/*
- »
*/

Friday, March 9, 2012

Bahasa Melayu Tahun 6 Gemilangan 9 Mac 2012

Arahan: Sila cari maklumat Teknologi  meningkatkan kualiti hidup

Nama:
Tahun:
Sumber:

16 comments:

Anonymous said...

NAMA:NUR SYUHADAH DAN NURUL ATIQAH

KELAS:5 GEMILANG

TARIKH:9 MAC 2012

TAJUK:TEKNOLOGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

Penerokaan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan manusia telah membantu meningkatkan kualiti hidup manusia.
Penemuan sains dan teknologi dalam bidang perubatan memberikan manfaat kepada manusia.Kualiti hidup bagi pesakit kanser menjadi semakin baik dengan penemuan kaedah rawatan menggunakan cahaya lazer seperti radioterapi dan kemoterapi untuk merencatkan kuman kanser dan membantutkan pembengkakkan tumor akibat kuman kanser. Penemuan kaedah pembedahan kosmetik untuk tujuan rawatan muka yang cacat akibat pelbagai sebab membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal yang berkualiti.
Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan penggunaan siding video dilakukan bagi tujuan pendidikan, perubatan mahuun perdagangan. Sidang video memudahkan pihak yang memanfaatkannya dan menyumbang manfaat yang besar dalam kehidupan manusia, terutamanya pelajar yang mengikuti kuliah tanpa kehadiran pensyarah, tetapi menerima maklumat pensyarah dari siding video. Aplikasi dalam talian yang diperkenalkan bagi urusan perbankan menjadikan hidup manusia sangat mudah kerana urusan perbankan dan lain-lain urusan berkaitan kewangan boleh dilakukan hanya di rumah.
Teknologi industri bagi keperluan isi rumah meningkatkan kualiti isi rumah. Pembangunan dan penerokaan sains dan teknologi telah membolehkan kebanyakan rumah menggunakan peti sejuk dan penghawa dingin yang bebas daripada pembebasan gas klorofluorokarbon. Penemuan sains dan teknologi ini juga menghasilkan penghawa dingin yang mampu membebaskan udara yang dinyahbateria. Penghasilan dapur memasak yang tidak mengeluarkan api dan asap telah membantu mengurangkan kadar pencemaran udara di dalam rumah, terutamanya gas karbon daripada asap. Penerokaan dan penemuan sains dan teknologi ini telah meningkatkan kualiti hidup manusia.
Dalam sektor pertanian pula, penerokaan sains dan teknologi telah memperkenalkan teknik tanaman hidroponik. Tanaman hidroponik merupakan kaedah tanaman tanpa tanah yang boleh ditanam di persekitaran rumah. Tanaman ini bukan sahaja selamat daripada bakteria yang terkandung dalam tanah, tetapi juga bebas daripada penggunaan racun serangga. Teknologi dalam pertanian juga telah memperkenalkan bioteknologi untuk penghasilan baja pertanian. Penggunaan baja organik membolehkan hasil pertanian bebas pengaruh bahan kimia dan meningkatkan kualiti pemakanan manusia dan seterusnya, meningkatkan kualiti hidup.
Kesimpulannya, penerokaan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang memberikan manfaat yang besar kepada manusia.

muhammad iqbal said...

nama:Muhammadiqbal kelas:5Gemilang
tajuk:TEKNOLOGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing negara. Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan.

Penggubalan RRJP3 telah mengambil kira penilaian semula kemajuan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) serta pengalaman yang dipelajari daripada krisis kewangan Asia tahun 1997-1998. Dasar dan strategi yang dirangka adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kekuatan sedia ada, menangani kekurangan dan kekangan serta menghadapi cabaran persaingan dunia. Seperti di masa lalu, Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan yang menyeluruh dalam membangunkan ekonomi demi menjamin pertumbuhan yang stabil, menggalakkan keharmonian di kalangan kumpulan etnik dan meningkatkan persepaduan nasional. Pelbagai pandangan dan sumbangan telah dipertimbangkan termasuk laporan yang disediakan oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) yang dianggotai oleh wakil daripada berbagai kelompok masyarakat.

RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara (DWN). Perpaduan negara merupakan tonggak utama DWN yang bertujuan membina Bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni dan melibatkan semua pihak secara sepakat dan saksama. Pertumbuhan ekonomi akan digalak seiring dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan wilayah akan dikurangkan. Dasar pembangunan yang bertujuan untuk menambah kekayaan dan meningkatkan tahap kemakmuran akan disertai dengan usaha untuk menyemai nilai positif sosial dan kerohanian serta keprihatinan terhadap alam sekitar untuk mengekalkan pembangunan negara yang mampan bagi tempoh jangka panjang.

Anonymous said...

NAMA :FARAH NURAINI BT ABD HALIM
KELAS :5 GEMILANG
TARIKH:5 GEMILANG

TAJUK:TEKNOLOGI MENINGKAT
KULITI HIDUD

Kemajuan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan positif kepada kita dan berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sains telah membawa kebahagiaan kepada manusia. Sesungguhnya banyak faedah yang telah kita nikmati hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Justeru itu tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan belanja yang besar untuk memajukan sains dan teknologi bagi mewujudkan sebuah negara yang disegani. Fenomena ini membuktikan bahawa kemajuan sains lebih banyak mendatangkan kesan positif daripada kesan negatif. Walaupun tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan dari segi kerohanian, namun sebenarnya ia mampu memenuhi kekurangan dari segi kebendaan.

Bidang penyelidikan dan pembangunan akan hanya mencapai tahap yang tinggi melalui penerokaan dalam sains dan teknologi.Kepakaran yang tinggi akan membolehkan lebih banyak kajian dan penyelidikan sainstifik dijalankan serta dapat membantu menghasilkan produk-produk prototaip dalam pelbagai bidang sosial dan ekonomi.Khususnya dalam sektor pertanian,negara akan mengalami kemajuan yang besar sekiranya mengarap sains dan teknologi yang canggih.Melalui kepakaran dalam bioteknologi,teknik dan teknologi pertanian akan mengalami transformasi.Teknik-teknik moden yang efektif dalam bidang penanaman,penternakan dan penuaian akan membantu meningkatkan produktiviti.

Bioteknologi juga akan membantu dalam penghasilan baka,benih dan racun bagi memajukan sektor pertanian.Pertanian yang berorientasi intensif teknologi bukan sahaja meningkatkan kualiti makanan tetapi juga menjamin kelangsungan makanan.Lantarannya,usaha berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan dapat membantu memelihara ekologi tanaman yang akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Teknologi dengan pesatnya telah mendatangkan pelbagai kebaikan terhadap peningkatan taraf hidup manusia seperti penciptaan teknologi laser.Penciptaan teknologi laser telah memainkan peranan yang penting dalam bidang komunikasi dan perindustrian.Kini,teknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang telekomunikasi mengganti peranan kabel dengan obtik fiber.Jalur laser yang lebih luas membenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat serta meminimumkan risiko kehilangan data.Selain itu,bidang prindustrian turut berkembang maju dengan kemunculan penggunaan laser.Laser merupakan alat pemecah dan pemotong yang termoden.Laser dapat memotong batu permata,intan,kaca,malah kepingan logam tanpa mengeluarkan haba,bunyi dan sisa kotoran.

Kerajaan semakin menitikberatkan Dasar Sains dan Teknologi untuk mempertingkatkan sumbangannya dalam pelbagai aspek.Sains dan teknologi meningkatkan taraf hidup manusia melalui perkembangan dalam bidang perubatan dan kesihatan.Kemajuan sains dan teknologi membawa kepada pengenalan ubat-ubatan baru untuk pelbagai jenis penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan dahulu,menambahbaikkan fungsi dan meningkatkan kualiti ubat-ubatan yang sedia ada dan lain-lain,misalnya penyakit barah.Tambahan pula,penyakit-penyakit yang dihadapi dapat ditentukan dengan cepat dan tepat semasa diagnosis dijalankan sebelum kemunculan tanda-tanda yang ketara

Selain itu, kemajuan sains dan teknologi turut menyumbang kepada kemajuan dalam bidang pendidikan.Contohnya,pelancaran satelit pertama Malaysia, MEASAT membantu dalam menjayakan program pendidikan jarak jauh. Hal ini secara tidak langsung mencapai matlamat kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu. Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh penduduk Malaysia malah oleh penduduk negara-negara lain di rantau ini yang berada dalam lingkungan jejak MEASAT. Hal ini juga merealisasikan konsep "langit terbuka" yang diharapkan dapat membuka minda masyarakat supaya lebih inovatif, keatif, berdaya tahan dan berdaya saing.

Anonymous said...

Nama :Nurul Izzah bte Khalid & Nur Hidayah bte Shamsudin
Tahun :5 Gemilang
Sumber:http://pengajianam900.forumotion.com

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Dato' Seri Dr. Maximus Ongkili.Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari.
Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.
"Memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan modal insan untuk nilai tambah sektor pertanian dan industri serta membangunkan ekonomi baru, terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT serta bioteknologi.""Sains, Teknologi dan Inovasi bagi penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat."Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar Sains & Teknologi Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi Sains & Teknologi Kebangsaan yang ke-2.
DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi.
Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.

Anonymous said...

Nama : Huda Nadhirah bt Zulkefli
Kelas : 5Gemilang
Tarikh: 9 Mac 2012
Tajuk : Cara Meningkat Kualiti Hidup

Tips meningkatkan kualiti hidup
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menjadikan hidup kita lebih baik daripada sekarang. Bak kata pepatah ‘lain padang lain belalang, lain orang lainlah ragamnya’ begitu juga dengan kehidupan yang kita lalui.

Kita tidak wajar membandingkan keadaan hidup dan masa depan kita dengan orang lain secara keterlaluan hingga menimbulkan kekecewaan diri. Setiap orang memiliki perjalanan dan pengalaman hidup sendiri yang sangat berbeza meskipun hidup dalam satu keluarga. Ayah tidak dapat menentukan dengan tepat apakah anak-anaknya akan melalui kehidupan yang bahagia apabila meningkat dewasa biar pun dia merancang dengan baik. Hakikatnya, kita tidak tahu apakah kesudahan akhir hidup yang dilalui.

Pemikiran dapat mengawal kehidupan. Cara terbaik mengawal pemikiran ialah mengelakkan daripada berfikir negatif ke atas perkara-perkara yang tidak dapat dikawal oleh kita. Sebaliknya banyakkan berfikir dan lakukan apa yang ada di hadapan mata. Dalam erti kata lain, kurangkan angan-angan atau mimpi di siang hari.

Hubungan sosial sangat mempengaruhi aras penerimaan orang lain terhadap kita. Andainya terlalu serius, kita mungkin hilang kawan. Lebih baik kita tidak ambil hati sangat kalau ada rakan-rakan yang bergurau. Biasanya kalau kita boleh bertolak ansur, kita mudah mendapat kawan. Bagi mereka yang sukar hendak senyum, latihan senyuman boleh dilakukan setiap hari supaya amalan senyum ini menjadi rutin setiap kali berjumpa orang.

Tips yang terakhir ialah berkenaan dengan diri kita sendiri. Dalam hidup ini, tidak ada sesiapa pun yang boleh menggembirakan hati kita kecuali diri kita sendiri. Sifirnya mudah iaitu kita sendiri yang tahu sama ada kita suka, sedih atau bahagia. Jadi, bergembiralah dan lebihkan senyuman dan ketawa dalam hidup ini.

Intan Dalia bt. Adnan said...

Nama:Intan Dalia bt. Adnan.

Kelas: 5gemilang

Tarikh:9 Mac 2012

Tajuk:Teknologi Meningkatkan Kualiti Hidup.

SEREMBAN 11 Dis. - Pusat Komuniti BDD bagi merapatkan jurang digital bertujuan meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat miskin bandar melalui agenda komunkikasi teknologi maklumat (ICT). Pengarah Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Seremban MPS, Hanizah Hassan berkata, program berkenaan juga bertujuan memberi peluang yang sama rata kepada kumpulan kurang berada dalam masyarakat untuk mengakses dan menggunakan maklumat dan pengetahuan melalui ICT.

Melalui BDD ini kita berharap ia dapat meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan kualiti hidup kumpulan miskin bandar melalui inisiatif yang disediakan dalam ICT, katanya di sini hari ini. Pusat Komuniti BDD Rumah Pangsa PPRT Lobak merupakan projek pertama di negeri ini dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin.

Kata Hanizah, selain penduduk boleh melayari laman web yang mereka kehendaki, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan portal di mana merangkumi pelbagai maklumat dan kemudahan. Antaranya ialah eAhli Komuniti, eBantuan, eBimbingan, eJiran, eUrus Pusat Tele Centre, eUsahawan, Sistem Pengurusan eKomuniti, Sistem Maklumat Eksekutif, ependidikan dan eBank, katanya.

Menurut beliau, seperti e-Ahli Komuniti, portal itu akan menyimpan maklumat peribadi penduduk di kawasan yang terlibat dan membolehkan pendaftaran dan capaian maklumat penduduk dilakukan secara online.

Begitu juga eBantuan di mana ia akan menguruskan segala pertanyaan dan aduan daripada komuniti berkaitan isu setempat di mana ia boleh menyimpan soalan yang diterima dan juga jawapan daripada panel pakar.

Menurut Hanizah, Rumah Pangsa PPRT Lobak itu adalah antara enam lokasi seluruh negara yang dipilih untuk menjalankan Pusat Komuniti BDD dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Lima lagi yang telah menjalankan program berkenaan ialah di Kampung Baru Pokok Assam (Majlis Perbandaran Taiping, Perak), Kampung Telaga Papan (Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu), Kampung Teloi Tua (Majlis Daerah Sik, Kedah), Kampung Weston (Majlis Perbandaran Beufort, Sabah) dan Kampung Baru Pekan Nanas (Majlis Daerah Pontian, Johor).

Kita dapati sambutan begitu menggalakkan sejak Pusat Komuniti BDD di Lobak ini beroperasi dan pada hari pertama sahaja lapan orang penduduk sudah mendekati dan menggunakan kemudahan komputer di situ, jelasnya. Sementara itu, Chen Pin dalam ucapan perasmiannya berkata, usaha yang dijalankan ini di harap dapat meningkatkan penglibatan masyarakat miskin bandar dalam arus perdana pembangunan Malaysia.

Pelancaran pusat ini merupakan bukti yang cukup jelas terhadap usaha dan tanggungjawab kerajaan untuk mengagihkan bantuan dan kekayaan negara kepada semua masyarakat tanpa ada sikap pilih kasih terhadap rakyat. Walau apa pun ideologi rakyat, namun mandat yang telah diberikan pada masa pilihan raya lalu sentiasa diutamakan dan ditunaikan oleh kerajaan, ujar Chen Pin.

AMEESHAH & SAFIYYAH said...

NAMA:AMEESHAH DAN SAFIYAH HATTA

KELAS:5GEMILANG

TARIKH:9 MAC 2012

TAJUK:TEKNOLOGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menjadikan hidup kita lebih baik daripada sekarang. Bak kata pepatah ‘lain padang lain belalang, lain orang lainlah ragamnya’ begitu juga dengan kehidupan yang kita lalui.

Kita tidak wajar membandingkan keadaan hidup dan masa depan kita dengan orang lain secara keterlaluan hingga menimbulkan kekecewaan diri. Setiap orang memiliki perjalanan dan pengalaman hidup sendiri yang sangat berbeza meskipun hidup dalam satu keluarga. Ayah tidak dapat menentukan dengan tepat apakah anak-anaknya akan melalui kehidupan yang bahagia apabila meningkat dewasa biar pun dia merancang dengan baik. Hakikatnya, kita tidak tahu apakah kesudahan akhir hidup yang dilalui.

Pemikiran dapat mengawal kehidupan. Cara terbaik mengawal pemikiran ialah mengelakkan daripada berfikir negatif ke atas perkara-perkara yang tidak dapat dikawal oleh kita. Sebaliknya banyakkan berfikir dan lakukan apa yang ada di hadapan mata. Dalam erti kata lain, kurangkan angan-angan atau mimpi di siang hari.

Hubungan sosial sangat mempengaruhi aras penerimaan orang lain terhadap kita. Andainya terlalu serius, kita mungkin hilang kawan. Lebih baik kita tidak ambil hati sangat kalau ada rakan-rakan yang bergurau. Biasanya kalau kita boleh bertolak ansur, kita mudah mendapat kawan. Bagi mereka yang sukar hendak senyum, latihan senyuman boleh dilakukan setiap hari supaya amalan senyum ini menjadi rutin setiap kali berjumpa orang.

Tips yang terakhir ialah berkenaan dengan diri kita sendiri. Dalam hidup ini, tidak ada sesiapa pun yang boleh menggembirakan hati kita kecuali diri kita sendiri. Sifirnya mudah iaitu kita sendiri yang tahu sama ada kita suka, sedih atau bahagia. Jadi, bergembiralah dan lebihkan senyuman dan ketawa dalam hidup ini.

Anonymous said...

NAMA:NURUL ALIA NABILA DAN SITI NUR ZULAIKHA

KELAS:5 GEMILANG

TARIKH:9 MAC 2012

TAJUK:TEKNOLOGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP
Kluster ICT dibentuk dengan tujuan menyokong kerajaan dalam usaha negara untuk mencapai status negara maju sejajar dengan matlamat wawasan 2020, dengan menjadikan ICT sebagai pemandu utama pertumbuhan ekonomi negara dan global. Ini adalah selari dengan aspirasi Model Baru Ekonomi (MBE) yang berteraskan konsep berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemapanan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, dan Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015) yang merupakan salah satu daripada empat tonggak transformasi negara. Bagi menjayakan usaha ini, pelbagai cabaran dalaman dan global perlu ditangani. Jadi, Kluster ICT, juga berharap dapat memberi kepimpinan, khidmat nasihat dan bekerjasama dengan kerajaan berasaskan visi yang dikongsi bersama ini bagi mencapai kemajuan Negara: membantu kerajaan dalam meningkatkan produktiviti dan inovasi ICT melalui proses laluan trasformasi pantas untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan; membantu menyediakan modal insan berpengetahuan (knowledge workers) yang kreatif, inovatif dan berkemahiran abad ke 21 melalui penubuhan Special Task Force HRD ICT Negara;menggabungkan pembangunan ICT dalam pengubalan dasar negara bagi mempertingkatkan lagi daya saing negara, keunggulan teknologi dan kemapanan sosial; meningkatkan penyelidikan, inovasi dan hak cipta ICT di peringkat kebangsaan dan global dan menggunakanya untuk penjanaan kekayaan dan memperkukuhkan industri dan komuniti tempatan; menjadi suara utama sosial (advokasi sosial) dalam meningkatkan peluang digital dan mempromosikan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat melalui penggunaan pelbagai aplikasi ICT yang inklusif di kawasan kemiskinan bandar, luar bandar dan pendalaman bandar untuk merapatkan jurang digital yang wujud; membantu dalam membina sebuah masyarakat berpengetahuan yang keterangkuman bagi menyediakan e-peluang yang sama-rata dan saksama bagi semua, tidak kira kepelbagain kaum etnik ataupun agama, untuk mencapai kemapanan masyarakat madani yang berpengetahuan.

Anonymous said...

NAMA:NUR HANI NATASHA BT MOHD IZAM

KELAS:5GEMILANG

TARIKH:9 MAC 2012

TAJUK:TEKNOLOGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

Tips meningkatkan kualiti hidup
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menjadikan hidup kita lebih baik daripada sekarang. Bak kata pepatah ‘lain padang lain belalang, lain orang lainlah ragamnya’ begitu juga dengan kehidupan yang kita lalui.

Kita tidak wajar membandingkan keadaan hidup dan masa depan kita dengan orang lain secara keterlaluan hingga menimbulkan kekecewaan diri. Setiap orang memiliki perjalanan dan pengalaman hidup sendiri yang sangat berbeza meskipun hidup dalam satu keluarga. Ayah tidak dapat menentukan dengan tepat apakah anak-anaknya akan melalui kehidupan yang bahagia apabila meningkat dewasa biar pun dia merancang dengan baik. Hakikatnya, kita tidak tahu apakah kesudahan akhir hidup yang dilalui.

Pemikiran dapat mengawal kehidupan. Cara terbaik mengawal pemikiran ialah mengelakkan daripada berfikir negatif ke atas perkara-perkara yang tidak dapat dikawal oleh kita. Sebaliknya banyakkan berfikir dan lakukan apa yang ada di hadapan mata. Dalam erti kata lain, kurangkan angan-angan atau mimpi di siang hari.

Hubungan sosial sangat mempengaruhi aras penerimaan orang lain terhadap kita. Andainya terlalu serius, kita mungkin hilang kawan. Lebih baik kita tidak ambil hati sangat kalau ada rakan-rakan yang bergurau. Biasanya kalau kita boleh bertolak ansur, kita mudah mendapat kawan. Bagi mereka yang sukar hendak senyum, latihan senyuman boleh dilakukan setiap hari supaya amalan senyum ini menjadi rutin setiap kali berjumpa orang.

Tips yang terakhir ialah berkenaan dengan diri kita sendiri. Dalam hidup ini, tidak ada sesiapa pun yang boleh menggembirakan hati kita kecuali diri kita sendiri. Sifirnya mudah iaitu kita sendiri yang tahu sama ada kita suka, sedih atau bahagia. Jadi, bergembiralah dan lebihkan senyuman dan ketawa dalam hidup ini.

Iffah Shahirah Kamat said...

Nama = Iffah Shahirah Kamat
Kelas = 5 Gemilang
Tarikh = 9 Mac 2012

Tajuk = Teknologi Meningkatkan Kualiti Hidup

Pada tahun 2006,kerajaan negeri Sarawak berjanji dalam Manifestonya bahawa kerajaan BN akan memodenkan sektor industri pertanian dan meningkatkan kualiti hidup rakyat bandar dan luar Bandar Sarawak.

Hasilnya, pada tahun 2010, Sarawak mencatatkan pertumbuhan dalam sektor industry pertanian sebanyak 5.2 %,manakala Malaysia mencatatkan hanya 3.4%. Pendapatan per kapita pula meningkat daripada RM690 pada tahun 1963 kepada RM33,912 pada tahun 2009.Ini bermakna,pencapaian Sarawak mengatasi kadar pencapaian keseluruhan Malaysia.

Kerajaan Sarawak melaksanakan program pembangunan yang menyeluruh memfokuskan kepada usaha-usaha yang mampu menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri yang aman, membangun dan makmur. Matlamat pembangunan yang diditetapkan dalam tahun 2006 telah berhasil dalam memakmurkan rakyat dan negeri Sarawak malah usaha ini akan diteruskan dalam tahun 2011.

Walau pun krisis kewangan yang melanda terus mengancam dunia, Sarawak dapat menyaksikan pembangunan ekonomi yang memperangsangkan dalam tahun 2010.GDP berkembang 5.4 % dan pelaburan awam meningkat 18.9 %.

Ekonomi Sarawak dijangka mengekal pada kadar yang sama malah melebihi 5.4 % dalam tahun ini. Negeri Sarawak menyaksikan pembangunan yang pesat kerana kebijaksanaan pentadbiran kerajaan melaksanaan dasar-dasar ekonomi yang inovatif yang mampu menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam projek-projek Mega di Sarawak.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Kerajaan Negeri Sarawak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik kepada semua kaum dan etnik di Sarawak supaya mereka menikmati kemakmuran negara dengan adil sejak Sarawak menyertai dalam GagasWalaupun negeri Sarawak mempunyai penduduk berjumlah 2.6 juta yang bertabur di seluruh negeri termasuk dalam 5,000 penempatan di luar bandar yang terletak dalam jarak yang agak jauh antara satu sama lain, kerajaan negeri berjanji akan terus melibatgandakan segala usaha dan tenaganya untuk membangunkan negeri Sarawak ,terutamnya penduduk diluar bandar sekiranya rakyat terus memberi sokongan yang padu kepada kerajaan supaya kerajaan dapat meneruskan agenda pembangunan yang telah ditetapkan oleh kepimpinan kerajaan BN ia itu mejadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang ‘berpendapatan tinggi’ dalam menjamin masa depan cemerlang bagi rakyat Sarawak.RAKYAT SARAWAK SAMBUT BAIK AGENDA PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI.

Atiqah Ismail said...

NAMA:NURUL KARMILA DAN NURUL FARHANA

KELAS:5GEMILANG

TARIKH:10 MAC 2012

TAJUK:CARA MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

Meningkatkan Kualiti Hidup

Post by Juang on Mon Mar 08, 2010 9:02 pm
Apakah definasi kualiti hidup bagi seseorang individu? Sudah pasti ia berbeza mengikut kayu ukur masing-masing. Bagi orang yang meletakkan wang dan harta-benda (perhiasan zahir) sebagai kayu pengukur kualiti hidupnya, maka dia akan nampak hidup yang berkualiti adalah dengan menjadi seorang yang kaya-raya. Namun bagi orang yang meletakkan takwa (perhiasan batin) sebagai kayu pengukur, maka dia akan nampak hidup yang berkualiti adalah hidup dengan mentauhidkan Allah, berbuat baik, tidak berdusta, menyelidik sesuatu yang didengari, tidak menurut membuta-tuli dan menjauhi segala bentuk kepuakan dan permusuhan.

Al Quran membicarakan tentang bagaimana manusia boleh meningkatkan kualiti hidup zahir dan batin. Namun ia menekankan dahulu tentang meningkatkan kualiti batin manusia dahulu. Ini kerana manusia jadi tertekan (stress) disebabkan kegagalan mengurus jiwanya sendiri walaupun mereka terdiri daripada golongan yang kaya-raya.

Kita kena belajar mengenal apakah punca-punca yang menyebabkan rasa tertekan. Antara perkara-perkara yang biasa menyebabkan manusia tertekan adalah pelajaran, pekerjaan, kesesakan lalu lintas, masalah rumah tangga, bebanan kewangan, politik.

Walaupun banyak perkara yang boleh menyebabkan jiwa tertekan, tetapi cara nak atasinya sebenarnya mudah sahaja. Jadilah orang yang merendah diri dan jangan berdusta. Itulah permulaan untuk mencapai ketenangan jiwa. Bila jiwa tenang, kita tidak mudah merasai tekanan jiwa. Walaupun diuji, kita masih mampu tersenyum gembira. Tiada apa yang perlu ditakutkan melainkan jika membuat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri.

Jika kita renungkan, diwujudnya amalan-amalan penyekutukan terhadap Allah kerana manusia itu hendak angkuh sesama manusia dan kerana mereka berdusta. Kalau mereka tidak ada keinginan merasa angkuh dan berdusta, tidak wujud segala bentuk penyekutuan terhadap Allah. Ini kerana ketika kita dilahirkan, kita tidak kenal amalan-amalan penyekutuan dan kita tidak tahu berdusta. Namun bila dididik dengan ajaran-ajaran dusta untuk berbangga diri kononnya kita lebih mulia daripada kaum-kaum lain, mulalah hati menjadi karat dengan keangkuhan dan pendustaan.

Hati yang angkuh dan berdusta tidak akan tenteram selama-lamanya selagi manusia itu tidak belajar merendah diri dan mencari kebenaran. Sebaik sahaja hati itu mula mahu belajar merendah diri dan mencari kebenaran, dia akan merasai perubahan hidupnya semakin tenang, aman, lapang, dan bahagia. Tiada amalan-amalan dusta yang perlu dipercayai membuta-tuli. Apa yang dilakukan hanya sesuatu yang jelas dan kukuh sahaja yang dia faham apa ertinya. Bukannya main buat kerana melihat orang lain buat sedangkan dia tidak tahu apa yang dibuatnya.

Melawan keangkuhan dan pendustaan bertujuan untuk menyedarkan diri kita. Untuk meletakkan diri kita di atas bumi yang nyata. Keangkuhan menyebabkan manusia lupa diri dan terapung di awangan. Tetapi bila kita merendah diri, maka kita tahu di mana kita berada. Apabila kita tahu di mana tahap kita berada, maka mudahlah kita memulakan proses peningkatan kualiti diri. Kita akan sedar di mana kelemahan diri, dan apa yang perlu diperbaiki. Kita akan nampak di mana potensi diri, dan apa yang perlu kita lakukan untuk mengasahnya.

Jika kita konsisten berusaha meningkatkan kualiti diri, pasti suatu masa nanti tahap kita akan lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Kita dapat rasakan hidup ini mudah dikawal sebab banyak perkara-perkara yang tersembunyi dalam diri kita telah kita ketahui. Umpamanya tahap kesihatan kita sudah semakin baik. Jika dahulu kita mudah kena demam dan selsema, namun bila kualiti diri kita semakin meningkat, kita jarang kena penyakit sebab kita sudah tahu macam mana nak kawal kesihatan.

Banyak rahsia diri yang boleh kita terokai jika kita seorang yang suka berfikir dan menyelidik sesuatu perkara tentang diri kita sendiri.

Anonymous said...

Jan
1
Penerokaan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang kehidupan telah meningkatkan kualiti hidup manusia. Bincangkan.
Penerokaan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan manusia telah membantu meningkatkan kualiti hidup manusia.
Penemuan sains dan teknologi dalam bidang perubatan memberikan manfaat kepada manusia.Kualiti hidup bagi pesakit kanser menjadi semakin baik dengan penemuan kaedah rawatan menggunakan cahaya lazer seperti radioterapi dan kemoterapi untuk merencatkan kuman kanser dan membantutkan pembengkakkan tumor akibat kuman kanser. Penemuan kaedah pembedahan kosmetik untuk tujuan rawatan muka yang cacat akibat pelbagai sebab membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal yang berkualiti.
Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan penggunaan siding video dilakukan bagi tujuan pendidikan, perubatan mahuun perdagangan. Sidang video memudahkan pihak yang memanfaatkannya dan menyumbang manfaat yang besar dalam kehidupan manusia, terutamanya pelajar yang mengikuti kuliah tanpa kehadiran pensyarah, tetapi menerima maklumat pensyarah dari siding video. Aplikasi dalam talian yang diperkenalkan bagi urusan perbankan menjadikan hidup manusia sangat mudah kerana urusan perbankan dan lain-lain urusan berkaitan kewangan boleh dilakukan hanya di rumah.
Teknologi industri bagi keperluan isi rumah meningkatkan kualiti isi rumah. Pembangunan dan penerokaan sains dan teknologi telah membolehkan kebanyakan rumah menggunakan peti sejuk dan penghawa dingin yang bebas daripada pembebasan gas klorofluorokarbon. Penemuan sains dan teknologi ini juga menghasilkan penghawa dingin yang mampu membebaskan udara yang dinyahbateria. Penghasilan dapur memasak yang tidak mengeluarkan api dan asap telah membantu mengurangkan kadar pencemaran udara di dalam rumah, terutamanya gas karbon daripada asap. Penerokaan dan penemuan sains dan teknologi ini telah meningkatkan kualiti hidup manusia.
Dalam sektor pertanian pula, penerokaan sains dan teknologi telah memperkenalkan teknik tanaman hidroponik. Tanaman hidroponik merupakan kaedah tanaman tanpa tanah yang boleh ditanam di persekitaran rumah. Tanaman ini bukan sahaja selamat daripada bakteria yang terkandung dalam tanah, tetapi juga bebas daripada penggunaan racun serangga. Teknologi dalam pertanian juga telah memperkenalkan bioteknologi untuk penghasilan baja pertanian. Penggunaan baja organik membolehkan hasil pertanian bebas pengaruh bahan kimia dan meningkatkan kualiti pemakanan manusia dan seterusnya, meningkatkan kualiti hidup.
Kesimpulannya, penerokaan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang memberikan manfaat yang besar kepada manusia.
Posted 1st January by tasah
0
Add a comment

Anonymous said...

NAMA:NUR ANIS SHAFIQAH BINTI JASAFANDI

KELAS:5GEMILANG

TARIKH:9 MAC 2012

TAJUK:TEKNOLOGI MENINGKATKAN KUALITI
HIDUP Penerokaan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang kehidupan telah meningkatkan kualiti hidup manusia. Bincangkan.

HIDUP

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi atau KTAK adalah merupakan kementerian yang ditubuhkan pada 27 Mac, 2004 sejajar pembentukan struktur baru kabinet Malaysia, justeru menggantikan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.

KTAK bertanggungjawab dalam mentadbir, mengawalselia serta mengurus hal-hal berkaitan tenaga, komunikasi (infrastruktur), pos juga air di Malaysia.

Peranan Kementerian telah berubah daripada sebuah kementerian yang menyediakan perkhidmatan kepada kementerian yang menggubal dasar dan mengawalselia perkhidmatan bagi sektor Tenaga, Air dan Komunikasi.

Dengan ini, teras utama peranan Kementerian adalah memudahkan juga mengawal pertumbuhan industri di dalam sektor-sektor tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang diberi kepada pengguna seluruh negara adalah berkualiti tinggi, efisyen dan selamat digunakan dengan harga yang berpatutan. Tugas-tugas kawalselia Kementerian dilaksanakan oleh badan-badan kawalselianya iaitu Suruhanjaya Tenaga juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Menjadi pemangkin utama bagi pembangunan yang dinamik dan berdaya tahan dalam industri tenaga, air dan komunikasi Malaysia

Membangun serta menggubal dasar yang inovatif dan strategik, merangka rangka kerja kawalselia sendiri serta membentuk satu sistem pengurusan yang berdaya maju, berkesan juga efisyen.

Untuk memastikan wujudnya satu infrastruktur yang bersepadu, efisyen dan berkualiti tinggi bagi industri tenaga, air dan komunikasi.
Untuk menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan industri tenaga, air dan komunikasi.
Untuk memastikan kemajuan teknologi bagi industri tenaga, air dan komunikasi yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan
Untuk memastikan servis mahupun penghantaran tenaga, air dan komunikasi di seluruh negara adalah efisyen serta efektif dengan harga yang termampu di samping meningkatkan produktiviti seharian juga kualiti hidup.
Untuk memastikan bekalan atau keperluan mahupun peruntukan tenaga, air serta komunikasi sentiasa berterusan dan terjamin.
Untuk mewujudkan sistem pengawalseliaan yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pertumbuhan pasaran di samping mengawal kesan yang mungkin timbul daripada industri tenaga, air dan komunikasi kepada masyarakat mahupun persekitaran.
Untuk terus-menerus mempertingkatkan sistem sokongan pengurusan korporat.

Anonymous said...

NAMA :MUHAMMAD AMIR ADLI BIN NASRI
KELAS :5 GEMILANG
TARIKH:14 MAC 2012
TAJUK :TEKNOLOGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP
SUMBER: http://www.scribd.com/doc/3825793/Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan

Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran.Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini.Maklumat Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran.Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yangtelah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Maklumat ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjayamengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku.Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepadaperubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama.

eDit0R.. said...

Tahniah kepada murid yang menyahut cabaran tugasan ini. Ini menjadikan bersikap kreatif dan menggunakan kemudahan teknologi dalam percambahan idea...Tahniah sekali lagi..