/*
- »
*/

Friday, August 6, 2010

PERTANDINGAN MENGARANG 1 MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN.






ARAHAN: SILA HANTAR 1 KARANGAN BERDASARKAN TAJUK DI BAWAH.

1.Jika di dalam bilik darjah anda mengandungi pelbagai kaum seperti Melayu, India,
Cina, Sikh, Kadazan dan Iban. Apakah kebaikannya kepada anda?


2.Anda mempunyai seorang sahabat berbangsa India atau Cina .Anda ingin mengenali
budaya rakan anda itu.
Tulis sepucuk surat kepadanya.


Syarat-syarat Pertandingan:

1. Peraduan ini terbuka kepada Tahap 2 Darjah 4, 5, dan 6 Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka.

2. Tarikh akhir menghantar karangan anda adalah sebelum atau pada 10 September 2010.

3. Keputusan hakim adalah muktamad.

4. Hadiah disediakan kepada para pemenang.

5. Pastikan karangan anda ada nama dan tahun:

Contoh Nama : Ali bin Abu
Tahun : 6 Gemilang
No.Soalan:

12 comments:

HARITH IQBAL said...

.KARANGAN 1MALAYSIA.


Malaysia merupakan sebuah negara maju.Malaysia terdiri dari pada tiga kaum iaitu malayu,china dan india.Sesuailah dengan gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PERDANA MENTERI,DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK.

Semangat satu malaysia bukan sahaja dapat dilihat di negara kita malah di merata dunia.negara kita menjadi salah sebuah negara yang termaju di dunia.Semangat 1 Malaysia juga berjaya diterapkan dalam konsep bergotong-royong dan sebagainya.


Sebagai contoh ketika mengadakan sesuatu majlis keramaian kita dapat dilihat apabila semua kaum dapt bersatu padu ketika menjalankan apa-apa aktiviti.semangat bersepadu antara rakyat dan pemerintah yaang tidak ternilai.Maruah bangsa , agama dan negara amat tinggitelah tercapai di mata dunia.Sikap hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira darjat dan pangkat.

Seperti kata perpatah melayu dahulu ( Tinggi sama didaki , lurah sama dituruni ).Membuatkan kemaju Malaysadapat sama-saman dirasai sehingga kini.

Tidak hairanlah kalau suatu hari nanti berjuta-juta rakyat di Malaysia dari setiap pelusuk 14 buah negeri akan merasai kesempurnaan hidup yang aman bahagia , berjaya dari pemerintah yang sama dari satu Malaysia yang adil dan saksama.

Asyraf said...

nama;asyraf bin kamal
kelas;5arif
tajuk;karangan 1 MalaysiaSeptember 2006 • 13 Komen • Cetak • Chenta!
Sempena merdeka ini, ada baiknya juga kalau kita memahami serba sedikit tentang seorang tokoh pejuang kemerdekaan Tanah Melayu yang banyak berjasa kepada kita. Dengan memahami dan mengenali tokoh ini, semangat juang dan patriotik kita pasti akan lebih teruja daripada kita sibuk tak tentu pasal mengibarkan Jalur Gemilang di motor kapcai masing-masing, padahal isi dalaman kita macam tong kosong. Dan sebagai ramuan tambahan, kita juga akan lihat sepintas lalu sejarah parti-parti politik di tanah air kita.

Walau bagaimana pun, separuh dari tulisan saya kali ini adalah bergenre kopi-dan-pasta (copy paste) sebab enjin idea dan tulisan saya lambat benar nak panas dek kerana lama tak menulis. Tokoh yang saya maksudkan di sini adalah Dr Burhanuddin al-Helmy. Antara mutiara kata beliau yang selalu disebut-sebutkan orang ialah: "Di atas robohan kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka."

Dr Burhanuddin ini adalah seorang tokoh agama yang disegani di zaman pra dan pasca-kemerdekaan. Kalau zaman tersebut sudah ada istilah Protaz, maka layaklah beliau menyandang gelaran tersebut memandangkan beliau juga adalah seorang doktor homeopati. Tetapi kita patut bersyukur kerana beliau tidak memperjuangkan benda yang remeh-temah seperti kebanyakkan protaz hari ini.

Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh penting yang lain dalam PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad Boestaman. PKMM adalah parti kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah Kesatuan Melayu Muda, KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham dengan menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu. Padahal begitu banyak lagi parti-parti Melayu sebelum UMNO seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA), dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap utama kepada PKMM.

Tetapi malangnya, kita seolah-olah hanya melihat jasa UMNO tanpa mengetahui jasa-jasa yang ditaburkan oleh parti-parti dan pejuang-pejuang yang sebelumnya. Tanpa hembusan api patriotik dari mereka, UMNO ketika itu pasti tidak boleh berjaya. Namun, kita tetap lupa. Tepat apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir: "Melayu mudah lupa". Dan oleh kerana UMNO adalah parti utama orang-orang Melayu hari ini, maka makin ramai ahli-ahlinya yang semakin lupa kepada sejarah tepat bangsa kita yang semakin membonyot layu ini.

Berbalik kepada kisah Dr Burhanuddin al-Helmi ini, beliau telah mengalami sepak terajang kemelut kemerdekaan yang berbagai-bagai, seperti dituduh sebagai radikal dan bersifat pengganas oleh British. Malah pada tahun 1948, ramai ahli PKMM dan API yang ditangkap dan dipenjarakan. Dipendekkan cerita, Dr Burhanuddin al-Helmi ini juga merupakan Presiden PAS yang ke-3 selepas Dr Hj Abbas Alias.

MUBARAK said...

MUBARAK
5AKejayaan Malaysia

Deputi Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi (63), dilantik sebagai PM kelima Malaysia oleh Kepala Negara Malaysia Raja Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, dalam suatu upacara di Istana Nasional, Jumat 31/10/2003. Ia mewarisi kejayaan Malaysia menggantikan Mahathir Mohamad (77) yang meletakkan jabatannya, setelah memimpin Malaysia selama 22 tahun, sejak tahun 1981.

Abdullah, kelahiran Kepala Batas, Penang 26 November 1939, mempunyai gaya yang berbeda dengan pendahulunya, Mahathir. Mahathir dikenal sebagai orang yang suka berterus terang (blak-blakan) dan sering kali mengeluarkan pernyataan yang keras dan kontroversial, terhadap negara-negara Barat dan Israel. Sementara, Abdullah berpembawaan lebih tenang, hati-hati, tidak menonjolkan diri dan diplomatis.

Namun, seusai diambil sumpahnya sebagai PM, Abdullah berjanji tidak akan mengadakan perubahan kebijakan pemeritnahan Malaysia secara mendasar.

Abdullah adalah Deputi Perdana Menteri Malaysia keempat dalam era pemerintahan Mahathir. Kesabaran dan pembawaannya yang tenang telah mengantarkannya menjabat PM. Tiga Deputi PM sebelumnya yang menunjukkan ambisi mengganti Mahathir Mohamad telah tersingkir. Ketiganaya adalah Musa Hitam (1986), Ghafar Baba (1993), dan Anwar Ibrahim (1998).

Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Anwar pada tahun 1999. Ia terlihat lebih sabar sebagai orang kedua, daripada para pendahulunya. Sebelum menjabat Deputi PM merangkap menteri Dalam Negeri, ia menjabat Menteri Luar Negeri (1991-1999), Menteri Pertahanan (1986-1987), Deputi Ketua UMNO (1984), dan Menteri Pendidikan (1984-1986).

eDit0R.. said...

Adik-adik semua, sila baca arahan soalan. Anda perlu memilih sama ada soalan no.1 atau soalan no.2. Sila baca kehendak soalan.

MARDIANA ABDUL RAHIM said...

NAMA: MARDIANA ABDUL RAHIM
KELAS: 5 GEMILANG
NO SOALAN: 2
NO.17 JLN CP4
Taman Cheng Perdana1
75250 Melaka.

Menemui sahabatku Linda Ann Hang yang berada di Alor Gajah,semoga berada dalam keadaan ceria selalu.

Saudari,
Apa khabar saudari serta keluarga di Alor Gajah? Saya mendapati bahawa pada keesokan hari, saudari dan keluarga akan ke China kerana kakandamu terlibat dalam kemalangan. Saya berharap kakanda saudari berjaya diselamatkan.
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada saudari. Disebabkan itu, saya ingin mengetahui serba sedikit tentang budaya saudari.
Saya tahu bahawa kaum saudari memakai pakaian Cheongsam, Samfoo, jubah labuh dan baju Shanghai. Saya ingin sangat mengetahui pakaian apa lagi yang dipakai oleh kaum saudari.
Saya ingin mengetahui cara kaum saudari menyambut Tahun Baru Cina . Seingat saya nenek saya pernah bercerita kepada saya cara dan erti menyambut Hari Raya. Pada lughah atau bahasa,Hari Raya bermaksud besar atau utama.
Apakah makanan dan minuman utama pada Tahun Baru Cina? Mengapakah setiap kali saya dijemput oleh orang cina ke hari terbukanya dan kami akan diberi duit ampau? Saya memang tidak mengerti semua itu. Saya teringin sangat tahu semua itu dan tidak lupa apakah makna Tahun Baru Cina.
Nampaknya sampai sini sahaja yang dapat saya coretkan kepada saudari.Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam lembaran seterusnya.Saya harap kamu dapat membalas surat saya secepat mungkin kerana saya tidak sabar untuk mengetahui serba sedikit tentang Tahun Baru Cina.
Sekian, terima kasih.
Salam ingatan,
MARDIANA

eDit0R.. said...

Bagus karangan anda.

raqeebah said...

Nama: Raqeebah binti Rusdi
Kelas: 5 Gemilang
No. soalan:2

No.15, jalan TBC 35,
Taman Bukit Cheng
75250 Melaka.

27 Ogos 2010

Menemui sahabatku, Dharshini Deepa, di Paya Rumput. Saya berharap saudari dan keluarga saudari dalam keadaan sihat di sana.

Saudari,
Saya di sini dalam keadaan sihat walafiat. Tidak lama lagi, perayaan kaum saudari iaitu Deepavali.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada saudari. Jika kesempatan, saya mungkin akan datang ke rumah saudari sempena perayaan Deepavali.

Saya mengatahui serba sedikit mengenai pakaian dan makanan saudari dengan merujuk buku teks Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh itu, saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaum dan agama saudari. Saya ingin mendengar daripada pengetahuan dan pengalaman saudari tentang kaum saudari. Saya berharap saudari dapat berceritakan apa yang saya minta.

Pada Hari Deepavali tahun lepas, saya ternampak saudari dan ibu saudari memakai sari manakala adik- adik dan ayah saudari memakai dhoti. Thosai yang kamu berikan sungguh enak. Sejak itu, saya berasa sungguh berminat untuk mengetahui tentang kaum saudari.

Nampaknya itulah sahaja coretan saya dalam lembaran pada kali ini. Sampai berjumpa lagi di lembaran yang lain.besarlah harapan jika saudari tidak menghampakan permintaan saya itu. Terimalah salam saya buat saudari dan sekeluarga.
Sekian,terima kasih.

Sahabatmu,
RAQEEBAH

muhammad syazwan said...

Nama: Muhammad Syazwan Bin Mohd Muhdin.
Tahun: 4 Bestari.
No soalan: 1

Di Malaysia terdapat pelbagai kaum,bangsa,bahasa,adat,pelbagai jenis-jenis makan dan pakaian.
Walaupun begitu,kami boleh duduk sebumbung dalam sebuah kelas iaitu 4 bestari.Di kelas kami saling berkomunikasi dalam bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu.
Perayaan dan agama kami juga tidak menjadi penghalang untuk kami menjadi akrab sama ada di luar atau pun di dalam kelas.Kami saling hormat-menghormati agama dan perayaan masing-masing.
Pakaian tradisional kami juga berlainan tetapi dengan perbezaan itu,ia memberikan keunikan kepada kami kerana dapat mengenali pakaian tradisional pada semua kaum di Malayaia.
Makanan kami juga berbeza-beza,
ia menjadikan makanan kami terdapat perbagai jenis.Kami juga boleh merasa makanan daripada kaum-kaum yang lain.
Kesimpulannya bagi saya,perbezaan yang membuatkan kami semakin erat dan tidak pernah menyisihkan kaum-kaum lain.

Muhd Nurman Hakim said...

Nama: Muhammad Nurman Hakim
Kelas: 5 Gemilang
No. Soalan: 2

No.26, PRJ-1
Taman Paya Rumput Jaya
75250 Melaka.

Menemui sahabatku Mei Lin yang berada di Paya Rumput, Melaka. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria. Saya di sini dalam keadaan sihat walafiat.

Saudari,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada saudari Mei Lin. Saya juga ingin mengetahui serba sedikit mengenai budaya saudari semasa menyambut Tahun Baru Cina.

Saya hanya mengetahui tentang pakaian kaum saudari yang akan dipakai semasa Tahun Baru Cina iaitu Cheongsam, Samfoo, Shanghai dan sebagainya. Saya juga tahu bahawa Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Rumah-rumah yang dihiasi dengan buah limau pula dijadikan sebagai simbol murah rezeki. Tahun Baru Cina akan diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Adakah Kuih Bulan adalah makanan utama semasa menyambut Tahun Baru Cina?

Apakah betul perayaan Chap Goh Mei adalah perayaan yang akan disambut selepas lima belas hari menyambut Tahun Baru Cina? Setahu saya, ang pau akan dimasukkan ke dalam sampul merah bagi melambangkan nasib yang baik. Ang pau tersebut akan diberikan kepada mereka yang masih belum berkahwin. Saya memang ingin mengetahui apakah jawapan bagi soalan saya.

Nampaknya sampai disini sahajalah yang dapat saya coretkan kepada saudari Mei Lin. Saya amat kagum tentang perayaan Tahun Baru Cina. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam lembaran yang akan datang. Akhir kata, saya berharap semoga saudari dapat membalas surat saya dengan secepat mungkin.
Sekian,terima kasih

Sahabatmu,
NuRmAn

Ainnur Maisarah Bt Nazri said...

Nama : Ainnnur Maisarah Nazri
Kelas : 5 Gemilang
No.soalan : No.2

No.19 lorong 1,
jalan BJ 29,
Taman Bertam
Jaya Melaka

29Januari2010

Menemui sahabatku Mei Lin yang berada di Pulau Pinang.Semoga ceria dan sihat sentiasa bersama keluarga.Saya di sini sihat.

Saudari,

Perayaan saudari Perayaan Tahun Baru Cina semakin tiba jadi patutlah saya mengucapkan selamat menyambut perayaan saudari bersama keluarga.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengetahui seba sedikit tentang budaya kamu.

Serba sedikit yang saya tahu bahawa kaum saudari memakai pakaian Cheongsam, Samfoo dan baju Shanghai. Saya ingin mengetahui lebih banyak lagi pakaian yang dipakai oleh kaum saudari.

Saya juga ingin mengetahui cara kaum saudari menyambut Tahun Baru Cina.Apakah makanan dan minuman utama pada Tahun Baru Cina?Adakah kuih bulan ialah salah satu makanan utamanya?

Mengapakah setiap kali orang yang dijemput oleh tuan rumah ke hari terbukanya,kami akan diberi duit ang pau? Saya memang tidak mengerti semua itu.Setahu saya, ang pau yang bersampul merah itu melambangkan nasib yang baik.Betulkah begitu?

Selain itu, saya teringin juga tahu semua itu dan tidak lupa apakah makna Tahun Baru Cina yang disambut oleh saudari?

Nampaknya sampai di sini sahajalah coretan saya.Saya berasa kagum melihat -Perayaan Tahun Baru Cina.Akhir kata dari saya semoga kita dapat berjumpa lagi pada hari yang akan datang dan berharap agar saudari segera membalas surat ini kerana saya tidah bersabar lagi untuk mengetahuinya.
Sekian Terima Kasih.

Sahabatmu ,
AinnurMaisarah

Ainnur Maisarah Bt Nazri said...

Nama : Ainnnur Maisarah Nazri
Kelas : 5 Gemilang
No.soalan : No.2

No.19 lorong 1,
jalan BJ 29,
Taman Bertam
Jaya Melaka

29Januari2010

Menemui sahabatku Mei Lin yang berada di Pulau Pinang.Semoga ceria dan sihat sentiasa bersama keluarga.Saya di sini sihat.

Saudari,
Perayaan Tahun Baru Cina semakin tiba jadi patutlah saya mengucapkan selamat menyambut perayaan saudari bersama keluarga.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengetahui serba sedikit tentang budaya kamu.

Serba sedikit yang saya tahu bahawa kaum saudari memakai pakaian Cheongsam, Samfoo dan baju Shanghai. Saya ingin mengetahui lebih banyak lagi pakaian yang dipakai oleh kaum saudari.

Saya juga ingin mengetahui cara kaum saudari menyambut Tahun Baru Cina.Apakah makanan dan minuman utama pada Tahun Baru Cina?Adakah kuih bulan ialah salah satu makanan utamanya?

Mengapakah setiap kali orang yang dijemput oleh tuan rumah ke hari terbukanya,kami akan diberi duit ang pau? Saya memang tidak mengerti semua itu.Setahu saya, ang pau yang bersampul merah itu melambangkan nasib yang baik.Betulkah begitu?

Selain itu, saya teringin juga tahu semua itu dan tidak lupa apakah makna Tahun Baru Cina yang disambut oleh saudari?

Nampaknya sampai di sini sahajalah coretan saya.Saya berasa kagum melihat -Perayaan Tahun Baru Cina.Akhir kata dari saya semoga kita dapat berjumpa lagi pada hari yang akan datang dan berharap agar saudari segera membalas surat ini kerana saya tidah bersabar lagi untuk mengetahuinya.

Sekian Terima Kasih.

Sahabatmu ,
AinnurMaisarah

Nur Ain Batrisyia said...

Nama:Nur Ain Batrisyia Kelas:5 Gemilang No.Soalan:2 Menemui sahabatku Wei Mei yang berada di Kuala Lumpur,semoga sentiasa afiat dan sejahtera hendaknya. Saudari yang saya sayangi, Saya di sini sihat sahaja tetapi sibuk dengan program yang diadakan di sekolah sempena bulan kemerdekaan.Tujuan saya menghantar surat ini untuk bertanyakan khabar saudari. Bagaimanakah keadaan saudari sekarang?Saya mendapat berita bahawa ibu saudari mendapat serangan jantung.Saya berharap saudari sentiasa sihat dan afiat. Bersama-sama surat ini saya sertakan wang untuk membayarkan kos rawatan ibu saudari.Semoga wang ini dapat mengubati kos rawatan ibu saudari. Akhir kata,sampaikanlah salam saya kepada keluaraga saudari. Sahabatmu, Nur Ain Batrisyia