/*
- »
*/

Wednesday, April 20, 2011

MAKSUD PERIBAHASA

KENALI PERIBAHASA

Pendahuluan:

1. Hampir setiap bangsa mempunyai peribahasa dan peribahasa sesuatu bangsa itu dapat mencerminkan bangsa tersebut.
2. Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna.
3.Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.
4. Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun.
5. Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.
6. Pada umumnya, peribahasa dapat dikatakan berasal daripada tiga sumber seperti yang berikut:
a. masyarakat biasa melalui pengalaman hidupnya.
b. golongan cerdik pandai berdasarkan pemerhatiannya yang tajam terhadap keadaan dan masyarakat sekelilingnya.
c. kitab suci Al-Quran dan kitab-kita agama lain,khususnya Hindu dan Buddha yang pengaruhnya agak meluas dan kukuh di alam Melayu suatu ketika dahulu.

Jenis Peribahasa
1. Peribahasa yang telah tercipta memang banyak.
2. Peribahasa banyak jenisnya antaranya :
a. Simpulan bahasa
b. perumpamaan
c. pepatah
d. bidalan
e. kata-kata hikmat

Simpulan bahasa
Merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, cepat tangan, kaki bangku dan sebagainya.

Perumpamaan
Merupakan jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya didahului dengan kata-kata bagai, laksana, ibarat dan umpama. Contoh perumpamaan bagai aur dengan tebing, ibarat telur di hujung tanduk, umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang dan lain-lain lagi.

Pepatah
Merupakan peribahasa berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang ingin disampaikan. Contohnyaberat sama dipikul; ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah dan sebagainya.

Bidalan
Bidalan adalah sejenis peribahasa yang mempunyai maksud tersirat disebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Contoh bidalan adalah ada gula, ada semut,air dicincang tidak akan putus dan lain-lain.

Kata-kata Hikmat
Merupakan peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. Kata-kata tersebut berisi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup. Contohnya bahasajiwa bangsa, masa itu ibarat emas dan sebagainya.

sumber:bahanbantumengajar

1 comment:

tiqah/tashah said...

nama:tiqah/tashah
umur:11
tahun:5bestari
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi