor
    Faiz,Ahmad Nabil dan Muhammad
    Allif
    Kelas:5 Gemilang
    Tajuk:Cara-cara Menyimpan Wang Anda

    Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat moden.Kita boleh menyimpan wang dalam tabung ataupun bank.Jika kita mengamalkannya,kita boleh menggunakannya untuk masa hadapan.

    Selain daripada menggunakannya pada masa hadapan,kita boleh membeli alatan sekolah.Pada masa kini,semua alatan sekolah sangat mahal.Jadi apabila kita menyimpan wang,kita boleh menggunakan wang itu untuk membeli alatan sekolah.

    Di samping itu,kita juga boleh menahan diri daripada membeli-belah di pusat membeli-belah.Hal yang demikian,kita dapat menjimatkan wang.Oleh itu,janganlah membazirkan tenaga dan wang di pusat membeli-belah.

    Akhir sekali,kita boleh membuat akaun bank.Apabila kita besar nanti,kita tidak perlu bersusah payah mencari wang.Jadi,kita boleh mengambilkannya di akaun bank yang kita buat.

    ReplyDelete
  7. Nama:Ikhwan,Iskandar,Najmi
    Kelas:5Gemilang

    Cara-cara Menyimpan Wang

    Menyimpan wang ataupun menabung adalah satu amalan yang baik dan disukai oleh Allah.

    Cara-cara menyimpan wang dengan baik ialah dengan menyimpan baki wang belanja sekolah.

    Di samping itu,kita boleh mengawal nafsu diri kita dengan baik.

    Selain itu,kita boleh menyimpan wang di dalam bank untuk masa depan kita.

    ReplyDelete
  8. NAMA : HAZIQ DAN LUQMAN.
    KELAS: 5 GEMILANG.

    Wang itu adalah sesuatu benda yang
    kita gunakan pada setiap hari.
    Amalan ini juga dikaitkan sebagai
    menabung.Jika kita mengamalkannya
    dengan sebaik mungkin,kita dapat
    menjimat wang.

    Salah satu daripada cara
    untuk menyimpan wang adalah dengan
    menggunanya untuk membeli sesuatu
    yang berfaedah.Contohnya ialah
    membeli barang untuk keperluan
    keluarga.

    Di samping itu,ia juga
    merupakan sebuah cara untuk
    mendidik nafsu supaya tidak
    berbelanja berlebihan.




    ReplyDelete