/*
- »
*/

Thursday, July 19, 2012

Tugasan esei 5 G Julai 2012

Soalan: Tulis esei bertajuk 'Hak dan Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia'

5 comments:

Anonymous said...

Ikhwan Syazwan bin Abdul Rahim
5 Gemilang

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur dan berbangga menjadi rakyatnya. Malaysia merupakan sebuah negara yang makmur serta aman dan damai. Kita amat bertuah sekali berada di negara Malaysia.
Kita sebagai rakyat Malaysia harus menghargai perjuangan orang-orang yang terdahulu. Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi memperjuangkan keamanan negara.
Sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga keamanan negara bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".
Kita jangan mudah percaya dengan maklumat palsu yang sering disebarkan melalui internet. Kita harus selidiki dahulu kebenaran sesuatu perkara yang disebarkan. Kita juga berhak untuk bersuara.
Di samping itu kita janganlah merosakkan diri dengan gejala sosial yang tidak baik contohnya menagih dadah. Seharusnya kita bersama-sama mengharumkan nama negara di persada dunia.
Selain itu, kita tidak harus mengagungkan pemikiran dan budaya penjajah. Walaupun penjajah banyak meninggalkan kesan-kesan penjajahan mereka. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya tidak mempergunakan budaya negara mereka yang melanggar adat kita sebagai orang Timur.

muhammad amir adli bin nasri said...

NAMA : MUHAMMAD AMIR ADLI BIN NASRI
KELAS: 5 GEMILANG
TAJUK: HAK DAN TANGGUNGJAWAB RAKYAT MALAYSIA

Setiap pemimpin yang baru menerajui bagi mana-mana organisasi atau negara akan menyajikan suatu gagasan atau teori politik yang diharapkan akan membuka jalan menuju kejayaan dan kemakmuran rakyatnya.Layanan yang adil kepada semua rakyat yang merupakan elemen pertama konsep 1Malaysia adalah manifestasi daripada peranan dan tanggungjawab pihak pemerintah, walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dalam masa yang sama, rakyat juga tidak terlepas daripada mempunyai tanggungjawab bagi mendukung segala hasrat murni pihak pemerintah demi kejayaan rakyat dan Negara. Rakyat dibenarkan tidak bersetuju dengan pemerintah, tetapi dibatasi agar jangan sampai mengganggu kesejahteraan, keamanan dan kepentingan rakyat terbanyak.Sebagai rumusan terhadap konteks tanggungjawab rakyat bagi menjayakan Gagasan 1Malaysia, boleh dirangkumkan dalam penghayatan dan amalan Prinsip-prinsip Rukun Negara.

Anonymous said...

NAMA :NURUL HANNA BTE HISHAMUDDIN
TAHUN :5 GEMILANG

Negara kita tanggungjawab kita. Slogan ini amat bersesuaian dengan konteks negara pada masa ini.Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya prihatin dan bertanggungjawab terhadap negara kita dan jangan lah menjadi pembelot.

Malaysia merupakan tanah air kita yang tercinta. Oleh itu semestinya kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan mempraktikkan prinsip hidup yang cemerlang dan dinamik. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit.

Kemajuan negara, hanya akan dapat dicapai jika setiap rakyat berkomitmen tinggi untuk menjayakannya. Disertai pula dengan usaha dan ketabahan hati semua rakyat. Kita juga perlu melakukan tugas masing-masing demi menjadikan impian negara menjadi nyata. Seperti kata pepatah "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, wajarlah kita mendapat hak dalam menentukkan siapa yang akan kita pilih untuk menerajui dan mentadbir negara kita melalui sistem pilihanraya. Ketelusan dalam pilihanraya ini akan membuatkan setiap rakyat dan setiap pemimpin, bersama-sama berganding bahu demi untuk meletakkan Malaysia di mata dunia.

Anonymous said...

Nama : Nur Hidayah Bte Shamsudin

Kelas : 5 Gemilang

Tajuk : Hak dan Tanggungjawab kita

sebagai rakyat Malaysia.


___________________________________

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mempunyai hak dan tanggungjawab keatas negara kita yang tercinta.

Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapat kemudahan asas daripada kerajaan seperti pendidikan, makanan, dan lain-lain.

Ini kerana kita juga adalah rakyat Malaysia dan kita adalah salah satu faktor ekonomi meningkat. Kita sebagai rakyat di negara ini mempunyai hak untuk membuat laporan.

Kita juga mempunyai tanggungjawab tersendiri keatas negara kita. Kita perlu bertanggungjawab untuk tidak membuang sampah merata-rata supaya tidak ada bau busuk dan lalat-lalat berterbangan. Ini akan menjadikan negara kita negara yang bersih.

Kita juga perlu bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang negara. Kerana undang-undang negara sangat penting untuk memastikan keadaan negara kita aman damai dan tidak kacau-bilau.

Oleh sebab itu,kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak dan perlu bertanggungjawab keatas negara kita yang kita cintai.

jasonbob said...

yeezy
fila
coach outlet
salvatore ferragamo belt
yeezy shoes
golden goose sale
nike air max
lebron 15
supreme clothing
longchamp handbags
xiaofang20191218