Subscribe to:
Post Comments (Atom)
welcome...explore...
This free script provided by
JavaScript
Kit
SK PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA,
|
E-MAIL – hznmelaka@gmail.com http://www.juicthazman.blogspot.com/ http://ict-and-education.blogspot.com/ http://hzn-e-learning.blogspot.com/ http://pengurusan-hazman.blogspot.com/
|
Portfolio
Nama : HAZMAN BIN DOLAH
|
No Kad Pengenalan No. KP lama
|
No.Fail di JPN
|
Alamat Bertugas: SK PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA. |
|
Pendidikan Ikhtisas:
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2006
DIPLOMA PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN (INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2000)
SIJIL KELAYAKAN KEPENGETUAAN KEBANGSAAN(NPQH) -2000
SIJIL PERGURUAN ASAS (MPTI JOHOR BAHARU)
|
Perkhidmatan :
· 1990- JUN 1999- SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 1, GEMAS , NEGERI SEMBILAN
· JUN 1999 - 16.01.2001 SJK (C) LIH JEN, POKOK MANGGA, MELAKA.
· 16.01.2001- 16.10.2002 GURU PENOLONG KANAN HEM SK TELOK BEREMBANG, LOBOK CHINA.
· 16.10.2002 -1.06.2006 SK TAMAN BKT RAMBAI (MELANJUTKAN PELAJARAN KE UPSI).
· 1.06.2006 HINGGA 01.06.2009 SK METHODIST (ACS), TENGKERA. · 01.06.2009 HINGGA SEKARANG SK PAYA RUMPUT,MELAKA.
|
|
Opsyen:
PSR(PM)
|
|
|
Butir Perkhidmatan:
· TARIKH LANTIKAN PERTAMA : 01.01.1990 · TARIKH SAH JAWATAN : · TARIKH DG32 TIMEBASE · TARIKH LANTIKAN SEMASA : · TARIKH SAH JAWATAN DG41 : · TARIKH LULUS ISYTIHAR HARTA: · KURSUS INDUKSI: PEP AM KERAJAAN
|
|
Tugas Khas:
· JU ICT JPM,BPG,BPK
|
|
Anugerah/ Penghargaan :
· ANUGERAH KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN 1996 · LULUS PTK 17.12.2003 TERAS DAN PROFESIONAL DG29 TO DG32 · LULUS PTK 2006 TERAS DAN PROFESIONAL DG32 · LULUS PTK DG 41 TERAS DAN PROFESIONAL SEPT 2009 |
|
Bidang Kepakaran Pengajian: · Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan · Negotiations Skills · Pengurusan Strategik Pendidikan · IT Dalam Pengurusan Pendidikan · Pengurusan Perubahan · Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan · Kepimpinan Pendidikan · Pengurusan Sumber Manusia Dalam Organisasi Pendidikan
· Psikologi Pendidikan · Kurikulum dan Pengajaran sekolah rendah · Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan · Etika · Prinsip Pengajaran Bacaan · Penyelidikan Tindakan · Pemasaran Pendidikan · Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah · Prinsip Pengajaran Penulisan · Perakaunan Dalam Organisasi Pendidikan · Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran · Isu-isu Perundangan Pendidikan |
|
Hasil Penulisan:
· Projek Kajian Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Syarikat PETRONAS CARIGALI Sg Udang. · Projek Kajian Kepimpinan di Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka · Projek Kajian Sistem Analisa Penilaian Ujian Secara Automatik Untuk Guru-guru Mata pelajaran Sekolah Kebangsaan Taman Bkt Rambai, Melaka. Projek Kepuasan Bekerja di Sekolah Kebangsaan Bkt Rambai, Melaka
|
|
Tugas Khas:
· JURULATIH UTAMA ICT JPM
· JURLATIH UTAMA BPG PPi-ICT
· JURULATIH PEER COACHING
· JURULATIH UTAMA TMK
· JURULATIH UTAMA ICTL YEAR 2
· JURULATIH UTAMA ICTL YEAR 3
· JURULATIH UTAMA ICTL YEAR 4
· PENGUBAL MODUL ICTL YEAR 5 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
· PENGUBAL MODUL PPi-ICT BPG
· JURULATIH SCHOOLNET GITN PENJALURLEBARAN(ZOOM-A)
· PENGUBAL MODUL ICT TRANSFOMASI KURIKULUM PENDIDIKAN TAHAP 1 PPK 2009
· PENGACARA MAJLIS PERBAHASAN BAHASA MELAYU GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2006 DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS.
· PENGACARA MAJLIS PERBAHASAN BAHASA INGGERIS GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2006 DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS.
· JAWATANKUASA TAKTIKAL LAWATAN PENGURUSAN PELAJAR PENGURUSAN PENDIDIKAN KE JEPUN 2005.
· PENCERAMAH TAKLIMAT INFOMATION COMUNICATION TECHNOLOGY LITERACY YEAR 1,2,3, AND 4. DI BTP JALAN TUN KUDU MELAKA. 6.03.2009
· PENCERAMAH ICTL UNTUK GURU DAERAH ALOR GAJAH
· PENCERAMAH ICTL UNTUK GURU NEGERI MELAKA DI HOTEL EMPRES, SEPANG
· PENCERAMAH ICTL UNTUK GURU NEGERI MELAKA DI HOTEL PONTIAN, JOHOR
· PENCERAMAH ICT UNTUK GURU SEK.KEB. JERAM, MELAKA
· PENCERAMAH ZOOM-A UNTUK GURU SEK. KEB. SG RAMBAI
· PENCERAMAH ZOOM-A MASTER TRANER UNTUK GURU DAERAH ALOR GAJAH · PENCERAMAH TMK KSSR DST UNTUK GURU SAINS DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MELAKA 2010 · PENCERAMAH TMK KSSR UNTUK GURU BAHASA CINA DI SJKC PAY TECK, MELAKA 2010 · PENCERAMAH TMK KSSR UNTUK GURU BAHASA MELAYU DI SK LESONG BATU, ALOR GAJAH, MELAKA.2010 · PENCERAMAH TMK KSSR UNTUK GURU MATEMATIK DI KOLEJ KOMUNITI, ALOR GAJAH, MELAKA.2010 · PENCERAMAH TMK KSSR UNTUK GURU PENDIDIKAN KESIHATAN DI DEWAN BESTARI JPM, MELAKA.2010 · PENCERAMAH TMK KSSR UNTUK JURULATIH-JURULATIH UTAMA ICT JPM 2010. · PENGUBAL MODUL ICTL YEAR 6 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM DI HOTEL FLAMINGGO AMPANG 2010
· PENCERAMAH TMK KSSR UNTUK GURU PENDIDIKAN KHAS DI DEWAN SK SERKAM DARAT, MELAKA.2010 · PENCERAMAH TMK KSSR UNTUK GURU PENDIDIKAN KHAS DI DEWAN BESTARI JPM, MELAKA.2010
· PENCERAMAH TMK & FASILITATOR KURSUS PELUASAN KSSR UNTUK JURULATIH SEMUA DISIPLIN ILMU NEGERI MELAKA DI HOTEL PUTRA,KUALA LUMPUR 2010. · PENCERAMAH TMK KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DI SK KAMPUNG TUN RAZAK, BUKIT KATIL, MELAKA. JANUARI 2011. · \PENGUBAL PENULISAN DOKUMEN STANDARD MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4, SEKOLAH RENDAH (KSSR) DI HOTEL MANDARIN COURT,KUALA LUMPUR 12-15 SEPT 2011 · PANEL JAWATANKUSA MUTU BUKU TEKS TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI TAHUN 4 2012-2013 . JURULATIH SPL KPM 2014
|
This free script provided by
JavaScript
Kit
This free script provided by
JavaScript Kit
9 comments:
Nama : Nurul Izzah & Nur Hidayah
Kelas : 5 Gemilang
Tajuk : Cara-cara menyimpan wang anda
Wang adalah satu keperluan yang berguna untuk kita.Contohnya,membeli makanan,membeli minuman dan lain-lain keperluan.Oleh itu, kita sepatutnya menyimpan wang kita untuk kegunaan masa depan dan jangan bersikap boros.
Langkah yang pertama ialah pihak bank sepatutnya membuat pertandingan yang menarik di bank untuk menarik perhatian orang ramai untuk menyimpan wang di dalam bank.Sebagai contoh,sesiapa yang menyimpan RM 200 di dalam bank akan mendapat hadiah istimewa dari pihak bank.
Selepas itu, kita juga perlu berusaha sedaya upaya dengan menabung duit sendiri.Kita perlu menabung wang yang kita perolehi dari mana-mana sumber sebelum kita membelanjainya.
Kita jugu perlu menyediakan senarai keperluan supaya kita tidak membeli barang secara sembarangan.Dengan itu,kita akan berbelanja sambil berjimat.
Menyediakan wang yang secukupnya sebelum berbelanja juga adalah salah satu daripada cara yang memudahkan kita untuk menyimpan wang.
Terdapat banyak lagi cara untuk kita menyimpan wang.Kita harus menyimpan wang untuk masa hadapan kita sendiri.Oleh itu,berbelanjalah dengan berjimat cermat dan tidak boros.
NAMA:HANI NATASHA DAN HUDA NADIA.
KELAS:5 GEMILANG.
TAJUK;CARA2 MENYIMPAN WANG.
NAMA :MUHD.FARIDUDIN B.ABU KASSIM
MUHD.AMIR ADLI B.NASRI
KELAS:5 GEMILANG
TAJUK:CARA-CARA MENYIMPAN WANG
Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, dan unit akaun.
Banyak cara untuk menyimpan wang.Antaranya,kita boleh menabung.
Dengan menabung,banyak wang yang boleh kita perolehi.
Selain itu,kita boleh membuka akaun wang simpanan kita sendiri.
Sekiranya kita membuka akaun simpanan,kita tidak akan rugi.
Seterusnya,kita perlu berbelanja dengan bijak.Orang yang telah mempelajari rahsia menabung selalunya juga mempelajari cara berbelanja dengan lebih baik. Mereka berusaha dengan pelan pentadbiran kewangan yang tetap, yang boleh mengawal segala perbelanjaan, yang juga membuat setiap ringgit bermatlamat.
Di samping itu,kita haruslah membuat senarai semua perbelanjaan anda.Membuat senarai perbelanjaan bulanan atau mingguan dapat membantu anda untuk lebih tahu tentang aliran wang anda. Dengan meneliti rekod perbelanjaan anda, anda akan berasa terkejut kerana anda telah membeli banyak barang yang tidak diperlukan. Buat satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dan beringatlah agar tidak membelinya lagi.
Akhir sekali, kita mestilah
buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang.Ada beberapa kebiasaan buruk yang membahayakan kesihatan dan wang anda, seperti merokok berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk ini tidak hanya membuatkan anda lebih sihat tetapi ia juga akan membantu anda menjimatkan lebih banyak wang.
NAMA :IFFAH DAN KARMILA
KELAS :5GEMILANG
TARIKH:21 SEPTEMBER 2012
TAJUK :CARA-CARA MENYIMPAN WANG
Assalamualaikum dan Salam Pengguna Dedikasi.
Manusia mempunyai akal dan bermakna kesemua manusia boleh berjaya, tetapi kenapa sesetengah dari mereka tidak. Malah ramai yang mempunyai masa depan yang cerah tetapi ada juga yang mempunyai masa depan yang tidak cerah. Salah satu sebabnya ialah dari segi kewangan. Kebanyakan penduduk kampung mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menanggung kos yuran sekolah atau membeli buku rujukan. Jadi, untuk sesetiap pelajar yang inginkan kejayaan mestilah mencari ikhtiarnya sendiri.
Pelajar hendaklah melakukan sesuatu yang dapat menjaminkan masa depan mereka. Di samping itu, mereka tidaklah membebankan ibu bapa mereka. Ada beberapa cara untuk menangani dan meringankan lagi masalah ini. Sila rujuk dibawah
Menabung amat bagus untuk para pelajar. Amalkanlah sikap menabung sejak kecil lagi supaya anda boleh menggunakan duit itu jika diperlukan. Bagi yang bersekolah, ambillah 1/3 daripada duit saku anda untuk dimasukkan ke dalam tabung. Ada juga bank yang menyediakan tabung percuma bagi setiap pelanggannya. Tabung boleh dibuat sendiri dan boleh juga dibeli di kedai. "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit".
Bank ialah tempat yang paling selamat dan menguntungkan anda untuk menyimpan duit. Tetapi carilah bank yang dapat menjamin masa depan anda. Bagi kanak-kanak, duit raya bolehla dimasukkan ke dalam bank. Duit di dalam tabung boleh juga dimasukkan ke dalam bank jika sudah penuh.
Ramai masyarakat zaman kini membeli benda yang tidak berfaedah terutamanya di kalangan kanak-kanak. Mereka menggunakan duit saku sekolah untuk membeli ais krim, satay, dan lain-lain lagi. Tidakkah ini suatu pembaziran ? Mereka patut menyimpan duit mereka di dalam tabung.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda mengamalkan ketiga-tiga tips yang efektif di atas nescaya anda akan mempunyai masa depan yang cerah. Jadilah pengguna yang bijak !
NAMA :Syuhadah,Sharifah,Farah
TARIKH:21 September 2012
Cara-cara menyimpan wang.
Malaysia mempunyai nilai wang yang tinggi.Ia merupakan salah satu keistimewaan negara Malaysia.Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bertanggungjawab menjaga nilai wang kita.
Kebanyakan penduduk kampung mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menanggung kos yuran sekolah atau membeli buku rujukan. Jadi, untuk sesetiap pelajar yang inginkan kejayaan mestilah mencari ikhtiarnya sendiri.
Menabung amat bagus untuk para pelajar. Amalkanlah sikap menabung sejak kecil lagi supaya anda boleh menggunakan duit itu jika diperlukan. Bagi yang bersekolah, ambillah 1/3 daripada duit saku anda untuk dimasukkan ke dalam tabung. Ada juga bank yang menyediakan tabung percuma bagi setiap pelanggannya.
Nama:Syafiq Syahmi,Muhammad Noor
Faiz,Ahmad Nabil dan Muhammad
Allif
Kelas:5 Gemilang
Tajuk:Cara-cara Menyimpan Wang Anda
Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat moden.Kita boleh menyimpan wang dalam tabung ataupun bank.Jika kita mengamalkannya,kita boleh menggunakannya untuk masa hadapan.
Selain daripada menggunakannya pada masa hadapan,kita boleh membeli alatan sekolah.Pada masa kini,semua alatan sekolah sangat mahal.Jadi apabila kita menyimpan wang,kita boleh menggunakan wang itu untuk membeli alatan sekolah.
Di samping itu,kita juga boleh menahan diri daripada membeli-belah di pusat membeli-belah.Hal yang demikian,kita dapat menjimatkan wang.Oleh itu,janganlah membazirkan tenaga dan wang di pusat membeli-belah.
Akhir sekali,kita boleh membuat akaun bank.Apabila kita besar nanti,kita tidak perlu bersusah payah mencari wang.Jadi,kita boleh mengambilkannya di akaun bank yang kita buat.
Nama:Ikhwan,Iskandar,Najmi
Kelas:5Gemilang
Cara-cara Menyimpan Wang
Menyimpan wang ataupun menabung adalah satu amalan yang baik dan disukai oleh Allah.
Cara-cara menyimpan wang dengan baik ialah dengan menyimpan baki wang belanja sekolah.
Di samping itu,kita boleh mengawal nafsu diri kita dengan baik.
Selain itu,kita boleh menyimpan wang di dalam bank untuk masa depan kita.
NAMA : HAZIQ DAN LUQMAN.
KELAS: 5 GEMILANG.
Wang itu adalah sesuatu benda yang
kita gunakan pada setiap hari.
Amalan ini juga dikaitkan sebagai
menabung.Jika kita mengamalkannya
dengan sebaik mungkin,kita dapat
menjimat wang.
Salah satu daripada cara
untuk menyimpan wang adalah dengan
menggunanya untuk membeli sesuatu
yang berfaedah.Contohnya ialah
membeli barang untuk keperluan
keluarga.
Di samping itu,ia juga
merupakan sebuah cara untuk
mendidik nafsu supaya tidak
berbelanja berlebihan.
adidas tubular x
nike lebron shoes
supreme clothing
golden goose
supreme sweatshirt
ultra boost
golden gooses sneakers
kyrie irving shoes
chrome hearts store
kobe shoes
xiaofang20191218
Post a Comment