/*
- »
*/

Tuesday, August 31, 2010

Takrif Guru Cemerlang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

* Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
* Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
* Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
* Meningkatkan motivasi guru.
* Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
* Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
* Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
* Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP)

sumber:ppd sepang

Tuesday, August 24, 2010

Mesyuarat Membina Modul ICTL Year 6



Isnin,16 Ogos- Seramai 30 jurulatih bermesyuarat membina modul di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur. Para peserta membina modul manakala guru dari SJKC dan SJKT menterjemah modul ke bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Mesyuarat dirasmikan oleh Dr Hajar dan dikendali oleh En Rahman di Bahagian Pengembangan Kurikulum, KPM.

Thursday, August 12, 2010

GOTONG ROYONG HARI GURU SKPR

SKPR- Warga guru dan PIBG bersatu tenaga membersih dan mencantikkan kawasan blok sekolah. Kerjasama rapat dapat membantu menjayakan program yang murni ini.

Sunday, August 8, 2010

KEJOHANAN TAEKWONDO TTSC MELAKA 2010

AHAD 8 OGOS-Kejohanan Taekwondo TTSC Melaka diadakan di Sekolah Menengah Notredame.Pertandingan bermula seawal 8.00 pagi dan tamat pada 5.00 petang. Para peserta terdiri murid sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negeri Melaka. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan kejohanan yang besar dan meriah ini.

Friday, August 6, 2010

PERTANDINGAN MENGARANG 1 MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN.






ARAHAN: SILA HANTAR 1 KARANGAN BERDASARKAN TAJUK DI BAWAH.

1.Jika di dalam bilik darjah anda mengandungi pelbagai kaum seperti Melayu, India,
Cina, Sikh, Kadazan dan Iban. Apakah kebaikannya kepada anda?


2.Anda mempunyai seorang sahabat berbangsa India atau Cina .Anda ingin mengenali
budaya rakan anda itu.
Tulis sepucuk surat kepadanya.


Syarat-syarat Pertandingan:

1. Peraduan ini terbuka kepada Tahap 2 Darjah 4, 5, dan 6 Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka.

2. Tarikh akhir menghantar karangan anda adalah sebelum atau pada 10 September 2010.

3. Keputusan hakim adalah muktamad.

4. Hadiah disediakan kepada para pemenang.

5. Pastikan karangan anda ada nama dan tahun:

Contoh Nama : Ali bin Abu
Tahun : 6 Gemilang
No.Soalan:

Monday, August 2, 2010

JADUAL UJIAN SELARAS 2 , 3 OGOS 2010








JADUAL UJIAN SELARAS DAN PEPERIKSAAN TAHAP 2







UJIAN SELARAS 2







HARI/TARIKH MATAPELAJARAN MASA TEMPOH
SELASA BAHASA MELAYU KERTAS 1 8.00pg – 8.50pg 50 minit
3 OGOS 2010 BAHASA MELAYU KERTAS 2 9.15pg – 10.30pg 1 jam 15 minit

REHAT 10.40pg - 11.10pg 30 minit

MATHEMATICS (PAPER 2) 11.30pg – 12.10tgh 40 minit








RABU ENGLISH PAPER 1 8.00pg – 8.50pg 50 minit
4 OGOS 2010 ENGLISH PAPER 2 9.15pg – 10.30pg 1 jam 15 minit

REHAT 10.40pg - 11.10pg 30 minit

MATHEMATICS PAPER 1 11.30pg – 12.30tgh 1 jam







KHAMIS SAINS 8.00pg – 9.15pg 1 jam 15 minit
5 OGOS 2010 PENDIDIKAN ISLAM 9.30pg – 10.30pg 1 jam

REHAT 10.40pg - 11.10pg 30 minit

BAHASA ARAB 11.30pg – 12.30tgh 1 jam









JUMAAT KAJIAN TEMPATAN 8.00pg – 9.00 pg 1 jam
6 OGOS 2010 SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 9.30pg – 10.30pg 1 jam

REHAT 10.40pg - 11.10pg 30 minit