/*
- »
*/

Wednesday, June 29, 2011

PEMIMPIN?

KEPIMPINAN

Menurut Al-Farabi: "Pemimpin yang berjiwa:
BESAR adalah pemimpin yang menceritakan tentang WAWASAN
SEDERHANA adalah pemimpin yang menceritakan tentang kejayaan yang dicapai
KECIL adalah pemimpin yang menceritakan tentang kelemahan orang lain
LEBIH KECIL adalah pemimpin yang menceritakan tentang dirinya sendiri

APA DIA PENGURUSAN?

Pengurusan merupakan satu proses untuk mencapai matlamat organisasi yang melibatkan empat fungsi utama pengurusan iaitu Perancangan, Pengorganisasian, Kepimpinan dan Kawalan.

Pengurusan juga merupakan satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan.


Menurut Dr AWANG HAD SALLEH :
Jika hari ini lebih baik dari semalam, anda adalah seorang yang Cemerlang,
Jika hari ini sama dengan hari semalam, anda adalah orang yang malang,
Jika hari ini kurang dari hari semalam, anda adalah orang yang celaka.




KETRAMPILAN KEPIMPINAN KURIKULUM

1. Ketrampilan Teknikal
* Kemahiran dan pengetahuan dalam perkembangan kurikulum
* Kemahiran dalam disilin ilmu
* Pengetahuan bidang genetik dan spesifik
* Pengetahuan dalam asas-asas kurikulum (falsafah, sosiologi, Psikologi dan Sejarah)
* Pengetahuan Dalam Kaedah Kajian

2. Ketrampilan Kemanusiaan
* Memahami proses dinamika kumpulan
* Cekap mengendalikan keperluan individu pasukan dan komuniti
* Menyedari keperluan pelajar, guru dan komuniti
* Menyedari teori humanistik dan keperluan

3. Ketrampilan Bekerja Di Dalam Sistem Organisasi
* Mengetahui bagaimana sistem organisasi beroperasi
* Menghayati fungsi organisasi
* Mengetahui cara menyesuaikan diri dalam organisasi
* Mempunyai visi bagaimana prestasi organisasi boleh dioptimumkan
* Memahami konsep POLC

4. Ketrampilan Kejurubinaan
* Membina satu kerangka peranan dan bubungan dengan manusia di dalam organisasi untuk menggerakkan sesuatu tugas


PERANAN PENYELIA SEBAGAI PEMIMPIN

* Penghubung
* Penyelia
* Jurulatih
* Penasihat teknikal
* Profesional yang berwibawa
* Pendengar
* Penilai
* Pembuat Keputusan

KETRAMPILAN KEPIMPINAN

1. Ketrampilan Teknikal

* Kemahiran dan pengetahuan dalam perkembangan kurikulum
* Kemahiran dalam disilin ilmu
* Pengetahuan bidang genetik dan spesifik
* Pengetahuan dalam asas-asas kurikulum (falsafah, sosiologi, Psikologi dan Sejarah)
* Pengetahuan Dalam Kaedah Kajian

2. Ketrampilan Kemanusiaan
* Memahami proses dinamika kumpulan
* Cekap mengendalikan keperluan individu pasukan dan komuniti
* Menyedari keperluan pelajar, guru dan komuniti
* Menyedari teori humanistik dan keperluan

3. Ketrampilan Bekerja Di Dalam Sistem Organisasi
* Mengetahui bagaimana sistem organisasi beroperasi
* Menghayati fungsi organisasi
* Mengetahui cara menyesuaikan diri dalam organisasi
* Mempunyai visi bagaimana prestasi organisasi boleh dioptimumkan
* Memahami konsep POLC

4. Ketrampilan Kejurubinaan

* Membina satu kerangka peranan dan bubungan dengan manusia di dalam organisasi untuk menggerakkan sesuatu tugas


DIFINISI KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI

Kepimpinan dalam organisasi menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".

DEFINISI KEPIMPINAN

Satu proses bagaimanakah seseroang mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat-matlamat organisasi.


SUMBER-SUMBER PENGARUH PEMIMPIN

1. Kuasa Sah
Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatanya yang dilantik secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.

2. Kuasa Ganjaran

Kuasa ini berakar pada keupayaan seseorang pemimpin membari ganjaran kepada pengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika sekiranya pengikut mengamati bahawa pemimpin berupaya membari ganjaran. Misalnya Pengetua/Guru Besar yang boleh memperakukan kenaikan pangkat guru-guru atau stafnya dan perakuan ini dipakai oleh orang atas, Pengetua/Guru Besar ini akan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya.

3. Kuasa Paksaan

Kuasa ini membabtitkan kebolehan seseroang pemimpin mengenakan paksaan. Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin jika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan cuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman. Misalnya, orang yang melihat pembuangan kerja/ditukar tempat kerja sebagai sesuatu yang menyeksakan akan akaur kepada permintaan pemimpin.

4. Kuasa Pakar

Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa pemimpin mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran konseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikut memerlukan kepakarannya.

5. Kuasa Rujukan

Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasa dengan yang mengikutinya. kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat keana pemimpin berkenaan adalah model kepadanya, dia akan mempunyai keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu bukan kerana apa-apa tetapi kerana hormat, tertarik dan kagum, juga supaya dia diterima oleh pemimpin berkanaan.


TAKTIK PEMIMPIN MEMPENGARUHI ORANG BAWAHANNYA

1. Taktik Pujukan Rasional

Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannya tercapai. Untuk menggunakan teknik ini, pemimpin haruslah mempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyai kemahiran berucap.

2. Taktik Daya Tarikan Yang Memberikan Inspirasi

Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkan semangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa mereka adalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. Untuk menggunakan taktik ini, pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menggunakan metafora, simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yang menarik dengan gerak-geri yang menawan.

3. Taktik Perundingan

Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi pendapat, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin.

4. Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tacties)

Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa dia dihargai, misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang itu adalah yang layak melaksanakan tugas. Taktik ini kadang-kadang menjadi sebagai cara memanipulasi seseroang, Tetapi apabila seseroang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinannya, taktik ini akan menjadi berkesan.

5. Taktik Daya Tarikan Peribadi

Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahan melaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatan orang bawahan terhadap pemimpin mereka.

6. Taktik Pertukaran

Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatu ganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorang yang membuat tugasan yang diminta olehnya. Taktik ini akan menjadi berkesan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpin mempunyai kuasa memberi ganjaran kepada orang bawahannya dan juga jika orang bawahan memerlukan ganjaran itu.

7. Taktik Gabungan

Ini mendapatkan orang lain untuk mempengaruhi orang bawahan kita. orang lain ini mungkin terdiri daripada rakan sejawatan, orang bawahan, orang atasan atau mungkin orang di luar organisasi.

8. Taktik Sah

Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi, peraturan, program dan tradisi yang mana semua orang perlu mematuhinya. Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan ini diperlukan atau direstui pihak atasan.

9. Taktik Tekanan

Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan, amaran, dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakan yang kerap. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi, orang bawahan akan dimarahinya. kaedah ini digunakan tindakan terakhir seterlah cara-cara lain gagal.