/*
- »
*/

Monday, November 29, 2010

Faktor Penyelia yang Mempengaruhi dalam Penyeliaan.


1.0 PENGENALAN

Guru besar sesebuah sekolah dilantik oleh pihak kementerian pelajaran sebagai pemimpin rasmi untuk mengurus sesebuah sekolah. Sebagai penyelia yang dilantik oleh pihak berkuasa, mereka bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan usaha, mengesan dan menilai pencapaian matlamat yang dicapai oleh sekolah. Merancang, melaksanakan,mengkoodinasi serta menilai objektif program yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada tugasnya.

2.0 TAKRIFAN PENYELIAAN

Penyeliaan mempunyai banyak makna yang berbeza. Seseorang mungkin mentafsir penyeliaan mengikut pengalaman lepas dan keperluan masing-masing. Seseorang penyelia menganggap penyeliaan sebagai satu cara tindakan positif untuk program organisasinya; seorang guru pula mungkin menganggap penyeliaan sebagai satu ancaman; manakala guru yang lain pula menerima sebagai satu sumber pembangunan individu. John T.Lovell et.al(1982 p. 2) menyatakan bahawa penyelia mempunyai misi khas dalam mengarah sesuatu perubahan manakala penyelia lain pula menganggap diri mereka sebagai penolong yang membantu orang lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah kurikulum, membantu dalam proses membuat keputusan, berkongsi keputusan, perubahan kurikulum, dan peningkatan instruksional. Penyeliaan juga didefinisikan sebagai:

“…..what school personnel do with adults and things to maintain or change the school operation in ways that directly influence the teaching processes employed to promote pupils’ learning”.

( Harris, 1975:10) dan

“…..helping teachers to grow professionally while on job. It is a service to help teachers become more skilled in the processes of fostering children’s learning”

(Sergiovanni, 1975:6)

Kedua-dua definisi di atas dirasakan kurang menunjukkan dari segi amalan sebenar penyeliaan pengajaran sungguhpun ianya berguna dalam memperkatakan fungsi penyeliaan secara umum. Definisi yang lebih jelas menyatakan penyeliaan pengajaran sebagai:

“the rationale and practice designed to improve the teacher’s classroom performance. It takes its principal data from the events of the classroom”

(Cogan 1973:54) dan

“a process of facilitating the professional growth of a teacher, primarily by giving the teacher feedback about classroom interactions and helping the teacher make use of that feedback in order to make teaching more effective… a process designed to improve instruction by conferring with the teacher on lesson planning, observing the lesson, analyzing the observational data, and giving the teacher feedback about the observation.”

(Glatthorn 1997: 2 dan 7)

Kedua-dua definisi ini lebih operasional dalam konteks penyeliaan pengajaran melalui pemerhatian bilik darjah. Cara penyeliaan lain yang juga berguna dan produktif seperti memudahcara pertumbuhan profesional guru melalui kursus dalam perkhidmatan dan pembentukan kurikulum. Tugas utama seseorang penyelia pengajaran ialah membantu guru memperbaiki kompetensi mereka dalam bidang pedagogi dan pengurusan bilik darjah bagi memaksimumkan pembelajaran murid yang mempunyai perbezaan dalam sikap dan kebolehan. Justeru, tanggungjawab seseorang penyelia pengajaran ialah “to help teachers refine classroom practices through direct observation and conference”(Goldsberry 1985:13). Tegasnya definisi Cogan dan Glatthorn lebih sesuai diterima kerana berbentuk operasional dalam penyeliaan pengajaran serta sesuai dalam konteks pemerhatian di bilik darjah.

Ibrahim Mamat(1993) menyatakan pula penyeliaan pendidikan bermakna memberi pimpinan kepada para guru untuk berkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Rabiah Sidin(1994) menjelaskan bahawa penyeliaan sebagai membantu guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Al Ramaiah(1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar(2000) menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyelia adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang profesional pengurusan.

No comments: