/*
- »
*/

Tuesday, January 5, 2016

PSV TAHUN 6

Soalan: Sila senaraikan teknik menggambar dalam PSV.

Nama:
Tahun:
Tarikh:

Monday, March 25, 2013

TMK 2014

Kuala Lumpur - KSSR akan menyediakankan murid dengan ilmu ICT mulai tahun 2014. Murid akan dilatih secara formal dan menjadi sumber pekerla bermaklumat pada masa akan datang.

Saturday, September 22, 2012

Latihan Pengukuhan 2 : Bahagian B

Arahan: Tulis satu karangan yang berakhir dengan " ...Aku sungguh seronok dan berharap kenangan tesebut akan berulang lagi.

Friday, September 21, 2012

LATIHAN PENGUKUHAN PENULISAN 5G SEPT 2012

ARAHAN: Tulis satu karangan yang bertajuk 'Cara-cara Menyimpan Wang'. Tulis Nama Anda:

Thursday, July 19, 2012

Tugasan esei 5 G Julai 2012

Soalan: Tulis esei bertajuk 'Hak dan Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia'

Tuesday, July 17, 2012

TUGASAN 5 GEMILANG-BAHASA MELAYU 18 JULAI 2012

SOALAN: SENARAIKAN KATA BANTU NAMA: TAHUN:

Saturday, June 9, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Tugasan Pendidikan Siviks dan Kewarganegaraan 5G Mei 2012

Arahan : Sila senaraikan nama baju , tarian, dan alat muzik mengikut kaum.
Pastikan ada: Nama anda dan Kelas.

Friday, March 9, 2012

Bahasa Melayu Tahun 6 Gemilangan 9 Mac 2012

Arahan: Sila cari maklumat Teknologi  meningkatkan kualiti hidup

Nama:
Tahun:
Sumber:

Tuesday, February 21, 2012

TUGASAN 5 GEMILANG- KATA HUBUNG/ WACANA BAHASA MELAYU 21 FEBRUARI 2012

ARAHAN: Sila senaraikan kata hubung / wacana dari pelbagai sumber yang dicari
Pastikan tugasan anda ada:

Nama:
Kelas:
Tarikh:
Sumber(jika ada):

Jawapan:

Thursday, February 16, 2012

Cerita anda?..5 Gemilang Februari 2012

Soalan: Hasilkan satu cerita atau cereka yang kreatif...

Pastikan hasil karya ada:

Nama:
Tahun:

Friday, January 27, 2012

TUGASAN 5A BAHASA MELAYU-27 JANUARI 2012

ARAHAN: Sila bina 5 soalan berdasarkan tajuk "Masalah Kemerosotan Pencapaian Murid".
Pastikan tugasan anda ada:

Nama:
Kelas:
Tarikh:
Sumber(jika ada):

Jawapan:

TUGASAN 5 GEMILANG-BAHASA MELAYU 27 JANUARI 2012

ARAHAN: Sila bina 5 soalan berdasarkan tajuk "Masalah Kemerosotan Pencapaian Murid".
Pastikan tugasan anda ada:

Nama:
Kelas:
Tarikh:
Sumber(jika ada):

Jawapan:

Thursday, January 26, 2012

TUGASAN 5 GEMILANG SIVIKS JADUAL PENGURUSAN MASA HARIAN 26 JANUARI 2012

ARAHAN: BINA JADUAL PENGURUSAN MASA HARIAN.

NAMA:
TAHUN:
TAJUK:
TARIKH:
SUMBER:


Friday, December 2, 2011

https://creator.zoho.com/hznmelaka/a-community-bulletin-board/#Page:View_Announcement_Entry_Bulletin_Board

BAHAN EVIDEN TAHUN 2 KSSR https://creator.zoho.com/hznmelaka/a-community-bulletin-board/#Page:View_Announcement_Entry_Bulletin_Board

Thursday, November 17, 2011

KURUS PEMANTAPAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 2 GURU SEKOLAH MELAKA TAHUN 2 2011

RABU,16 NOV 2011-Seramai 100 guru Melaka telah berkursus di Tropical Inn, Johor Baharu bermula 16 November sehingga 19 November 2011. Turut serta Penolong Pengarah Unit ICT, Jabatan Pelajaran Melaka serta pegawai-pegawai lain. Guru didedahkan dalam proses menghasilkan instrumen dan evidens dalam menilai standard prestasi.

Thursday, September 15, 2011

Mesyuarat Dokumen Standard Mata Pelajaran TMK Tahun 4 di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur. 12-15 Sept 2011

Mesyuarat Dokumen Standard Mata Pelajaran TMK Tahun 4 di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur. 12-15 Sept 2011

Kuala Lumpur 12 Sept - Bahagian Pengembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan mesyuarat Penuisan Dokumen Standard Mata Pelaran TMK tahun 4 di Hotel Mandarin. Seramai 25 peserta terlibat terdiri kalangan guru, jurulatih, pensyarah IPG, pegawai bukut Teks dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Perasmian mesyuarat oleh Dr Hajar, Ketua Unit ICT BPK. Turut serta pegawai BPK yang lain.














Tuesday, July 26, 2011

TUGASAN UJIAN SELARAS 2 TAHUN 6 ARIF : PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN OGOS 2011

SOALAN: CARI MAKLUMAT DAN SEDIAKAN SATU FOLIO BLOG 1O MUKASURAT YANG BERTAJUK: PEMIMPIN KE ARAH KEMERDEKAAN.

NAMA:
TARIKH:
TAJUK:
UNTUK PERHATIAN:
SUMBER:

TUGASAN UJIAN SELARAS 2 TAHUN 5 ARIF : PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN OGOS 2011

SOALAN: CARI MAKLUMAT DAN SEDIAKAN SATU FOLIO BLOG 1O MUKASURAT YANG BERTAJUK: PEMIMPIN MALAYSIA (YDA,PERDANA MENTERI,MENTERI BESAR,KETUA MENTERI, PENGHULU, DLL)

NAMA:
TARIKH:
TAJUK:
UNTUK PERHATIAN:
SUMBER:

TUGASAN UJIAN SELARAS 2 TAHUN 5 GEMILANG: PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN OGOS 2011

SOALAN: CARI MAKLUMAT DAN SEDIAKAN SATU FOLIO BLOG 1O MUKASURAT YANG BERTAJUK: PEMIMPIN MALAYSIA (YDA,PERDANA MENTERI,MENTERI BESAR,KETUA MENTERI, PENGHULU, DLL)

NAMA:
TARIKH:
TAJUK:
UNTUK PERHATIAN:
SUMBER:

Saturday, July 23, 2011

LDP SEKOLAH KLUSTER




23 JUL MELAKA- Seramai 60 guru Sk Paya Rumput telah mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan.Penceramah En Abd Razak menerangkan secara menyeluruh mengenai KLUSTER KECEMERLANGAN. Tahniah kepada semua guru yang dapat input berharga ini.

Wednesday, June 29, 2011

PEMIMPIN?

KEPIMPINAN

Menurut Al-Farabi: "Pemimpin yang berjiwa:
BESAR adalah pemimpin yang menceritakan tentang WAWASAN
SEDERHANA adalah pemimpin yang menceritakan tentang kejayaan yang dicapai
KECIL adalah pemimpin yang menceritakan tentang kelemahan orang lain
LEBIH KECIL adalah pemimpin yang menceritakan tentang dirinya sendiri

APA DIA PENGURUSAN?

Pengurusan merupakan satu proses untuk mencapai matlamat organisasi yang melibatkan empat fungsi utama pengurusan iaitu Perancangan, Pengorganisasian, Kepimpinan dan Kawalan.

Pengurusan juga merupakan satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan.


Menurut Dr AWANG HAD SALLEH :
Jika hari ini lebih baik dari semalam, anda adalah seorang yang Cemerlang,
Jika hari ini sama dengan hari semalam, anda adalah orang yang malang,
Jika hari ini kurang dari hari semalam, anda adalah orang yang celaka.




KETRAMPILAN KEPIMPINAN KURIKULUM

1. Ketrampilan Teknikal
* Kemahiran dan pengetahuan dalam perkembangan kurikulum
* Kemahiran dalam disilin ilmu
* Pengetahuan bidang genetik dan spesifik
* Pengetahuan dalam asas-asas kurikulum (falsafah, sosiologi, Psikologi dan Sejarah)
* Pengetahuan Dalam Kaedah Kajian

2. Ketrampilan Kemanusiaan
* Memahami proses dinamika kumpulan
* Cekap mengendalikan keperluan individu pasukan dan komuniti
* Menyedari keperluan pelajar, guru dan komuniti
* Menyedari teori humanistik dan keperluan

3. Ketrampilan Bekerja Di Dalam Sistem Organisasi
* Mengetahui bagaimana sistem organisasi beroperasi
* Menghayati fungsi organisasi
* Mengetahui cara menyesuaikan diri dalam organisasi
* Mempunyai visi bagaimana prestasi organisasi boleh dioptimumkan
* Memahami konsep POLC

4. Ketrampilan Kejurubinaan
* Membina satu kerangka peranan dan bubungan dengan manusia di dalam organisasi untuk menggerakkan sesuatu tugas


PERANAN PENYELIA SEBAGAI PEMIMPIN

* Penghubung
* Penyelia
* Jurulatih
* Penasihat teknikal
* Profesional yang berwibawa
* Pendengar
* Penilai
* Pembuat Keputusan

KETRAMPILAN KEPIMPINAN

1. Ketrampilan Teknikal

* Kemahiran dan pengetahuan dalam perkembangan kurikulum
* Kemahiran dalam disilin ilmu
* Pengetahuan bidang genetik dan spesifik
* Pengetahuan dalam asas-asas kurikulum (falsafah, sosiologi, Psikologi dan Sejarah)
* Pengetahuan Dalam Kaedah Kajian

2. Ketrampilan Kemanusiaan
* Memahami proses dinamika kumpulan
* Cekap mengendalikan keperluan individu pasukan dan komuniti
* Menyedari keperluan pelajar, guru dan komuniti
* Menyedari teori humanistik dan keperluan

3. Ketrampilan Bekerja Di Dalam Sistem Organisasi
* Mengetahui bagaimana sistem organisasi beroperasi
* Menghayati fungsi organisasi
* Mengetahui cara menyesuaikan diri dalam organisasi
* Mempunyai visi bagaimana prestasi organisasi boleh dioptimumkan
* Memahami konsep POLC

4. Ketrampilan Kejurubinaan

* Membina satu kerangka peranan dan bubungan dengan manusia di dalam organisasi untuk menggerakkan sesuatu tugas


DIFINISI KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI

Kepimpinan dalam organisasi menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".

DEFINISI KEPIMPINAN

Satu proses bagaimanakah seseroang mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat-matlamat organisasi.


SUMBER-SUMBER PENGARUH PEMIMPIN

1. Kuasa Sah
Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatanya yang dilantik secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.

2. Kuasa Ganjaran

Kuasa ini berakar pada keupayaan seseorang pemimpin membari ganjaran kepada pengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika sekiranya pengikut mengamati bahawa pemimpin berupaya membari ganjaran. Misalnya Pengetua/Guru Besar yang boleh memperakukan kenaikan pangkat guru-guru atau stafnya dan perakuan ini dipakai oleh orang atas, Pengetua/Guru Besar ini akan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya.

3. Kuasa Paksaan

Kuasa ini membabtitkan kebolehan seseroang pemimpin mengenakan paksaan. Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin jika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan cuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman. Misalnya, orang yang melihat pembuangan kerja/ditukar tempat kerja sebagai sesuatu yang menyeksakan akan akaur kepada permintaan pemimpin.

4. Kuasa Pakar

Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa pemimpin mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran konseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikut memerlukan kepakarannya.

5. Kuasa Rujukan

Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasa dengan yang mengikutinya. kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat keana pemimpin berkenaan adalah model kepadanya, dia akan mempunyai keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu bukan kerana apa-apa tetapi kerana hormat, tertarik dan kagum, juga supaya dia diterima oleh pemimpin berkanaan.


TAKTIK PEMIMPIN MEMPENGARUHI ORANG BAWAHANNYA

1. Taktik Pujukan Rasional

Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannya tercapai. Untuk menggunakan teknik ini, pemimpin haruslah mempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyai kemahiran berucap.

2. Taktik Daya Tarikan Yang Memberikan Inspirasi

Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkan semangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa mereka adalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. Untuk menggunakan taktik ini, pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menggunakan metafora, simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yang menarik dengan gerak-geri yang menawan.

3. Taktik Perundingan

Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi pendapat, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin.

4. Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tacties)

Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa dia dihargai, misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang itu adalah yang layak melaksanakan tugas. Taktik ini kadang-kadang menjadi sebagai cara memanipulasi seseroang, Tetapi apabila seseroang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinannya, taktik ini akan menjadi berkesan.

5. Taktik Daya Tarikan Peribadi

Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahan melaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatan orang bawahan terhadap pemimpin mereka.

6. Taktik Pertukaran

Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatu ganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorang yang membuat tugasan yang diminta olehnya. Taktik ini akan menjadi berkesan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpin mempunyai kuasa memberi ganjaran kepada orang bawahannya dan juga jika orang bawahan memerlukan ganjaran itu.

7. Taktik Gabungan

Ini mendapatkan orang lain untuk mempengaruhi orang bawahan kita. orang lain ini mungkin terdiri daripada rakan sejawatan, orang bawahan, orang atasan atau mungkin orang di luar organisasi.

8. Taktik Sah

Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi, peraturan, program dan tradisi yang mana semua orang perlu mematuhinya. Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan ini diperlukan atau direstui pihak atasan.

9. Taktik Tekanan

Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan, amaran, dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakan yang kerap. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi, orang bawahan akan dimarahinya. kaedah ini digunakan tindakan terakhir seterlah cara-cara lain gagal.

Sunday, April 24, 2011

SEKOLAH KLUSTER SK PAYA RUMPUT 2011

PUTRAJAYA - Sebanyak 30 buah diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan dalam satu majlis pengiktirafan di sini hari ini.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Sains Sabah, Sekolah Menengah Sains Johor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, Perak.

Sekolah rendah yang mendapat pengiktirafan tersebut pula ialah Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Perak, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka, Sekolah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Mantob, Sabah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pengiktirafan tersebut sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di negara ini.

“Apa yang dirancang oleh kementerian melalui pengiktirafan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama menjelang tahun 2020.

“sekolah kluster kecemerlangan bukan sahaja cemerlang dalam pengurusan dan pencapaian sekolah tetapi ia mempunyai kebitaraan akademik dan kokurikulum yang berupaya mewatakkan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pengiktirafan sekolah kluster kecemerlangan Fasa 4 bagi tahun 2011 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Ghafar berkata, bilangan sekolah kluster kecemerlangan di negara ini akan bertambah kepada 300 buah menjelang tahun 2015.

Menurutnya, bilangan sekolah kluster kecemerlangan yang ada pada waktu ini ialah sebanyak 124 buah termasuk dikawasan luar bandar dan pihaknya optimis dapat mencapai jangkaan tersebut.

Tambahnya, pengiktirafan sebagai sekolah kluster kecemerlangan juga memastikan sekolah luar bandar tidak tercicir dariapda menerima faedah pembangunan pendidikan di negara ini.

Friday, April 22, 2011

TUGASAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN TAHUN 6 A : PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN MEI 2011

SOALAN: CARI MAKLUMAT DAN SEDIAKAN SATU FOLIO BLOG 1O MUKASURAT YANG BERTAJUK AGENSI TEMPATAN.

NAMA:
TARIKH:
TAJUK:
UNTUK PERHATIAN:
SUMBER:

TUGASAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN TAHUN 5 ARIF : PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN MEI 2011

SOALAN: CARI MAKLUMAT DAN SEDIAKAN SATU FOLIO BLOG 1O MUKASURAT YANG BERTAJUK TARIAN, ALAT MUZIK DAN BAHASA/DIALEK

NAMA:
TARIKH:
TAJUK;
UNTUK PERHATIAN:
SUMBER:

TUGASAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN TAHUN 5 GEMILANG: PENDIDIKAN SIVIKS DAN KEWARGANEGARAAN MEI 2011

SOALAN: CARI MAKLUMAT DAN SEDIAKAN SATU FOLIO BLOG 1O MUKASURAT YANG BERTAJUK TARIAN, ALAT MUZIK DAN BAHASA/DIALEK

NAMA:
TARIKH:
TAJUK;
UNTUK PERHATIAN:
SUMBER:

Wednesday, April 20, 2011

MAKSUD PERIBAHASA

KENALI PERIBAHASA

Pendahuluan:

1. Hampir setiap bangsa mempunyai peribahasa dan peribahasa sesuatu bangsa itu dapat mencerminkan bangsa tersebut.
2. Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna.
3.Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.
4. Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun.
5. Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.
6. Pada umumnya, peribahasa dapat dikatakan berasal daripada tiga sumber seperti yang berikut:
a. masyarakat biasa melalui pengalaman hidupnya.
b. golongan cerdik pandai berdasarkan pemerhatiannya yang tajam terhadap keadaan dan masyarakat sekelilingnya.
c. kitab suci Al-Quran dan kitab-kita agama lain,khususnya Hindu dan Buddha yang pengaruhnya agak meluas dan kukuh di alam Melayu suatu ketika dahulu.

Jenis Peribahasa
1. Peribahasa yang telah tercipta memang banyak.
2. Peribahasa banyak jenisnya antaranya :
a. Simpulan bahasa
b. perumpamaan
c. pepatah
d. bidalan
e. kata-kata hikmat

Simpulan bahasa
Merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, cepat tangan, kaki bangku dan sebagainya.

Perumpamaan
Merupakan jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya didahului dengan kata-kata bagai, laksana, ibarat dan umpama. Contoh perumpamaan bagai aur dengan tebing, ibarat telur di hujung tanduk, umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang dan lain-lain lagi.

Pepatah
Merupakan peribahasa berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang ingin disampaikan. Contohnyaberat sama dipikul; ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah dan sebagainya.

Bidalan
Bidalan adalah sejenis peribahasa yang mempunyai maksud tersirat disebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Contoh bidalan adalah ada gula, ada semut,air dicincang tidak akan putus dan lain-lain.

Kata-kata Hikmat
Merupakan peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. Kata-kata tersebut berisi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup. Contohnya bahasajiwa bangsa, masa itu ibarat emas dan sebagainya.

sumber:bahanbantumengajar

TUGASAN 5 CEMERLANG -PERIBAHASA 20 APRIL 2011

ARAHAN: CARI 20 ATAU LEBIH PERIBAHASA MELAYU.

NAMA:
TAHUN:
TAJUK:
TARIKH:
SUMBER:

TUGASAN 5 BESTARI-PERIBAHASA 20 APRIL 2011

ARAHAN: CARI 20 ATAU LEBIH PERIBAHASA MELAYU.

NAMA:
TAHUN:
TAJUK:
TARIKH:
SUMBER:


Tuesday, April 19, 2011

SK Paya Rumput , Sekolah Kluster 2011

Tahniah...kepada semua warga SK Paya Rumput yang telah terpilih sebagai sekolah kluster Melaka..Towards Excellent..

SEKOLAH KLUSTER

LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006.

Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk

mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang

mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan

Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan

sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan.

Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun

kecemerlangan.

DEFINISI

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti

cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian

murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam

sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah

dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem

pendidikan Malaysia.

PELAKSANAAN

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah

kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;

Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia

Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr.

Abdul Rahman Arshad

Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang

melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan

stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam

pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel

Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada

19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu

menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster

dapat berjalan dengan jayanya.

INFO PPDJ: Sekolah Kluster


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster

berikut:

Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah

Orang Asli.

Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),

Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

(SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun,

sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.

Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas

(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).

Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta

Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru

(IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama

o Pengukuran Standard Sekolah:

Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat Kedua

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)

Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun

berturut-turut:

SBP

SMKA

SMT

SM Harian

o

o

o

o

:

:

:

:

GPS 2.5 dan ke bawah

GPS 3.0 dan ke bawah

GPS 4.0 dan ke bawah

GPS 4.0 dan ke bawah

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):

Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata

pelajaran dalam UPSR, atau

Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau

GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

Kecemerlangan murid dalam aspek:

o Akademik

o Kokurikulum

o Sahsiah

INFO PPDJ: Sekolah Kluster


Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.

Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.

Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.

Keberkesanan pelaksanaan program KPM

Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh

mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

Langkah

Langkah

Langkah

Kluster

Langkah

Langkah

Langkah

1:

2:

3:

4:

5:

6:

Penerimaan pencalonan

Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.

Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah

Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional

Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat

Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:

Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)

Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang

Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:

Memenuhi kriteria Guru Cemerlang

Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah

Kluster.

Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam

bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan

Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada

Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid

baru untuk bidang kebitaraan sekolah

Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:

Berpandukan:

o

Key Performance Indicator (KPI)

pengurusan sumber manusia dan fizikal

INFO PPDJ: Sekolah Kluster


o

sumber kewangan

pembangunan profesionalisme staf

program kurikulum dan kokurikulum berkesan

lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum

dan sahsiah.

TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah:

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

o

o

Umum (untuk semua sekolah)

Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah,

pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan

kepada:

Pematuhan piawai yang berikut:

o Akta Pendidikan 1996

o Sistem Pendidikan Kebangsaan

o Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis

Panduan dan Surat-surat Siaran

o SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

o

o

o

o

o

Pengurusan

Pengurusan

Pengurusan

Pengurusan

Pengurusan

Sekolah

Sumber Manusia

Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal

dan Pelaksanaan Kurikulum

dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan

kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan

dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga

Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

o

o

o

o

o

Biasiswa

Kewangan/Dana

Program Kecemerlangan Akademik

Program Kecemerlangan Kokurikulum

Program Kerjaya

INFO PPDJ: Sekolah Kluster


IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum

Program Kerjaya

Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8%

daripada 5.2 juta pelajar

Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara

Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan

sekolah kluster

Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan

Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)

Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara

Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang

(6.9% daripada 350,000 guru)

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

INFO PPDJ: Sekolah Kluster

sumber: ppdjasin.tk