/*
- »
*/

Wednesday, July 21, 2010

TUGASAN TAHUN 5

ARAHAN: Warisan budaya Malaysia adalah menarik. Antaranya seni tarian, alat muzik
tradisional, bahasa dan dialek.

Tugas anda adalah mencari maklumat mana-mana seni budaya di atas.

39 comments:

Muhammad Fahim Aiman bin Ahmad 5 gemilang said...

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Gambar belakang bahagian kompang.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Gong juga alat muzik tradisional mari tengok

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.

Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

Itu saja yang dapat saya kongsikan

sekian terima kasih

Muhammad Afif Izzuddin Bin Khairul Anwar said...

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.

[sunting] Asal-usul angklung
Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat, Indonesia. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.

Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan[perlu rujukan] yang menyebarluaskan muzik ini ke Thailand, saat pula boleh meluas ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.

[sunting] Macam-macam angklung
Angklung Kanekes, muzik khas suku kaum Baduy, Banten
Angklung Dogdog Lojor, muzik khas Sukabumi, Jawa Barat
Angklung Gubrag, muzik khas Bogor, Jawa Barat
Angklung Badeng, muzik khas Garut, Jawa Barat
Angklung Buncis, muzik khas Bandung, Jawa Barat
[sunting] Permainan
Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.

Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap

Editor said...

Pastikan letak alamat di bawah artikel anda.

Nama:
Tarikh Hantar:
UP:
Tajuk:
Sumber Rujukan:

Anonymous said...

Alat muzik tradisional

Tempura
Pengenalan
Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.

Fungsi
Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.

Cara Bermain
Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.

sekian,terima kasih

raqeebah said...

Muhammad Aiman Bin Halipah said...

Nama: Muhammad Aiman Bin Halipah

Kelas: 5 Gemilang(5G)

Tarikh Hantar: 22 Julai 2010

Untuk Perhatian:En.Hazman bin Dolah

Tajuk: Gamelan (Alat Muzik)

SumberRujukan:http://ms.wikipedia. org/wiki/Gamelan

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan

adek aishah puteh said...

nama: siti aishah binti puteh

kelas: 5 GEMILANG

tugasan: zapin JOHOR (tarian)

untuk perhatian: En.Hazman Bin Dolah

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan dan enam puluhan. Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realitinya kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.

Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah

Anonymous said...

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.

Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Isi kandungan [sorok]
1 Tarian India
1.1 Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam
1.2 Cara Bharata Natyam ditarikan
2 Rujukan

[sunting] Tarian India
[sunting] Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam
Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.

Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:

BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api

cikgu said...

Hari ini, murid tahun 5 Arif belajar mengenali blog di pusat Akses

Anonymous said...

Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

Mari kita lihat Gong pula.

Mari kita lihat Gambus pula.

Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.

Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

Itu saja yang dapat saya kongsikan.

Sekian,Terima kasih.

Nama:Abd Rahman B. Hatta
Tahun:5Gemilang
Tarikh Hantar:23/7/2010
Untuk Perhatian:Encik Hazman B.
Dolah

Abd Rahman said...

Mari kita lihatGendang pula.

Mari kia lihat Gong pula.

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.

Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

Itu saja yang dapat saya kongsikan.

Sekian,Terima kasih.

Nama:Abd Rahman B. Hatta
Tahun:5Gemilang
Tarikh Hantar:23/7/2010
Untuk Perhatian:Encik Hazman B.
Dolah

Abd Rahman said...

Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.

Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

Mari kita lihatGendang pula.

Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

Mari kia lihat Gong pula.

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.

Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

Itu saja yang dapat saya kongsikan.

Sekian,Terima kasih.

Nama:Abd Rahman B. Hatta
Tahun:5Gemilang
Tarikh Hantar:23/7/2010
Untuk Perhatian:Encik Hazman B.
Dolah

Muhd Nurman Hakim Bin Marjan ( 5 Gemilang ) said...

Rebab merupakan sejenis alat muzik bertali yang berasal dari Afghanistan. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluarga kecapi.Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka di bahagian dalam.Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan.Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan.Busurnya dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.Selain itu, rebab juga digunakan gamelan dan muzik mengiringi Mak Yong dan Selampit di Malaysia dan Indonesia.Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali-tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai-bagai bunyi.

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.

Terdapat rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.

Mari kita lihat angklung pula

Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat, Indonesia. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan yang menyebarluaskan muzik ini ke Thailand, saat pula boleh meluas ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.Oleh kerana setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anonymous said...

Nama:Ahmad Luqman bin Zolkifli
Tahun:5Gemilang
Tarikh Hantar:23/7/2010
Untuk Perhatian:Encik Hazman B.
Dolah
Sumber Rujukan: http://kebudayaan.kpkk.gov.my/

Joget ialah tarian yang mudah untuk dipelajari merupakan tarian yang sangat popular di kalangan penduduk di Malaysia. Pada zaman dahulu, Joget Lambak sangat terkenal di Melaka, terutamam sekali pada bulan Safar. Bulann Safar ialah bulan dimana orang Melayu Mandi Safar di Selat Melaka untuk menyucikan diri mereka dari dosa. Lama-kelamaan, amalan ini telah dilupakan. Walaubagaimanapun, Joget Lambak kini telah menjadi kebiasaan di dalam majlis perkahwinan terutama sekali di Melaka.

Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada perkataan wrong geng kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.

Dalam tarian joget, pergerakan kaki lebih banyak berbanding dengan pergerakan tangan. Tarian joget biasanya ditarikan dalam kumpulan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Penari utama dipanggil 'bertandak', manakala penari yang lain dipanggil 'pencak joget'.

nasri said...

Muzik
Orkestra
Malaysia mempunyai dua orkestra tradisional; iaitu gamelan dan nobat.

Gamelan, yang berasal dari Indonesia, adalah merupakan orkestra tradisional yang memainkan melodi menggunakan sekumpulan alat muzik termasuk gong serta alat muzik bertali. Nobat pula adalah orkestra diRaja yang memainkan muzik istana yang lebih formal menggunakan pelbagai alat muzik, termasuk serunai dan nafiri.

Alat Muzik

Rebana Ubi
Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.

Kompang
Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

Gambus
Gambus dibawa ke Malaysia oleh para pedagang dari Farsi serta Timur Tengah. Gambus dimainkan dengan pelbagai gaya dalam muzik tradisional Melayu, terutama sekali sebagai alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Alat muzik ini, yang direka halus menggunakan campuran berbagai jenis kayu, menghasilkan bunyi seakan-akan alat muzik kecapi (harp).

Sape
Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

Nama : Muhammad Azim Naif Bin Nasri.
Tajuk : Alat Muzik tradisional.
Tarikh hantar : 23/07/2010
UP : Encik Hazman Bin Dolah.
Sumber rujukan : www.tourismmalaysia.gov.my

Nuurul Hana 5 Gemilang said...

Laman Utama > Kebudayaan > Alat muzik tradisional > Kompang – Alat Muzik Tradisional Melayu
Kompang – Alat Muzik Tradisional Melayu
December 14, 2009
Oleh Anak Waris
Artikel ini telah dibaca sebanyak: 1,197 kali

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Mempunyai baluh berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya kayu jenis nangka atau nama saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Dalam konteks persembahan, kumpulan kompang akan dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut peranannya masing-masing.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi ‘bum’ di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Noorul Zafirah Shaharudin 5 Gemilang said...

TARIAN KUDA KEPANG.:-
Tarian kuda kepang merupakan sejenis tarian rakyat melayu tradisional.Tarian ini ialah tarian warisan budaya jawa dengan pengaruh islam.ciri jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasullah dan para sahabat.Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka.Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.

Tarian kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor,terutamanya darik berketurunan jawa.kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki.Dia diperbuat daripada buluh yang di anyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua.Pada peringkat awalnya,semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang mengunakan tali untuk mengawal permainan.Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan,meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.Pada masa dahulu,terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

Asal usul tarian kuda kepang:-

Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini.Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15.Dalam usaha mengembangkan islam di kawasan pendalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana.Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda.Setelah waktu berlalu,kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali.Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

Noorul Zarifah bte Shaharudin 5 Gemilang said...

TARIAN SUMAZAU.

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang ditarikan oleh suku kaum Kadazan Dusun.Ia dipersembahkan pada Hari Penuaian(Tadau Kaamatan) yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Tarian ini diilhamkan seperti corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai.Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersetuhan.

Tarian ini ditarikan untuk mengucapkan kesyukuran berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi ,untuk menolak bala,menyemah semangat dan mengubati penyakit.

Tarian ini ditarikan olek kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong,biasanya terdapat 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus.Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan di angkat keparas bahu dan dikibar-kibar umpama kipasan sayap burung sambil mengikut alunan rentak yang dipermainankan dengan perlahan-lahan dan lemah -lembut.Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka mengerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil,sementara tumit kaki di angkat dan diturunkan mengikut irama lagu.Ketika menari tangan juga akan dikepakkan ke luar,gerakannya turun naik seperti burung terbang.

Penari-penari Sumazau biasanya memakai pakaian seba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik mengunakan benang berwana emas.Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang(tangkong)yang di perbuat daripada duit syiling perak(trade dollars).Penari lelaki pula biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

Kini, Tarian sumazau juga ditarikan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkhawinan,majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamanan,di mana ia turut ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peeringkat umur bagi memeriakan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisioanal hitam.

Nur Ain Batrisyia bt Ismail 5 Gemilang said...

Tarian Sumayau ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian.

Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.

Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.

ian Sumayau

nurul izzati 5gemilang said...

Pengenalan
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.

Fungsi
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara Bermain
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.

nurul farahin 5 gemilang said...

Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.

Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian.

Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.

Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina.

Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan

MUHD NURMAN HAKIM BIN MARJAN 5G said...

TARIAN ZAPIN

Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.

Tarian Zapin Pekan merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin yang asal dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Zapin Pekan dipercayai telah diperkenalkan di sekitar daerah Pekan oleh seorang tukang songkok yang berasal dari Sumatera bernama Adam pada tahun 1930-an.Peringkat pertama, permulaan tarian atau pembukaan tarian. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan peringkat akhir iaitu sebagai penutup tarian.

Zapin begitu popular pada tahun-tahun lima puluhan dan enam puluhan di daerah Pekan terutamanya di Kampung Tanjung Gemuk dan Kampung Lamir. Tarian zapin biasanya ditarikan dalam majlis-majlis perkahwinan dan majlis keramaian.
Seorang pemuzik bernama Tengku Mansor, telah mengambil inisiatif mencipta lagu-lagu sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin. Antara lagu-lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-yale, Tanjung Serindit, Sri Pekan, Lanchang Kuning, Gambus Palembang, Lancang Daik. Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh isteri beliau Cik Norlia yang berasal dari Singapura.Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan dan enam puluhan. Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realitinya kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.

Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.

Sekian Terima Kasih

Nur Farah Athirah 5 gemilang said...

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.

Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.

Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.

Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.

Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.

Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.

Nurul Nadiah 5Gemilang said...

Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor.

Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.

Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

anis sallsabila 5 gemilang said...

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.
Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya

nur najihah bt johan 5 gemilang said...

Sitar

Pengenalan
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.

Fungsi
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara Bermain
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.

Sundatang

Pengenalan
Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.

Fungsi
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara.

Cara Bermain
Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

ameylia nadhira binti azman 5 G said...

Erh-Hu

Pengenalan
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello

Gambus

Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.

Nur Ain Batrisyia 5 Gemilang said...

Tarian Piring

Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut.

Nama:Nur Ain Batrisyia Bte Ismail Tahun:5 Gemilang Tarikh hantar:27/7/2010 UP:En. Hazman Bin Dollah

Nur Ain Batrisyia 5 gemilang said...

Kesenian tradisional lengger-calung tumbuh dan berkembang diwilayah ini. Sesuai namanya, tarian lengger-calung terdiri dari lengger (penari) dan calung (gamelan bambu), gerakan tariannya sangat dinamis dan lincah mengikuti irama calung. Diantara gerakan khas tarian lengger antara lain gerakan geyol, gedheg dan lempar sampur.

Tari Lengger
Dulu penari lengger adalah pria yang berdandan seperti wanita, kini penarinya umumnya wanita cantik sedangkan penari prianya hanyalah sebagai badut pelengkap yang berfungsi untuk memeriahkan suasana, badut biasanya hadir pada pertengahan pertunjukan. Jumlah penari lengger a Lengger-Calung === Kesenian tradisional lengger-calung tumbuh dan berkembang diwilayah ini. Sesuai namanya, tarian lengger-calung terdiri dari lengger (penari) dan calung (gamelan bambu), gerakan tariannya sangat dinamis dan lincah mengikuti irama calung. Diantara gerakan khas tarian lengger antara lain gerakan geyol, gedheg dan lempar sampur.

Tari Lengger
Dulu penari lengger adalah pria yang berdandan seperti wanita, kini penarinya umumnya wanita cantik sedangkan penari prianya hanyalah sebagai badut pelengkap yang berfungsi untuk memeriahkan suasana, badut biasanya hadir pada pertengahan pertunjukan. Jumlah penari lengger antara 2 sampai 4 orang, mereka harus berdandan sedemikian rupa sehingga kelihatan sangat menarik, rambut kepala disanggul, leher sampai dada bagian atas biasanya terbuka, sampur atau selendang biasanya dikalungkan dibahu, mengenakkain/jarit dan stagen. Lengger menari mengikuti irama khas Banyumasan yang lincah dan dinamis dengan didominasi oleh gerakan pinggul sehingga terlihat sangat menggemaskan.

Peralatan gamelan calung terdiri dari gambang barung, gambang penerus, dhendhem, kenong dan gong yang semuanya terbuat dari bambu wulung (hitam), sedangkan kendang atau gendang sama seperti gendang biasa. Dalam penyajiannya calung diiringi vokalis yang lebih dikenal sebagai sinden. Satu grup calung minimal memerlukan 7 orang anggota terdiri dari penabuh gamelan dan penari/lengger.ntara 2 sampai 4 orang, mereka harus berdandan sedemikian rupa sehingga kelihatan sangat menarik, rambut kepala disanggul, leher sampai dada bagian atas biasanya terbuka, sampur atau selendang biasanya dikalungkan dibahu, mengenakan kain/jarit dan stagen. Lengger menari mengikuti irama khas Banyumasan yang lincah dan dinamis dengan didominasi oleh gerakan pinggul sehingga terlihat sangat menggemaskan.

Nama:Nur Ain Batrisyia Tahun:5Gemilang Tarikh hantar:27/7/2010 UP:En.Hazman bin Dollah

Nur Ain Batrisyia 5 Gemilang said...

TARIAN MAGUNATIP

Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.

TARIAN ADAI-ADAI

Adai-adai pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai pada sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan sebarang alat muzik ketika menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian masyarakat suku Berunai yang mendiami pekan Weston, Sabah.

TARIAN DALING-DALING

Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.

Anonymous said...

try

Ainnur Maisarah Nazri said...

Nama : Ainnur Maisara Nazri
Kelas : 5 Gemilang

Gendang
Bahagian 1

Jenis-jenis gendang yang mempunyai satu muka seperti kompang dan rebana diakui telah mendahului gendang-gendang yang mempunyai dua muka sepertimana yang terdapat dalam ensemble paluan silat, nobat diraja, Mak Yong, Gendang Keling, Wayang Kulit, Terinai dan sebagainya. Begitu juga dengan gendang dua muka yang terdapat dalam permainan Gamelan yang juga merupakan satu eksternal dari kejadian dahulu.
Sejenis gendang dua muka yang dikenali sebagai Gendang Ibu dan Anak berkembang di negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Perak telah ditakrifkan sebagai Gendang Melayu. Digunakan sebagai Genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringgi teater tradisional serta mengiringgi tarian klasik Istana dan rakyat.

Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu yang keras yang lain yang dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu ‘barrelshape’ dan tebukan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. Ini bagi menjamin mutu suara yang terbaik dan ideal. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing.
Proses merambing hendaklah bermula dengan meregang ataupun memasangkan kulit-kulit berkenaan yang masih dalam keadaan lembap pada bingkai rotan yang telah dibentuk mengikut kesesuaian. Dengan ini apabila kering, ianya akan menebat di antara kulit dan bingkai tersebut. Kemudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka gendang tersebut dan dijalin dengan rotan, berbentuk seperti “Y” sebagai bahan penegang, menerusi gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai ‘simpai’ iaitu alat tala ataupun ‘immediate tuning device’ bagi gendang.
Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama ‘kemban rotan’ juga berfungsi sebagai bahan penghias.

Ainnur Maisarah Nazri said...

Nama : Ainnur Maisara Nazri
Kelas : 5 Gemilang

Gendang
Bahagian 2

Dalam konteks persembahan Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Menora, Makyong dan Silat.
Secara praktis permukaan besar Gendang ibu dapat melahirkan suara asas yang dapat disifatkan sebagai mnemonic ‘doh’ dan pada permukaan kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; begitu juga dengan permukaan besar Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah mnemonic ‘chak’.
Dalam amalan semasa persembahan ianya dipangku diatas riba secara tertib mengikut keselesaan pemainnya dan dipalu dengan tangan pada kedua-dua belah mukanya. Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil sedikit daripada Gendang Ibu dan tebukan dalaman sering dianalogikan sebagai buluh seruas supaya dapat menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.

Bagi pengamal gendang, mereka menghias dengan menggunakan enam (6) ‘simpai’ atau lima dan peranan ‘simpai’ bagi Gendang Melayu merupakan sesuatu yang mutlak bagi proses penalaan bunyi. Ianya juga dianggap sebagai ‘the immediate tuning device’ iaitu secara praktisnya seseorang dapat menala alatnya dengan pantas dalam mencari suara. Berbanding dengan kaedah-kaedah lain yang sering digunakan seperti mengetuk pada bingkainya. Kaedah ini tidak wajar dilakukan oleh seseorang pemain itu sewaktu dalam persembahan. Untuk mengekalkan hayat kulit secara yang berpanjangan ‘simpai’ tadi perlu dilonggarkan apabila selesai satu persembahan.
Perkembangan Gendang Melayu dikatakan berasal dari India. Di Kedah masih terdapat gendang dua muka yang mempunyai persamaan bentuk gendang ‘mridanga’ yang terdapat dalam komuniti India di Malaysia. Ianya pada suatu ketika dahulu telah dianggapkan sebagai Gendang Keling, satu nama korupsi yang tidak wajar diketengahkan dalam kontek semasa. Kini gendang tersebut telah diterima sebagai sebahagian daripada jenis-jenis gendang Melayu.
Pengaruh Timur Tengah telah banyak memberi kesan kepada pembentukan alat-alat gendang di Malaysia. Alat-alat seperti Nekara, Meruas, Gedombak, Kompang, Jidor, Rebana, Dub serta Tar Rodat adalah terhasil daripada perhubungan perdagangan dan penyebaran agama Islam dirantau ini sejak sekian lama dan sekaligus memperkayakan lagi unsur-unsur serta nilai budaya masyarakat setempat.

Ainnur Maisarah Nazri said...

Nama : Ainnur Maisara Nazri
Kelas : 5 Gemilang

Gendang
Bahagian 3

Alat-alat seperti Gedombak yang terdapat didalam permainan Wayang Kulit di Kelantan mempunyai talian dengan ‘Dombak’ atau ‘Zarb’ di Iran dan ‘Darabuka’ di Iraq. Bagi gendang yang berbingkai (frame drum) seperti Kompang merupakan alat terpenting bagi meraikan majlis keagamaan masyarakat Islam di Timur Tengah. Alat-alat ini dikenali sebagai ‘Daira’ di Iran, ‘Bendir’ di Maghribi’, ‘Tar’ di negara-negara Teluk dan ‘Duff’ di Syria.

Bagi gendang dua muka yang menyerupai ‘Jidur’ dan ‘Beduk’ di Maghribi dikenali sebagai ‘Tabl’ manakala gendang dua muka yang lebih kecil dikenali sebagai ‘Maruas’ atau ‘Manama’ di Bahrain. Gendang ‘Nakara’ seperti yang terdapat di Maghribi, Habsyah dan Sudan; sungguhpun terdapat istilah ‘Tabl’ atau ‘Tabla’ dikatakan berasal dari perkataan Arab yang bermaksud gendang, namun alat Tabla yang terdapat dalam permainan Ghazal di Malaysia berasal dari India. Begitu juga dengan gendang Melayu juga berasal dari India dan mempunyai persamaan bentuk seperti gendang ‘Mridanga’. Suatu ketika dahulu istilah Gendang Keling sering digunakan bagi Gendang Melayu khususnya yang berkembang di Kedah dan di Perlis.

Klasifikasi alat-alat Muzik Gendang dengan istilah ‘Membranophone’. Membranophone : jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan-bahan kulit yang diregangkan. Contoh alat seperti kumpulan gendang muka satu – Beduk, Rebana Besar, Rebana Kercing, Rebana Medan, Rebana Zikir, Rebana Mek Mulung, Tar Rodat, Kompang, Redap/Rebana Riba, Rebana Jikey, Gedombak, Nakara, Tabla, Baya dan Kemplingan. Kumpulan gendang dua muka – Gendang Ibu, Gendang Anak, Gendang Terinai, Gendang Keling, Geduk, Maruas, Jidur, Dup dan Gendang Gamelan.

eDit0R.. said...

Tahniah kepada semua pelajar Tahun 5G yang telah menghantar maklumat sehinnga saat ini.Best ICT.

nur athirah aziz said...

nama:nur athirah abd aziz

kelas: 5 gemilang

untuk perhatian: En. Hazman B.Dolah

tajuk: tarian bharata natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.

Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

ILIYA AQILAH BT. RUSDI 5GEMILANG said...

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula, mereka memakai pakaian tradisi seperti

mardiana said...

nama: mardiana bt abd rahim

kelas: 5 gemilang

sumber: wikipedia bahasa melayu
untuk perhatian: en hazman b. dolah

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Ia juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu-lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.