Monday, April 11, 2011
Karangan Dialog Tahun 5 Cemerlang, April 2011
SOALAN: Cari maklumat karangan dialog/perbualan/temuramah di internet.
Nama
Tahun:
Tajuk:
Sumber:
Tarikh:
Nama
Tahun:
Tajuk:
Sumber:
Tarikh:
Labels:
karangan dialog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Nama:muhd alif imran
Tahun:5c
Tajuk:karangan dialong
Sumber:Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara
Tarikh:11 april 2011
Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan
Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan
merestui kami sekeluarga.
Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang
waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali.
Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.
Murid : Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah
di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran
di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu.
Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.
En. Karim : Terima kasih kembali.
NAMA: NUR AMIRAH IZZATI
TAHUN:5CEMERLANG
Tajuk:karangan dialong
Sumber:Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara
Tarikh:11 april 2011
Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.
( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )
Malim : Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma : Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim : Macam mana boleh hilang ?
Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang
curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang sudah
hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma : Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya !
Malim : Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka kita ? Baik kita
jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam kamu.
Nama:Nurul batrisyia
Tahun:5c
Tajuk:karangan dialog
Sumber:Karangan jenis dialog/temuramah/perbualan/wawancara
Tarikh:14 April
Tajuk:Kelas kamu telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur.Tuliskan perbualan tersebut
Najwa:Assalammualaikum,Fatin.
Fatin:Waalaikummussalam,Najwa.
Najwa:Apakah barang yang kita perlu bawa ke sana nanti?.Saya cuma ingat bawa borang kebenaran sahaja.
Fatin:Barang yang kita perlu bawa ialah telekung,alat tulis dan tentulah borang.
Najwa:Saya tidak sabar untuk pergi lawatan tersebut.tentu amat menyeronokkan.
Fatin:Begitu juga saya.Selepas sampai di sana,saya akan membelikan hadiah buat keluarga.
Najwa:mengapakah kita harus membawa alat tulis?
Fatin:Kita akan membuat lawatan sambil belajar.Sudah dituliskan di dalam borang kebenaran tersebut.
Najwa:Baiklah.Fatin maaf saya harus segera pulang ke rumah.Saya ada tugasan sedikit.Selamat tinggal Fatin.Jumpa awak di sekolah.
Fatin:Selamat tinggal.Jumpa awak di sekolah juga.
menarik...
Nama:Nurdamia Hanania
Tahun:5C
Tajuk:Karangan Dialong
Sumber:Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara
Tarikh:11 april 2011
Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )
Azman : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva : Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-pelajar bukan
Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan
lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?
Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang bermutu .Di
samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka kamus untuk
mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan
bahasa baku apabila membaca atau bercakap
Azman : Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar
Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.
Siva : Mengapa ?
Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah
bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.
Siva : Baguslah, Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
kebangsaan negara kita
Azman : Ya,baiklah ,Siva...
supreme new york
yeezy boost 350
jordan shoes
moncler jackets
canada goose
zx flux
cheap jordans
yeezy
hermes handbags
jordan shoes
xiaofang20191218
Post a Comment