/*
- »
*/
Showing posts with label SKPR. Show all posts
Showing posts with label SKPR. Show all posts

Friday, August 6, 2010

PERTANDINGAN MENGARANG 1 MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN.






ARAHAN: SILA HANTAR 1 KARANGAN BERDASARKAN TAJUK DI BAWAH.

1.Jika di dalam bilik darjah anda mengandungi pelbagai kaum seperti Melayu, India,
Cina, Sikh, Kadazan dan Iban. Apakah kebaikannya kepada anda?


2.Anda mempunyai seorang sahabat berbangsa India atau Cina .Anda ingin mengenali
budaya rakan anda itu.
Tulis sepucuk surat kepadanya.


Syarat-syarat Pertandingan:

1. Peraduan ini terbuka kepada Tahap 2 Darjah 4, 5, dan 6 Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka.

2. Tarikh akhir menghantar karangan anda adalah sebelum atau pada 10 September 2010.

3. Keputusan hakim adalah muktamad.

4. Hadiah disediakan kepada para pemenang.

5. Pastikan karangan anda ada nama dan tahun:

Contoh Nama : Ali bin Abu
Tahun : 6 Gemilang
No.Soalan:

Friday, July 30, 2010

TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 BESTARI

ARAHAN: Sila senaraikan simpulan bahasa seperti yang dibincangkan dalam buku teks
bertarikh 30 Julai 2010.

Wednesday, July 28, 2010

TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 BESTARI

ARAHAN: Sila taip 10 kata kerja

Nama:
Tarikh hantar:
Tahun:
Tajuk:

1.
2.
3.

Monday, July 26, 2010

LDP:PANITIA SKPR MEMBINA BLOG




24 JULAI SKPR- Seramai 6 orang wakil panitia mempelajari cara-cara membina blog. Menurut En. Hazman, para peserta telah menunjukkan komitmen tinggi dalam mencapai objektif menghasilkan sebuah blog yang bermaklumat. Semoga blog panitia dikemaskini dari semasa kesemasa. Tahniah.

Sunday, May 16, 2010

UCAPAN HARI GURU RAKAN GURU 2010....TERIMA KASIH

Terima kasih atas ucapan..... Selamat hari guru!
Hashim hj kalil PKG KG GELAM

'Sesungguhnya Rahmat Allah Sangat Dekat Pada Orang2 Yang Berbuat Kebaikan': Surah AL- A'raf: 56. Semuga pengorbanan luhur guru menjadi satu refleksi terhadap potensi anak didik untuk cemerlang... SELAMAT HARI GURU... CHE AISYAH LEREH

A good Teacher is like a computer, U 'enter' my life, I 'save' U in my heart, U 'format' my problems & thats why I never 'delete' U from my 'memory'!! Happy teacher's day—ISMADUL SABAH

Bila murid duduk...cikgu berdiri! Bila murid di seligi...cikgu pulak kena gari, murid dtg naik BMW 7 siri..cikgu dtg naik motor buruk road tax pun dah mati! Murid pi belajar sampai PhD..cikgu baru berkira-kira nak samb.degree.. Namun begitu...di dunia cikgu berbakti, moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi.... Selamat Hari Guru. GURU PENJANA NEGARA BANGSA……..JU MOHSIN SKPKUN

Terima Kasih. Dulu, murid hormat dan takut Guru, kini..Guru takut murid. Dulu, Guru chalk n talk. Kini..Guru kena slow talk. Dulu, Guru boleh claim. Kini...x boleh complain. Dulu, Hari Guru dpt wang saku. Kini..Hari Guru dpt 'penyapu'..kena Gotong-royong... SELAMAT HARI GURU, Cikgu………………MOHTAR DESA TRENGGANU

Ya Allah,sketika d pagi 16 Mei ini..Kau muliakan&sayangi guru ini,berkati keluarganya,sihatkn tubuh badannya, limphkan rezekinya, jauhkn dia dr fitnah, penganiayaan&penghinaan,suburkn benih keimanan dgn penuh rasa ksh syg srta taqwa tnpa alasan.Makbulkn lah cita2nya yg murni.. Amin..Slamat Hari Guru………SAARI SK BATU BERENDAM

Tahniah,selamat hari guru cikgu,moga tuan terus cemerlang dan diberkati Allah bersama keluarga tercinta,amin.dr badrul & family……….BADRUL KOTATINGGI

T k. Semoga segala usaha kita diberkati allah swt. Selamat hari guru….TN HJ MUJAMAL JPM ICT

Dulu, murid hormat dan takut Guru, kini..Guru takut murid. Dulu, Guru chalk n talk. Kini..Guru kena slow talk. Dulu, Guru boleh claim. Kini...langsung x boleh complain. Dulu, Hari Guru dpt wang saku. Kini..Hari Guru dpt 'penyapu'..kena Gotong-royong... SELAMAT HARI GURU!...............SKPR

Tkasih cikgu…GPK RUHAILA

Tk SELAMAT HARI GURU……..TN HJ NAZIRMUDDIN UPSI

'GURU' bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU.. 'GURU' juga kadang kala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU....yang pasti 'GURU' juga bagaikan TV9 DEKAT DIHATI...dan yg paling penting 'GURU' juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA...'HAPPY TEACHERs DAY'.……..HASBULLAH ……….SKPR

Slmt hari guru, tk……….M.FADLI KELANTAN

T.ksh d ats ingtn. Smg kt drhmti Allah sllu…..M SUFI KELANTAN

T.kasih. cikgu itu membakar diri & hangatkan yang lain, cikgu itu bakar diri untuk terangi semesta alam!.....RAZALI SKPAYA RUMPUT

Terima kasih. Demikian juga utk hazman………….RAHMAT GC SELANGOR

。☆ SLMT☆。
★。\|/。★ HARI GURU
★。/|\。★。☆。。。☆。……ZAHARAH GEMAS

:SELAMAT HARI GURU.. .Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita 

IKHLAS DARI SAHABAT MU....

Hazman melaka…………………..JAMALUPSI PERAK

'Guru' bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU. 'Guru' juga kadang kala seperti TV3 krn MENJADI INSPIRASI HIDUPKU....yg pasti 'Guru' juga bagaikan TV9 DEKAT DIHATI.& yg paling penting 'Guru' juga bagaikan PACKAGE ASTRO krn MACAM-MACAM ADA."SELAMAT HARI GURU".
PENGORBANANMU TIADA SEMPADAN……….AIN ACS

Salam. Bgn2. Hari nie hari kita. SELAMAT HARI GURU….AZRUL ACS

U r like a candle who alwaz consume to light the way for others. Happy teacher's day……?

:SELAMAT HARI GURU.. .Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

IKHLAS DARI SAHABAT MU....

mas jelatang……………….AMRAN SKPR

Jujur dan ikhlas engkau berbakti, cekal dan tabah menempuh dugaan, hidupmu bagaikan pelita d tengah mlm, membakar diri menerangi yg kelam, jasamu d kenang spj zaman "SELAMAT HARI GURU"- Drp-Shahbudin…………SHABUDIN GPAKAR PERAK

Wiama begitu yakin le guru adalah matahari setia berbakti,gagah berani menghunus pena@menekan papan kekunci....selamat ari guru .,hidup NPQH.tq…….KHUSAIRI RAMAUAN CINA

Friday, November 13, 2009

Lawatan ke Sekolah SK Seri Ampangan, Ipoh













Khamis,12 Nov- Seramai 38 guru SK Paya Rumput, Melaka menyertai rombongan 'benchmarking'ICT ke SK Seri Ampangan, Ipoh. Rombongan telah diketuai GPK 1 SK Paya Rumput.Turut serta GPK HEM dan GPK KOKU.
Rombongan telah ditaklimatkan oleh GB SK Seri Ampangan, YM Raja Zainalabidin bin Raja Abdullah serta barisan GPK.

Monday, November 2, 2009

Saturday, October 31, 2009

Hari Kanak-kanak Rimup 2009


Jumaat,30 Sept- Seramai 950 orang menyambut Hari Kanak-kanak Rimup anjuran Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka. Turut serta sekolah jemputan SJK (C) Pay Hwa dan SJK (T) Paya Rumput.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, En. Mohd Sharom bin Mohd Sharif berkata majlis ini penting selari dengan hasrat pemimpin negara yang mementingka 'Satu Malaysia'.
Antara acara yang diadakan ialah pertandinga melukis, persembahan tarian tradisional Melayu, tarian tradisional India, sajak, permainan organ, violin serta lagu 'Satu Malaysia'.
Penglibatan komuniti sekolah amat membanggakan dan harapan ia membina perpaduan bangsa.Guru besar Sekolah Kebangsaan Paya Rumput turut mengalurkan kepentingan dan objektif Rimup dalam membina kerja sama yang erat.