/*
- »
*/

Monday, November 23, 2009

MALAM ANUGERAH AKADEMIK SKPR 09

Saturday, November 21, 2009

Malam Anugerah Akademik 2009

Jumaat,20 Nov-Seramai 89 pelajar cemerlang 5A tahun 2007,2008 dan 2009 menerima hadiah di Auditorium Al-Azim. Malam anugerah itu dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Melaka, Tn Hj Isa bin Hj Abu.Turut hadir Guru Besar, En Yahaya b. Hj Kamarudin, Penaung PIBG dan Pengerusi PIBG.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudian diikuti penyampaian Hadiah UPSR 2007,2008 dan 2009. Memeriahkan malam itu juga dengan persembahan violin, sketsa, Tarian Tunas Budaya SK Paya Ruput, dikir barat Arab dan persembahan koir. Acara gilang gemilang ini mendapat pujian pengarah kerana SK Paya Rumput telah menunjukkan pencapaian visi 2010.

Thursday, November 19, 2009

Tangga Kejayaan SK Paya Rumput.








Khamis,19 Nov- Seramai 33 orang murid Sekolah Kebangsaan Paya Rumput berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009.
Majlis penyampaian keputusan telah diadakan di dewan SKPR pada pukul 11.00 pagi. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Guru Besar SKPR, En. Yahaya Kamarudin, GPK Pentadibiran dan GPK Hem.Tahniah kepada semua murid yang telah mengharumkan nama sekolah.

Friday, November 13, 2009

Lawatan ke Sekolah SK Seri Ampangan, Ipoh













Khamis,12 Nov- Seramai 38 guru SK Paya Rumput, Melaka menyertai rombongan 'benchmarking'ICT ke SK Seri Ampangan, Ipoh. Rombongan telah diketuai GPK 1 SK Paya Rumput.Turut serta GPK HEM dan GPK KOKU.
Rombongan telah ditaklimatkan oleh GB SK Seri Ampangan, YM Raja Zainalabidin bin Raja Abdullah serta barisan GPK.

Tuesday, November 3, 2009

Mesyuarat Pembinaan Modul Kurikulum Tahap 1 Transformasi Pendidikan Tahun 1 dan 2 2009

Sepang 3 Sept- Seramai 24 peserta telah membina Modul ICT Trasfomasi Pendikan di Hotel Empress, Sepang. Mesyuarat diketuai oleh Ketua Unit ICT Bahagian Pengembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr Hajar bt Mohd Nor dan En.K Samsudin.

Saturday, October 31, 2009

Hari Kanak-kanak Rimup 2009


Jumaat,30 Sept- Seramai 950 orang menyambut Hari Kanak-kanak Rimup anjuran Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka. Turut serta sekolah jemputan SJK (C) Pay Hwa dan SJK (T) Paya Rumput.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, En. Mohd Sharom bin Mohd Sharif berkata majlis ini penting selari dengan hasrat pemimpin negara yang mementingka 'Satu Malaysia'.
Antara acara yang diadakan ialah pertandinga melukis, persembahan tarian tradisional Melayu, tarian tradisional India, sajak, permainan organ, violin serta lagu 'Satu Malaysia'.
Penglibatan komuniti sekolah amat membanggakan dan harapan ia membina perpaduan bangsa.Guru besar Sekolah Kebangsaan Paya Rumput turut mengalurkan kepentingan dan objektif Rimup dalam membina kerja sama yang erat.

Hari Kanak-kanak Rimup

Jumaat 30 Oktober- Seramai 1000 orang murid Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka menyambut Hari Kanak-kanak. Turut serta sekolah jemputan SJK (C), Peh Wa dan SJK (T)Paya Rumput. Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Melaka Tengah, En. Mohd Sharom.
Majlis disambut meriah dengan tarian kebudayaan dari setiap etnik dan persembahan organ serta violin.

Thursday, October 15, 2009

DI HUJUNG BENUA ASIA..




KURSUS PEMANTAPAN ICTL 2009


























SELASA- 13 OKTOBER. Seramai 62 orang guru Bahasa Inggeris negeri telah berkursus Kursus Pemantapan ICTL di Hotel Pontian, Johor. Kursus bermula 13 Oktober bagi ambilan 2 sehingga 15 Oktober 2009.Seramai 8 jurulatih ICTL turut membantu dalam kursus tersebut. Majlis Penutupan Rasmi dilakukan oleh Keua Unit ICT dan Perkomputeran, Jabatan Pelajaran Melaka. Hadir bersama En.Shaari, Penolong Pengarah