/*
- »
*/

Sunday, April 24, 2011

SEKOLAH KLUSTER SK PAYA RUMPUT 2011

PUTRAJAYA - Sebanyak 30 buah diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan dalam satu majlis pengiktirafan di sini hari ini.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Sains Sabah, Sekolah Menengah Sains Johor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, Perak.

Sekolah rendah yang mendapat pengiktirafan tersebut pula ialah Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Perak, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka, Sekolah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Mantob, Sabah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pengiktirafan tersebut sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di negara ini.

“Apa yang dirancang oleh kementerian melalui pengiktirafan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama menjelang tahun 2020.

“sekolah kluster kecemerlangan bukan sahaja cemerlang dalam pengurusan dan pencapaian sekolah tetapi ia mempunyai kebitaraan akademik dan kokurikulum yang berupaya mewatakkan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pengiktirafan sekolah kluster kecemerlangan Fasa 4 bagi tahun 2011 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Ghafar berkata, bilangan sekolah kluster kecemerlangan di negara ini akan bertambah kepada 300 buah menjelang tahun 2015.

Menurutnya, bilangan sekolah kluster kecemerlangan yang ada pada waktu ini ialah sebanyak 124 buah termasuk dikawasan luar bandar dan pihaknya optimis dapat mencapai jangkaan tersebut.

Tambahnya, pengiktirafan sebagai sekolah kluster kecemerlangan juga memastikan sekolah luar bandar tidak tercicir dariapda menerima faedah pembangunan pendidikan di negara ini.

Friday, April 22, 2011

TUGASAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN TAHUN 6 A : PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN MEI 2011

SOALAN: CARI MAKLUMAT DAN SEDIAKAN SATU FOLIO BLOG 1O MUKASURAT YANG BERTAJUK AGENSI TEMPATAN.

NAMA:
TARIKH:
TAJUK:
UNTUK PERHATIAN:
SUMBER:

TUGASAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN TAHUN 5 ARIF : PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN MEI 2011

SOALAN: CARI MAKLUMAT DAN SEDIAKAN SATU FOLIO BLOG 1O MUKASURAT YANG BERTAJUK TARIAN, ALAT MUZIK DAN BAHASA/DIALEK

NAMA:
TARIKH:
TAJUK;
UNTUK PERHATIAN:
SUMBER:

TUGASAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN TAHUN 5 GEMILANG: PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN MEI 2011

SOALAN: CARI MAKLUMAT DAN SEDIAKAN SATU FOLIO BLOG 1O MUKASURAT YANG BERTAJUK TARIAN, ALAT MUZIK DAN BAHASA/DIALEK

NAMA:
TARIKH:
TAJUK;
UNTUK PERHATIAN:
SUMBER:

Wednesday, April 20, 2011

MAKSUD PERIBAHASA

KENALI PERIBAHASA

Pendahuluan:

1. Hampir setiap bangsa mempunyai peribahasa dan peribahasa sesuatu bangsa itu dapat mencerminkan bangsa tersebut.
2. Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna.
3.Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.
4. Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun.
5. Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.
6. Pada umumnya, peribahasa dapat dikatakan berasal daripada tiga sumber seperti yang berikut:
a. masyarakat biasa melalui pengalaman hidupnya.
b. golongan cerdik pandai berdasarkan pemerhatiannya yang tajam terhadap keadaan dan masyarakat sekelilingnya.
c. kitab suci Al-Quran dan kitab-kita agama lain,khususnya Hindu dan Buddha yang pengaruhnya agak meluas dan kukuh di alam Melayu suatu ketika dahulu.

Jenis Peribahasa
1. Peribahasa yang telah tercipta memang banyak.
2. Peribahasa banyak jenisnya antaranya :
a. Simpulan bahasa
b. perumpamaan
c. pepatah
d. bidalan
e. kata-kata hikmat

Simpulan bahasa
Merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, cepat tangan, kaki bangku dan sebagainya.

Perumpamaan
Merupakan jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya didahului dengan kata-kata bagai, laksana, ibarat dan umpama. Contoh perumpamaan bagai aur dengan tebing, ibarat telur di hujung tanduk, umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang dan lain-lain lagi.

Pepatah
Merupakan peribahasa berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang ingin disampaikan. Contohnyaberat sama dipikul; ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah dan sebagainya.

Bidalan
Bidalan adalah sejenis peribahasa yang mempunyai maksud tersirat disebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Contoh bidalan adalah ada gula, ada semut,air dicincang tidak akan putus dan lain-lain.

Kata-kata Hikmat
Merupakan peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. Kata-kata tersebut berisi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup. Contohnya bahasajiwa bangsa, masa itu ibarat emas dan sebagainya.

sumber:bahanbantumengajar

TUGASAN 5 CEMERLANG -PERIBAHASA 20 APRIL 2011

ARAHAN: CARI 20 ATAU LEBIH PERIBAHASA MELAYU.

NAMA:
TAHUN:
TAJUK:
TARIKH:
SUMBER:

TUGASAN 5 BESTARI-PERIBAHASA 20 APRIL 2011

ARAHAN: CARI 20 ATAU LEBIH PERIBAHASA MELAYU.

NAMA:
TAHUN:
TAJUK:
TARIKH:
SUMBER:


Tuesday, April 19, 2011

SK Paya Rumput , Sekolah Kluster 2011

Tahniah...kepada semua warga SK Paya Rumput yang telah terpilih sebagai sekolah kluster Melaka..Towards Excellent..

SEKOLAH KLUSTER

LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006.

Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk

mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang

mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan

Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan

sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan.

Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun

kecemerlangan.

DEFINISI

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti

cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian

murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam

sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah

dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem

pendidikan Malaysia.

PELAKSANAAN

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah

kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;

Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia

Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr.

Abdul Rahman Arshad

Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang

melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan

stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam

pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel

Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada

19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu

menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster

dapat berjalan dengan jayanya.

INFO PPDJ: Sekolah Kluster


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster

berikut:

Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah

Orang Asli.

Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),

Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

(SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun,

sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.

Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas

(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).

Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta

Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru

(IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama

o Pengukuran Standard Sekolah:

Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat Kedua

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)

Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun

berturut-turut:

SBP

SMKA

SMT

SM Harian

o

o

o

o

:

:

:

:

GPS 2.5 dan ke bawah

GPS 3.0 dan ke bawah

GPS 4.0 dan ke bawah

GPS 4.0 dan ke bawah

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):

Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata

pelajaran dalam UPSR, atau

Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau

GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

Kecemerlangan murid dalam aspek:

o Akademik

o Kokurikulum

o Sahsiah

INFO PPDJ: Sekolah Kluster


Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.

Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.

Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.

Keberkesanan pelaksanaan program KPM

Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh

mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

Langkah

Langkah

Langkah

Kluster

Langkah

Langkah

Langkah

1:

2:

3:

4:

5:

6:

Penerimaan pencalonan

Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.

Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah

Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional

Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat

Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:

Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)

Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang

Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:

Memenuhi kriteria Guru Cemerlang

Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah

Kluster.

Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam

bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan

Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada

Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid

baru untuk bidang kebitaraan sekolah

Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:

Berpandukan:

o

Key Performance Indicator (KPI)

pengurusan sumber manusia dan fizikal

INFO PPDJ: Sekolah Kluster


o

sumber kewangan

pembangunan profesionalisme staf

program kurikulum dan kokurikulum berkesan

lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum

dan sahsiah.

TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah:

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

o

o

Umum (untuk semua sekolah)

Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah,

pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan

kepada:

Pematuhan piawai yang berikut:

o Akta Pendidikan 1996

o Sistem Pendidikan Kebangsaan

o Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis

Panduan dan Surat-surat Siaran

o SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

o

o

o

o

o

Pengurusan

Pengurusan

Pengurusan

Pengurusan

Pengurusan

Sekolah

Sumber Manusia

Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal

dan Pelaksanaan Kurikulum

dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan

kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan

dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga

Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

o

o

o

o

o

Biasiswa

Kewangan/Dana

Program Kecemerlangan Akademik

Program Kecemerlangan Kokurikulum

Program Kerjaya

INFO PPDJ: Sekolah Kluster


IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum

Program Kerjaya

Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8%

daripada 5.2 juta pelajar

Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara

Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan

sekolah kluster

Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan

Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)

Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara

Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang

(6.9% daripada 350,000 guru)

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

INFO PPDJ: Sekolah Kluster

sumber: ppdjasin.tk

Tuesday, April 12, 2011

HARI USAHAWAN SK PAYA RUMPUT 2011





Pada 21 MEI2011i ini akan diadakan Hari Usahawan SK Paya Rumput 2011 Pelbagai permainan, makanan dan minuman serta pameran pada hari berkenaan.

Gerai-gerai yang akan dibuka adalah seperti berikut:
  • Makanan
  • Minuman
  • Rumah Hantu
  • Permainan
  • Demostrasi Bomba
  • Pameran
  • Cabutan Bertuah
  • Pertandingan melukis
  • Pertandingan puteri comel
  • Pertandingan gubahan dan lipatan kain

Pelajar-pelajar boleh membeli kupon-kupon melalui guru kelas masing-masing. Ibu-bapa dan keluarga pelajar dijemput untuk memeriahkan acara Hari Usahawan ini. Datanglah beramai-ramai sambil menjamu selera.

Datanglah beramai-ramai..............


Monday, April 11, 2011

Karangan Dialog Tahun 5 Cemerlang, April 2011

SOALAN: Cari maklumat karangan dialog/perbualan/temuramah di internet.

Nama
Tahun:
Tajuk:
Sumber:
Tarikh:

Wednesday, April 6, 2011

Karangan Dialog Tahun 5 Bestari April 2011

SOALAN: Cari maklumat karangan dialog/perbualan di internet.

Nama
Tahun:
Tajuk:
Sumber:
Tarikh:

Tuesday, March 29, 2011

Tugasan 5 Bestari Bahasa Melayu 29 Mac 2011

Tempat-Tempat Menarik di Malaysia

Tugasan anda mesti mempunyai format berikut:

Nama :
Kelas :
Tajuk :
Tarikh Hantar:
Sumber/Alamat bahan (contoh: www.cuti-cutimalaysia.com):


Soalan: 1. Senaraikan nama-nama tempat menarik di Malaysia.
2. Tulis 10 ayat berdasarkan nama-nama tempat yang disenaraikan.
Sila klik ruangan comment untuk post tugasan anda.

Tugasan 5 Cemerlang 30 Mac 2011

Tempat-Tempat Menarik di Malaysia

Tugasan anda mesti mempunyai format berikut:

Nama :
Kelas :
Tajuk :
Tarikh Hantar:
Sumber/Alamat bahan (contoh: www.cuti-cutimalaysia.com):


Soalan: 1. Senaraikan nama-nama tempat menarik di Malaysia.
2. Tulis 10 ayat berdasarkan nama-nama tempat yang disenaraikan.
Sila klik ruangan comment untuk post tugasan anda.

Saturday, March 26, 2011

KEM JATIDIRI SK PAYA RUMPUT 2011



26 MAC 2011- Seramai 150 murid SK Paya Rumput menghadiri Kem JatiDiri di Tropical Farm Sg Udang dalam program yang diadakan selama 3 hari. 60 orang guru turut terlibat dalam program tersebut.

Tuesday, March 22, 2011

TUGASAN TAHUN 5 BESTARI : BAHASA MELAYU MAC 2011

ARAHAN: CARI MAKLUMAT BERDASARKAN SATU TAJUK YANG TELAH DITENTUKAN SEPERTI DI BAWAH.

1. Makanan Tradisional
2. Permainan Tradisional
3. Tarian Tradisional

Pastikan tugasan anda ada maklumat

Nama:
Tahun:
Tajuk:
Untuk Perhatian:

TUGASAN TAHUN 5 CEMERLANG: BAHASA MELAYU MAC 2011

ARAHAN: CARI MAKLUMAT BERDASARKAN SATU TAJUK YANG TELAH DITENTUKAN SEPERTI DI BAWAH.

1. Makanan Tradisional
2. Permainan Tradisional
3. Tarian Tradisional

Pastikan tugasan anda ada maklumat

Nama:
Tahun:
Tajuk:
Untuk Perhatian:

Wednesday, January 26, 2011

RANCANGAN TAHUNAN ,RPH,MODUL TMK TAHUN 1 KSSR 2011

HASIL PERBENGKELAN DI HOTEL PONTIAN DAN HOTEL PUTRA KL: SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK DOWNLOADFAIL RANCANGAN TAHUNAN SETIAP DISIPLIN ILMU DAN CONTH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN , MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KSSR.

DOWNLOAD

CARA MENGURUS PERUBAHAN DI TEMPAT KERJA

PENGURUSAN PERUBAHAN...untuk semua yang mengenali hazman.

Menurut Carnell(1991), Blair dan Meadows(1996) mengatakan perkara yg pasti akan berlaku dlm organisasi adalah perubahan dan perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan menghadapinya. Organisasi yg tdk menghiraukan pengurusan perubahan akan gagal mempertahankan kelebihan daya saing dan seterusnya akan meninggalkan pasaran.

Definisi Perubahan :

Green Berg (1997)

Perubahan ialah suatu transformasi yang berlaku secara terancang atau tidak terancang terhadap struktur, teknologi dan individu dalam organisasi.

Brightman dan Moran (2001)

Pengurusan perubahan sebagai suatu proses pembaharuan yang dilakukan secara berterusan oleh organisasi dari segi hala tuju, struktur, kemampuan untuk memenuhi keperluan pelanggan dalaman dan luaran yang sentiasa berubah.

Ab Aziz Yusof (2004)

Perubahan merupakan proses mengubah keadaan atau situasi supaya menjadi lebih baik sama ada dari segi keberkesanan dalam proses kerja, memposisikan organisasi supaya mendahului pesaing dan pembaikan berterusan terhadap produk yang dikeluarkan.

Gerakbalas kearah pembentukan bagi perubahan

Perubahan tdk terancang -Bertindaka balas terhadap tanda2 bhw perubahan adalah diperlukan spt ekoran kejatuhan mata wang, dalam tindakan mahkamah (krn pembuangan sisa toksid, perubahan nilai sosial, kekurangan bekalan gas asli (1977),

1. Membentuk suatu program perubahan yg dirancang (membuat pelaburan dr segi masa, sumber utk mengubah operasi mrk

2. Program perubahan yg dirancang (John M. Thomas & Warren G. Bennis sbg rekabentuk & pelaksanaan suatu pembaharuan struktur yg disengajakan.

Bentuk-bentuk Perubahan

1.




- Memastikan kelangsungan organisasi

- Meletakkan organisasi dlm situasi yg tdk terancam

Perubahan Terancang

- perubahan drastik

- melibatkan keseluruhan organisasi

- pesat

- dilaksanakan secara besar-besaran

- satu reformasi

- proaktif dan

- transformasional

(Perubahan terancang dilakukan bertujuan:

- mengganti, memusnah,merubah keseluruhan jentera dan prasarana organisasi. (merungkai struktur, budaya, strategi, sistem dan segala bentuk amalan pengurusan lama kpd baru.- Memastikan kelangsungan organisasi

- Meletakkan organisasi dlm situasi yg tdk terancam)

2.


Perubahan Tidak Terancang

- Dilakukan utk memenuhi tunutan masa & situasi

- Sebagai reaksi tekanan persekitaran

(Dikenali sbg perubahan membangun,

perubahan reaktif dan perubahan order pertama

yg melibatkan skop yg terhad & blh kembali kpd situasi

asal jika perubahan yg dilakukan gagal)

Faktor Mempengaruhi Perubahan

a. Teknologi

- Bangunkan sistem kawalan teknologi –melalui pmbtk J/k khas, penyimpanan fail

- Mengkaji Organisasi & pelanggan- mempasti kebolehan dan keupayaan subordinat dgn teknologi

- Hasil berlandaskan keputusan teknologi

b. Gaya Hidup – organisasi perlu peka dgn perubahan ini

- pekerjaan

- status perkahwinan

- keselamatan

- umur dll

c. Persaingan

- tekanan drp persaing

d. Politik dan ekonomi

- pergolakan politik akan menggambarkan kedudukan ekonomi

- kejatuhan nilai mata wang

- peperangan

e. Perubahan Pasaran buruh

- permintaan pasaran buruh

- mengekalkan pekerja terbaik

Desakan Kepada Perubahan Mengikut (Ab Aziz Yusof)

1. Sumber Tenaga Kerja (individu/pasukan)

Merupakan pembantu, pelaksana & rakan kpd pemimpin dlm melaksanakan perubahan dr segi Pengetahuan, Kepakaran & Kebolehan dlm menjayakan perubahan

- Mempertingkatkan kemahiran subordinat

- Kelakuan

- Dorongan

2. Struktur

Struktur didefinisi sbg phbgn formal yg menetukan bgm pengagaihan kerja, kuasa, kerjasama, sumber & t/j

- Mereka btk kerja melalui pengkhususan, pengkayaan, pembesaran skop kerja

- Penambahan/pengurangan thdp kandungan deskripsi, spesifikasi & peranan sobordinat

- Meminda dasar penjabatan spt organisasi berbagai fungsi, kpd ssistem jabatan yg berasaskan produk.

- Pengurangan Jarak kawalan- mendatarkan hierarki & memperkasakan subordinat

- Manual & penerangan thdp polisi & prosedur (menyediakan ruang budi bicara.)

3. Teknologi

Mekanisme(mesin& komputer) penting organisasi utk menukarkan input kpd output. Melalui pengeluaran secara kecil-kecilan bg permintaan pelanggan terhad, secara besar-besaran bg jangka pjg utk memperolehi kos efektif dan pengeluaran berterusan dgn menggunkan teknologi bg memenuhi permintaan tanpa sempadan masa @ tempat. Perubahan itu :

- teknik yg digunakan dlm melakukan kerja (kaedah terbaik dlm melaksanakan sesuatu kerja)

- Perubahan peralatan yg digunakan ( robotik, komputer)

- Pengubahsuaian cara2 pengeluaran dgn pengurang kos per uni tproduk

- Perubahan ergonomik (meningkatkan keselesaan, keselamatan, kesihatan subordinat)

4. Persekitaran

Desakan drp luar organisasi spt pembekal, pelanggan, pesaing, kerajaan, Masyarakat & pihak lawan

- sejauhman persekitaran mampu bertindak sebagai pemangkin kpd perubahan

- Kesediaan elemen2 persekitaran dlm menerima/menolak perubahan

- Kompleksiti dlm usaha utk membudayakan 7 merealisasikan perubahan.

HALANGAN-HALANGAN TERHADAP PERUBAHAN:

Menurut Griffiths dan Williams(1998) menegaskan bhw proses pelaksanaan perubahan yg berkesan melibatkan byk unsur yg menekankan faktor2 persekitaran & mengurangkan tentangan dlm organisasi.

Proses ini melibatkan:

  1. Menganalisis Organisasi & keperluan thdp perubahan

- memahami operasi organisasi dgn dgn melihat bgm ianya berfungsi

- Perlu mengkaji kekuatan dan kelemahan

  1. Matlamat Organisasi Yg Jelas

- Keperluan objektif, misi perlu dijelaskan

- Proses merangkumi keperluan organisasi masa hdpn spt, misi, visi dll

  1. Komunikasi, penglibatan individu dan bertindak jujur.

- Perlu memusatkan penglibatan individu dlm melaksanakan perubahan

- Saluran komunikasi yg lebih terbuka agar individu medapt gambaran sebenar.

  1. Pemahaman bhw perubahan organisasi memerlukan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan yg baru.

- individu perlu diberi latihan spy pdgn subordinat lebih positif

1. Individu :

- kebimbangan terjejasnya ganjaran/kehilangan pekerjaan/turun pangkat

- kabur dengan kebaikan yang bakal diperoleh

- bimbang kejayaan lalunya dilupakan

- tabiat semulajadi

- dipagari oleh zon keselesaan dari segi kerja/kedudukan/penghormatan dll.

- kebimbangan menjejaskan hubungan sosial/bimbang terhadap pengurusan yang lebih autokratik

- tidak ada keyakinan diri

2. Pasukan Kerja :

- norma pasukan – peraturan formal yang dipersetujui secara kolektif bagi menyediakan garis panduan

- keakraban pasukan espirit de corps (semangat kekitaan) – ikut keputusan kumpulan

- lepak sosial pasukan melahirkan mediocre subordinat lakukan tugas secara sederhana

3. Halangan Organisasi :

- Inertia struktur organisasi (ketidak upayaan struktur organisasi)

- Ancaman kepada penghakisan kuasa

- Kekurangan kepercayaan/tiada persefahaman di antara pemimpin dengan subordinat

- Masa yang tidak sesuai untuk perubahan dilakukan

- Tiada sokongan daripada pemimpin – pemimpin tidak menjadi role model

- Sikap sambil lewa pemimpin terhadap krisis yang wujud

- Menggugat kewujudan pertalian kuasa

- Sumber terhad /teknologi lapuk

MENGATASI PENENTANGAN TERHADAP PERUBAHAN

6 Cara Menurut Kotter dan Schlesinger (lebih dari satu teknik-teknik ini boleh digunakan dalam mana-mana situasi tertentu).

i. Pendidikan dan Komunikasi – jika logik tentang keperluan perubahan diterangkan awal-awal lagi sama ada secara individu/kumpulan/bahagian organisasi melalui kempen-kempen pendidikan pandang- dengar secara terperinci maka jalan ke arah melaksanakan perubahan dengan jayanya mungkin bergerak lebih lancar.

ii. Penyertaan dan Penglibatan – Pastikan mereka yang terlibat mengambil bahagian dalam mereka bentuk perubahan.

iii. Permudahan dan Sokongan – memudahkan proses perubahan dan beri sokongankepada mereka yang terlibat. Program-progaram latihan semula, beri masa rehat selepas tempoh yang sukar, beri sokongan emosi dan empati/pengertian boleh membantu

iv. Rundingan dan Persetujuan – adakalanya perundingan perlu dengan penentang yang telah dikenal pasti atau bakal-bakal penentang. Jika perlu dapatkan ‘aku janji’ bertulis yang merupakan jaminan dari ketua-ketua sub unit organisasi yang terlibat.

v. Manipulasi dan Lantikan – lantik tokoh penentang ke suatu peranan penting dalam membuat rekabentuk dan melaksanakan proses perubahan.

vi. Desakan Eksplisit dan Implisit – paksa pekerja supaya terima perubahan dengan ancaman secara eksplisit atau implisit yang melibatkan kehilagan atau pertukaran kerja, kurangnya kenaikan pangkat.(biasa dilakukan tapi bahaya untuk mendapat sokongan pada masa depan)

STRATEGI PERUBAHAN BERDASARKAN - MODEL KURT LEWIN MENURUT AB. AZIZ YUSUF (2004) DALAM BUKUNYA BERTAJUK KEPIMPINAN DALAM MENGURUS PERUBAHAN DARI DIMENSI KEMANUSIAAN.

Menurut Kurt Lewin perubahan akan melalui 3 tahap iaitu pencairan, berubah dan pembekuan semula. Model Kurt Lewin penting kepada pemimpin untuk membolehkan mereka memilih tindakan yang sesuai pada setiap tahap perubahan yang dilalui.Model Lewin juga menyediakan teknik kepada pemimpin untuk menganalisis masalah yang kompleks dengan memastikan 2 faktor tekanan terhadap perubahan berada dalam keseimbangan iaitu faktor menyokong dan faktor menentang.

Tahap Pertama : Pencairan (menyedarkan subordinat betapa perlunya perubahan & membuat pesediaan utk mhdpi perubahan)

P Terdapat kesedaran dalaman pemimpin terhadap keperluan untuk berubah. Pada tahap ini pemimpin mendapati keadaan sekarang tidak akan berkekalan. Justeru, pemimpin perlu mencairkan kebekuan yang terhasil akibat daripada keselesaan, pengulangan kerja, tradisi dan status quo (keadaan yang ujud sekarang iaitu sebelum berlaku perubahan).

P Pemimpin perlu mencairkan situasi ini menggunakan teknik atau kaedah ancaman, amaran, gesaan atau nasihat. Ia bagi menyelamatkan organisasi yang sedang berhadapan dengan perubahan baru yang kompleks dan mencabar.

P Pemimpin perlu bertindak secara provokatif untuk menyedarkan subordinat terhadap keselesaan yang dialami selama ini bahawa mereka dan organisasi berhadapan dengan ancaman perubahan yang sedang atau bakal dihadapi.

P Menyedarkan subordinat bukan mudah.Terlalu sedikit yang bersedia meninggalkan keselesaan untuk sama-sama mengharungi haluan ke arah perubahan yang tidak pasti. Mereka takut kehilangan ganjaran dan masa depan.

Tahap Kedua : Berubah (keputusan diambil utk membuat perubahan bg memastikan organisasi dpt bersaing)

P Memerlukan pemimpin memberi tumpuan kepada keperluan, pembelajaran dan pembinaan gelagat baru yang dikehendaki di kalangan subordinat yang telah mula bersedia untuk menerima perubahan.

P Perubahan dari segi sikap, budaya, personaliti dan kepakaran yang sedia dimiliki subordinat perlu dilakukan sebagai persiapan untuk menghadapi persaingan.

P Perubahan dimulakan dengan mengenal pasti suatu matlamat yang ingin dicapai seperti matlamat untuk mendahului pesaing dengan memastikan organisasi sentiasa berada dalam kedudukan kompetitif.

P Pada tahap ini elakkan membuat kejutan kepada subordinat dan pastikan apa yang dijanji dikotakan.

P Pemimpin perlu jadikan diri mereka sebagai role model dan sentiasa berada dihadapan apabila menghadapi kekangan. Pada tahap ini subordinat akan sentiasa memerhati komitmen, gelagat dan perkataan pemimpin terhadap perubahan.

P Pada tahap ini pemimpin dan subordinat perlu membebaskan diri daripada mengagungkan sejarah kecemerlangan yang lalu.

Tahap Ketiga : Pembekuan (mengukuhkan & mengekalkan perubahan yg dilakukan dgn kebaikan dan kesan drp perubahan)

P Pada tahap ini pihak-pihak yang terlibat dengan perubahan bersetuju untuk bertindak dan menyelesaikan masalah terhadap penghalang perubahan secara bersama.

P Tahap ini akan memastikan tumpuan terhadap pengukuhan gelagat baru yang telah dibina untuk sama-sama dihayati, dihormati dan dipelajari supaya ia menjadi satu budaya.

P Pemimpin perlu kenal pasti sumber-sumber yang diperlukan dan cara hendak memperolehinya.

P Pemimpin dan subordinat perlu ingat bahawa perubahan adalah suatu proses yang berterusan. Kejayaan untuk membudayakan sesuatu perubahan merupakan titik mula kepada suatu lagi perubahan yang lebih kompleks.

Tahap

Keterangan

1. Pencairan (ganggu status quo)

2. Perubahan (mbangunkan gelagat baru )

3. Pembekuan

Semula (pengukuhan & penghayatan)

Mengganggu tradisi, status quo dan keselesaan dengan mengemukakan persoalan secara provokatif.

Mengubah sikap individu, jabatan dan organisasi di mana perubahan perlu dilakukan. Perubahan bermakna membangunkan visi, misi, matlamat, strategi, nilai, budaya, gelagat dan sikap baru.

Memperteguhkan visi, misi, matlamat, strategi, nilai, budaya, gelagat dan sikap yang telah diputuskan untuk diubah dan akan direalisasikan secara kolektif (bersama)

Kesimpulan :

Kejayaan pelaksanaan model bergantung kepada kepekaan pemimpin terhadap keperluan ke arah perubahan, keupayaan mereka mengkomunikasikan kelebihan perubahan, ancaman yang bakal dihadapi dan kesan daripada pengalaman terdahulu oleh subordinat terhadap perubahan-perubahan terdahulu. Tentangan dan nhalangan mungkin akan berlaku pada setiap peringkat.

10 Langkah Ke Arah Perubahan Yang Efektif Menurut Kurt Lewin

1. Kaji dan teliti visi dan misi organisasi serta tentukan iklim untuk perubahan

2. Halusi objektif perubahan yang dikehendaki dalam bentuk output dan bukan faedah

3. Reka bentuk kaedah untuk mencairkan keadaan yang sedia ada

4. Bentuk kaedah untuk mengajar cara baru mengikut prosedur yang dikehendaki

5. Reka bentuk kaedah untuk memberi ganjaran kepada pembekuan prosedur baru

6. Laksanakan Langkah 3 itu secara praktis

7. Implementasikan rancangan latihan dalam Langkah 4

8. Laksanakan Langkah 5 seperti yang telah digariskan

9. Buat penilaian terhadap keberkesanan perubahan yang dilaksanakan selama ini. Buatlah pengubahsuaian dari masa ke semasa

10. Ulangi proses sehingga capai output yang dikehendaki.

Analisa Kuasa Lapangan ( Kurt Lewin 1951) :

Cuba bayangkan terdapat satu perubahan akan dilakukan untuk mengembangkan syer pasaran. Sudah tentu terdapat kuasa menyokong dan menentang.

Kuasa Menyokong

Kuasa Menentang

P Kesetiaan subordinat yang tinggi

P Pengiklanan yang gah

P Kekuatan pasukan jualan

P Keyakinan pelanggan

P Sistem pengagihan yang cekap

P Sokongan pimpinan atasan

P Tentangan kesatuan

P Pusinagan ganti yang tinggi

P Sikap subordinat

P Teknologi lapuk

P Tiada persefahaman dengan subordinat

P Sumber terhad

T Sesuaikan dengan alam pendidikan.

- Kekuatan di antara kedua-dua kuasa ini akan menentukan sama ada organisasi mampu tingkatkan syer pasaran atau gagal

- Jika didapati faktor menentang lebih kuat, organisasi boleh mengambil tindakan berikut bagi menarik sokongan yang menentang supaya memihak kepadanya.

Strategi-strategi boleh diambil seperti berikut :

4 yakinkan ketua kesatuan, beri amaran dan ugutan

4 membaiki sistem ganjaran

4 beri latihan atau tingkatkan kemahiran

4 tingkat dan baiki teknologi menggunakan sepenuh sumber yang ada

4 baiki strategi pengiklanan

Kebaikan diperolehi :

4 kenal pasti faktor-faktor kritikal yang halang kemajuan

4 kenal pasti faktor yang paling mudah untuk diatasi

4 tindakan terbaik perlu diambil untuk menghadapi isu-isu berkaitan

4 menentukan sama ada perubahan perlu dibuat atau perlu dielak

POST MORTEM PERUBAHAN

1. PM adalah proses pengumpulan dan penganalisaan maklumat-maklumat penting bagi melihat keberkesanan perubahan.

2. PM awal membolehkan organisasi mengumpulkan maklumat bagi membantu mempercepatkan pencairan dalam mengenal pasti permasalahan yang sedang dan akan dihadapi

3. Apabila pencairan berlaku , PM seterusnya boleh menjelaskan permasalahan serta mengemukakan cadangan bagaimana perubahan perlu dilaksanakan.

4. Bagi permasalahan yang lebih kompleks dan tidak rutin, kerja-kerja PM hendaklah dilakukan oleh mereka yang punyai kemahiran/kepakaran yang diistilahkan sebagai agen perubahan

5. Sesetengah organisasi punyai agen perubahan dalaman manakala sesetengah yang lain menggunakan juru runding daripada organisasi luar.

BAGAIMANA SEKOLAH DAPAT DIUJUDKAN SEBAGAI SUATU ORGANISASI KORPORAT

1. Membudayakan nilai-nilai korporat sebagai sesuatu yang penting dan perlu dibudaya secara kolektif.

2. Mempunyai pelan perancangan strategik yang mantap dan efektif melibatkan pelbagai peringkat dalam proses penyediaan reka bentuknya.

3. Mengiktiraf ahli-ahli yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar kepada organisasi sebagai lambang yang layak dicontohi.

4. Mengadakan upacara yang diamalkan secara simbolik sebagai mengingati dan memperteguhkan nilai, sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan individu yang dianggap hero kepada organisasi.

5. Terdapatnya rangkaian komunikasi yang mantap sebagai saluran berinteraksi dan juga berindoktrinasi terutama kepada subordinat baru.

6. Meningkatkan kuantiti dan kualiti perkhidmatan dan pencapaian dalam akademik dan ko kurikulum serta pengurusan.

7. Keadilan dalam pemberian ganjaran

8. Meningkatkan semangat berpasukan

9. Mewujudkan dorongan yang kuat untuk bekerja melalui komitmen pengurusan yang mantap/penglibatan subordinat yang tinggi/membangun kemajuan kerjaya subordinat.

10. Mewujudkan Sistem Kawalan terhadap proses yang dilaksanakan bagi memastikan kualiti produk tercapai sebagai yang dikehendaki.

ULASAN JURNAL

Penulis : Vince Molinaro dan Susan Drake, Graduate Department, Brock Univercity.

Tajuk : Successful Educational Reform – Lesson For Leaders

Sinopsis : Menceritakan berkenaan dengan kajian yang dilakukan terhadap sekolah-sekolah di Amerika Utara. Kajian yang mengambil masa 3 tahun. Aspek kajian ialah terhadap sekolah-sekolah baru yang mengamalkan budaya pengurusan perubahan. Pengurusan di sekolah-sekolah yang dikaji telah berusaha membina budaya, menampilkan nilai permuafakatan dan perkongsian kepimpinan. Inilah yang dibincang dengan panjang lebar di dalam jurnal ini.

Membina budaya :

Nilai Permuafakatan:

Perkongsian Kepimpinan :

Istilah-Istilah Khusus dan Pendefinisiannya:

Budaya Organisasi : Adalah imej yang dibentuk dengan tujuan untuk melambangkan kecemerlangannya.

(Ab Aziz Yusof, 2004)

Budaya sebagai perkongsian nilai, persefahaman, tanggapan dan matlamat yang telah dipelajari

Daya penggerak perubahan

i. Persekitaran Luaran

- Kos yg meningkat

-


Kekurangan sumber asli

- Peraturan keselamatan kerja & anti pencemaran

- Tingkat pendidikan tinggi dlm pasaran buruh

- Kadar2 faedah yg tinggi.

- Kemajuan teknologi

- Tindakan2 bersaingan

(memaksa organisasi mengubah struktur, matlamat2 & kaedah2 operasinya.)

ii. Faktor Dalaman

- Berpunca dalam organisasi sendiri spt strategi baru atau penstrukturan semula (rutin kerja, program latihan, persekitan pampasan melalui lkadar ganti tinggi dan mogok)

-


Teknologi

- Sikap dan tingkahlaku pekerja

Peranan agen perubahan(anggota organisasi @ perunding luar) ialah individu yg bt/j memegang peranan kepimpinan dlm mguruskn proses perubahan sebagai orang pakar @ kemahiran khusus, kekebasan dr ganggung t/j operasi harian dan org luar lebih dipercayai, didengari & kemampuan membuat pertimbangan objektif

Teknik Perubahan

1. Program Pengayaan kerja

2. arah aliran penyertaan pekerja/subordinat dlm membuat keputusan

Bentuk-bentuk Perubahan

Mode2 Proses Perubahan

1. :bidang Daya Penggerak” oleh Kurt Lewin. Sebarang tingkahlaku adalah akibat keseimbangan di atr daya penggerak tolakan (mendorong ke satu arah) dan daya pengerak mengahalang.(mendorong ke arah lain).

i. Daya Penggerak penolakan

Daya Pengerak bg Perubahan

Daya penggerak bg mengekalkan Status Quo

Teknologi baru


Bahan2 Mentah yg lebih baik


Pesaingan dr kump2 lain


Tekanan Penyelia

Tingkat Prestasi Semasa

Norma-norma Pretasi Kumpulan


Kebimbingan terhadap perubahan


Rasa Kepuasan anggota


Kemahiran yg dikuasai


Tingkat Prestasi yg lebih tinggi

2. Model Tiga Langkah

1. Mencairkan (pola perilaku yg ada)

Melibatkan tindakan menjadikan keperluan bg perubahan begitu ketara sehingga individu, kumpulan @ organisasi dpt melihat dan menerima dgn baik.

2. Mengubah (mengasaskan pola perilaku yg baru)

Memerlukan agen perubahan yg terlatih utk memupuk nilai, sikap & perilaku yg baru melalui proses-proses pengenalpastian dan penjiwaan. Para anggota organisasi mengenal pasti nilai, sikap dan perilaku mrk tlh melihat keberkesanan prestasinya.

3. Membekukan semula (menguatkan perilaku yg baru)

Memantapkan pola perilaku yb baru itu dgn bantuan alat2 sokongan, spy ia mjd norma yg baru.

Kesediaan Sistem Perubahan

Davis B. Gleicher C = (A x B x D ) > X [ c- perubahan, A = tingkat ketidakpastian dgn ststus Quo, B= keadaang yg jelas diingini, D= langkah-langkah pertama yg praktik kerarah kdn yg diingini, X = kos perubahan (berdasarkan tenaga, emosi, kos kewangan dll)]

Dgn katalain perubahan berlaku apabila kos perubahan didapati tdk terlalu tinggi.

3. Air Yang Tenang (The Calm Waters Metaphor) perubahan yg tdk mengancam / tiada hlgn yg besar

- melabatkan tiga langkah kurt Lewin (Unfreezing, Changing, refreezing)

- Proses perubahan bermula dgn aktiviti menghapuskan pengukuhan sedia ada

- Kmdn berubah dan seterusnya pengukuhan baru terbentuk

4. Air Yang Berkocak (The White-Water Rapids Metapor) – byk ancaman dan hlgn yg besat

Utk berjaya di dalam proses perubahan seseorang itu perlu mempunyai darjah kelenturan yg tinggi dan mampu bertindakbalas dgn cepat setiap kdn yg berubah. Seseorang yg tdk berstruktur, perlahan utk bertindak balas, @ tdk selesa dgn perubahan pastinya akan gagal dlm menangani perubahan tersebut.

Mengikut Lewin 2 halangan utama dlm melakukan perubahan.

  1. Mereka dk bersedia (@ tdk berupaya)
  2. perubahan dilakukan sering kali berlaku dlm tempoh yg singkat kmdn kembali ke asal

Penentangan Terhadap Perubahan

  1. Ketidak pastian tentang sbb akibat thdp perubahan.
  2. Sikap tdk bersedia faedah-faedah yg sedia wujud (kuasa, gaji, kualiti kerja, manfaat2 lain yg hilang tdk dpt diganti
  3. Kesedaran tentang kelemahan dlm perubahan2 yg disyorkan-sedar akan masalah yg akan dihdpi

Kaedah Mengurus Penentangan terhadap perubahan

Pendekatan

Biasa digunakan a/b

Kebaikan

Keburukan

Cara Mengatasi

Pendidikan & komunikasi

Krg maklumat & maklumat & analisis yg tdk tepat

Slps dipujuk org bekenaan akan membantu melaksanakan perubahan

Blh jadi megambil masa terlalu lama jika ramai yg terlibat

Perlu diterangkan awal-awal lg (individu/Kump) melalui mesy. Kempen, Laporan dll

Penyertaan & Penglibatan

Para penggerak perubahan tdk mpyi cukup maklumat utk membuat rekabentuk perubahan & org lain mpyi byk kuasa utk penentang

Org yg megambil bhg akan terikat utk melaksanakan perubahan & sbrg maklumat dpt diketahui.

Mengambil masa terlalu lama

Memastikan pengikut mengambil bhg

Pemudahan & sokongan

Org menentang krn masalah pelarasan

Tdk ada pendekatan lain dpt digunakan sebaik mungkin.

Masa yg lama & melibatk kos & masih jg gagal.

Program mengambil penentangan, program latihan semula, memberikan masa rehat slps tempoh sukar, memberikan sokongan meosi

Rundingan & persetujuan

Byk kuasa menenrang

Merupakan cara yg agak mudah

Blh melibatkan byk kos jika utk menggerakkan org2 lain utk berunding.

Mengadakan rundingan dgn bakal-bakal penentang.

Mani[u;asi & lantikan

Taktik2 lain tdk sesuai @ memerlukan kos yg mahal

Blh jadi penyelesaian yg cepat & tdk mahal utk masalah penentangan

Blh menimbulkan masalah dimasa hdpn jika org tahu dan merasa tlh dipergunakan

Secara tersembunyi mengalihkan pdgn @ melantik individu (berpengaruh) dgn peranan yg baik

Desakan eksplisit & implisit

Perlukan kecekapan para penggerak & mpyi byk kuasa

Blh diselesaikan cara cepat & blh mengatasi sebarang jenis penentangan

Blh jadi bahaya jika akibatnya membuat org marah kpd para penggerak perubahan itu.

Memaksa para pekerja spy menyetujui perubahan dgn ancaman spt kehilangan @ pertukaran pekerjaa, krg kenaikan @ diturunkan pangkat

Pendekatan2 bagi perubahan

Menurut Harold j. Leavitt (struktur, teknologi dan manusia)

1. Struktur – usaha menyusun semula sistem dalaman, cara berkomunikasi, aliran kerja, @ hierarki pengurusannya

2. Teknologi – menukar kelengkapan, proses kejuruteraan, teknik penyelididkan @ kaedah pengeluaran

3. Manusia – menukar cara pemilihan, latihan, hbgn, sikap, atau peranan para anggota organisasi.

Rekabentuk organisasi (Leavitt)

- Prestasi organisasi mengubahsuai aliran kerja

- t/j para pekerja

- pembhgian kerja

- garisan autoriti yg sewajarnya

- Menukar bidang2 pengurusan

- Huraian kerja

- Bidang2 t/j

- Hbgn tempat melapor


Struktur

- Pengkhususan kerja

- Penjabatan

- Rantaian arahan

- Jangkauan kawalan

- Pemusatan

- Rekabentuk semula kerja

- Pemecaran

TEKNIK-TEKNIK MENGURUS PERUBAHAN

Merujuk kepada 3 kategori Perubahan

  1. Struktur
  2. Mengubah Teknologi
  3. Mengubah Manusia

- Latihan kepekaan

- Kajian maklumbalas

- Proses Perundingan

- Pem,bangunan Kumpulan

- Pembangunan Antara Kumpulan.


Bg memastikan kelangsungan organisasi maka perubahan merupakan suatu desakan yg perlu ditangani oleh pemimpin sebaik mungkin.

Mengganggu gugat status quo

PERSOALAN?


Teori – setuju @ tdk kdn tsbt.

- Kalau blh buat teori sendiri

Apa yg berlaku disekolah kaitkan pendapat ini(teori) dgn teori apa yg berlaku disekolah

Bgm sekolah diwujudkan sebagai organisasi perniagaa (setuju/tdk)

Struktur organisasi anda bgm anda membuat perubahan.


Apa yg dipelajarai

Bina TOWS

- Latarbelakang organisasi

- Mesti ada Metrik TOWS

- Buat Swot

- Nyatakan TOWS mengapa tidak perlu TOWS

Tahap Kurt Lewin sebagai fokus perbincangan

Pelan tindakan

Isu2 bgm pengalaman mengaplikasi teori yg dikemukakan


Kritikan Jurnal/artikel/Tesis


Apakah perubahan yang anda akan lakukan jika anda sebagai seorang penulis

- Apakah rekemen anda yg lebih baik

- Isi apa yg anda hdk masuk

- Anda tdk suka perenggan mana

- Apa perubahan itu

Jika anda penulis apakah sumbangan anda

Apakah sumbangan artikel yg anda baca dalam masyarakat

Sumbangan Penulis Dlm Masyarakat

Ulasan Jurnal/artikel/Tesis

Komen