/*
- »
*/

Saturday, November 21, 2009

Malam Anugerah Akademik 2009

Jumaat,20 Nov-Seramai 89 pelajar cemerlang 5A tahun 2007,2008 dan 2009 menerima hadiah di Auditorium Al-Azim. Malam anugerah itu dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Melaka, Tn Hj Isa bin Hj Abu.Turut hadir Guru Besar, En Yahaya b. Hj Kamarudin, Penaung PIBG dan Pengerusi PIBG.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudian diikuti penyampaian Hadiah UPSR 2007,2008 dan 2009. Memeriahkan malam itu juga dengan persembahan violin, sketsa, Tarian Tunas Budaya SK Paya Ruput, dikir barat Arab dan persembahan koir. Acara gilang gemilang ini mendapat pujian pengarah kerana SK Paya Rumput telah menunjukkan pencapaian visi 2010.