/*
- »
*/

Thursday, February 16, 2012

Cerita anda?..5 Gemilang Februari 2012

Soalan: Hasilkan satu cerita atau cereka yang kreatif...

Pastikan hasil karya ada:

Nama:
Tahun:

39 comments:

Anonymous said...

NAMA : NUR HIDAYAH BTE SHAMSUDIN

KELAS : 5 GEMILANG

TARIKH: 16 FEBRUARI 2012

TAJUK :HARAPAN SEORANG IBU


Mariam seorang yang pandai tetapi malas belajar. Namun begitu, dia berjaya lulus dalam semua peperiksaan utama persekolahannya, sehingga berjaya memasuki UiTM.

Semasa menuntut di UiTM, Mariam mendapat keputusan yang tidak memuaskan kedua ibubapa,terutama ibunya. Semasa mendapat keputusan semester ketiga, ibunya bertanya kepada Mariam "Apa keputusan yang kamu dapat?" Dengan bersahaja, Mariam menjawab " Cukup-cukup makan sahaja ibu"

Ibunya menjawab dengan nada sayu "Ibu tidak mahu anak ibu mendapat keputusan cukup-cukup makan sahaja. Belum ada orang dalam negara kita ini yang kebuluran. Semuanya cukup-cukup makan.Ibu mahu anak ibu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan." Kemudian ibunya berlalu meninggalkan Mariam.

Mariam termenung memikirkan apa yang ibunya katakan sebentar tadi. Dalam hatinya terdetik 'Ada benarnya apa yang ibu katakan tadi.Aku sepatutnya belajar bersungguh-sungguh.'

Kata-kata yang telah diluahkan oleh ibunya telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Mariam. Sejak itu,Mariam telah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya hajat itu tercapai jua.

Kini Mariam telah berjaya dalam kerjayanya di sebuah syarikat besar yang terkenal di negara Malaysia.Mariam tidak pernah dan tidak akan melupakan kata-kata azimat ibunya sehingga ke akhir hayat.

Anonymous said...

Nama:Luqman al-Hakim bin Sansujali
Kelas:5 Gemilang
Tarikh:16/2/2012
Tajuk:Insaf

Aku bersekolah di Sek. Keb. Paya Rumput dalam darjah lima. Antara mata-mata pelajaran yang diajar,mata pelajaran Seni Visual yang paling tidak aku gemari. Aku tidak suka akan lakaran dan gambaran.

Bagiku, soalan-soalan yang diberikan oleh guru Seni Visual aku, iaitu Cikgu Bong sungguh susah. Cara penyelesaian yang diajarkannya juga sukar kufahami. Akhirnya, aku mula berasa bosan dengan mata pelajaran Seni Visual.

Setiap kali Cikgu Bong memberikan kerja rumah,aku akan mengambil buku rakan sebelahku, iaitu Aiman untuk meniru jawapannya. Aku mengugut akan memukulnnya sekiranya dia melaporkan perbuatanku kepada Cikgu Bong.

Pada suatu hari, seperti biasa Cikgu Bong telah memberi kerja rumah. Seperti biasa juga,aku akan mengambil buku Aiman untuk meniru jawapan. Tanpa kusedari, Aiman telah memberikan jawapan yang salah untuk soalan-soalan yang diberikan dengan sengaja. Aku berasa gembira kerana kerjaku selesai.Pada keesokan paginya,aku menghantar buku aku dan buku Aiman kepada Cikgu Bong.

Selepas waktu rehat,Cikgu Bong memasuki kelas kami untuk mengajar Seni Visual. Dia kelihatan sungguh marah. Tiba-tiba, namaku dan nama Aiman dipanggil. Aku berasa sunggguh takut. Cikgu Bong berkata bahawa jawapan yang kami berikan untuk latihan semalam semuanya adalah sama dan salah.

"Siapa yang meniru siapa?"Tanya Cikgu Bong.

Aku tidak mengakui kesalahanku. Sebaliknya aku menuduh Aiman.Aiman pula menuduh aku. Demi keadilan, Cikgu Bong menyuruh kami melukis dua buah rumah di papan hitam. aku tidak dapat meniru Aiman kerana soalan kami berbeza. Aiman melukis rumah yang diberikan dengan cantik.

Akhirnya,aku mengakui keselahanku. Cikgu Bong menasihatiku agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

"Jika kamu terus bersikap begini, maka kamu tidak akan meminati mata pelajaran Seni Visual selama-lamanya. Jika kamu berubah sikap, cikgu jamin, kamu akan meminati mata pelajaran ini.Diri kamu juga yang akan untung," kata Cikgu Bong.

Aku insaf atas kesalahanku selama ini. Aku meminta maaf daripada Aiman dan Cikgu Bong.

Aku amat malu dengan perbuatanku ini. Aku berjanji kepada diriku tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi.

Ameeshah Farahin said...

Nama:Ameeshah Farahin Bte Mohd Faisal
Kelas:5 Gemilang
Tarikh:17 Februari 2012
Tajuk:Sesat Di Hutan

Kami bukan tidak pernah merentasi hutan lipur itu.Kami tahu selok-beloknya.Namun begitu,langkahan kembara pada petang itu sungguh mengelirukan.

Suara unggas mulai bersahutan menyambut kehadiran malam.Kami semakin mengelabah dan ketakutan.Dalam kegelapan suasana itu,aku ternampak kerdipan lampu minyak tanah.Spontan kami meluru ke situ.Rupa-rupanya,seorang nenek bongkok tiga sedang menjinjing tabung air daripada buluh.

Tanpa banyak bicara,kami mengikutnenek itu ke pondoknya.Malam itu,kami dijamu dengan daging kijang,napoh,serta sayur umbut bayas.Lantaran kekeyangan dan keletihan ,kami tidak sedar bilakah mata terpejam.

Esoknya,kami dikejutkan oleh suara ungka yang bersahut-sahutan.Terbuka sahaja mata,kami tergamam.Pondok beralaskan lantai batang pinang dan beratapkan bertam itu lenyap entah ke mana.

Kami membuka langkah seribu mencari jalan pulang.Dalam kepayahan itulah,aku terserempak dengan ayah serta sepasukan ahli RELA.Merekalah yang membawa kami pulang.

Petang itu,Kampung Batu Hitam bagaikan berpesta dengan kehadiran orang luar serta pemberita.Masing-masing ingin mendapatkan cerita sensasi daripada kami.Namun begitu,mereka hampa kerana lidah kami kelu untuk bercerita.

Anonymous said...

Nur Syuhadah bte Anuar Russhahir
5 Gemilang
jimat cermat

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanamkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna.

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran. Justeru, masyarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Anonymous said...

Nama: NURUL FARHANA BINTI ZAMRI
Kelas : 5 GEMILANG
Tajuk : FAEDAH BERMANFAATKAN DI PERPUSTAKAAN

Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Perpustakaan mempunyai banyak buku-buku yang boleh kita baca. Antara bahan bacaan yang terdapat di sini seperti buku cerita, novel, majalah, buku bahasa dan lain-lain lagi.

Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan memanfaatkan perpustakaan. Murid-murid yang selalu pergi ke perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok, berjudi dan lain-lain lagi. Oleh itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Di dalam perpustakaan terdapat pelbagai peraturan seperti tidak boleh membuat bising, memulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan, dilarang membuang sampah di merata-rata dan lain lain lagi. Oleh itu, murid-murid akan lebih berdisplin.

Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan . Oleh itu, ini dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.

Di perpustakaan juga terdapat buku-buku yang dapat memberikan hiburan kepada murid-murid seperti novel, komik dan lain-lain lagi. Oleh itu, para pelajar dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tersebut.

Kesimpulanya, perpustakaan mempunyai banyak faedah. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan demi kemajuan kita dalam pelajaran.

Anonymous said...

Nama: Nor Syafikah Binti Mohammad Nor.
Kelas: 5 Gemilang.
Tarikh: 16 Februari 2012 .
Tajuk: Musang Yang Licik Dengan Ibu Ayam.


Di pinggir hutan , tinggal seekor ibu ayam merah . Ia tinggal bersendirian di sebuah rumah kecil. Ia sentiasa berwaspada dengan musuh. Setiap kali keluar rumah, si ibu ayam akan membawa gunting , benang dan jarum . Tidak jauh dari situ, tedapat seekor musang yang sungguh licik.

Ia sering mencari jalan untuk menangkap ibu ayam merah . Ia membayangkan ibu ayam merah menjadi hidangannya . Pada suatu pagi, musang pergi ke rumah ibu ayam. Ia membawa karung dan tali.

Musang pun masuk ke rumah ibu ayam merah secara perlahan-lahan. Ibu ayam merah menyedari kedatangan musang . Ia menjerit ketakutan. Ia melompaty ke atas almari . Musang mendapat idea untuk menangkap ibu ayam merah.

Ia pun berlari mengelilingi almari itu.Akhirnya ibu ayam merah mula pening dan lalu terjatuh ke atas lantai. Musang menangkap ibu ayam merah lalu dimasukkan ke dalam karung . Kemudian, karung itu diikat dengan kemas . Musang membawa pulang karung itu.

Dalam perjalanan ke rumahnya, si musang berasa penat . Ia berhenti berehat di bawah sepohon pokok. Karung itu diletakkan di tepi semak. Ketika musang sedang nyenyak tidur,ibu ayam menggunting karung itu.

Ibu ayam merah ingin mengenakan musang . Ia mengisi karung itu dengan batu-batu kerikil . Kemudian ,karung itu dijahit semula . Sebaik sahaja sampai di rumah, musang terus menjerang air di dalam periuk yang sangat besar. Ia ingin membuka karung dan terkejut apabila terlihat batu-batu kerikil di dalam karung. Musang merasa sugguh hampa kerana dia telah ditipu oleh ibu ayam merah.

Anonymous said...

Nama:Muhammad Noor Faiz Bin Hazri
Kelas:5Gemilang
Tarikh:16 Februari 2012
Tajuk:Sambutan Hari Jadi

Hari ini rumahku telah mengadakan telah mengadakan sambutan hari jadiku.Majlis dimeriahkan lagi oleh jiran-jiran,saudara-mara dan rakan-rakan.Sambutan hari jadi yang ke 12.

Aku sekeluarga pergi membeli-belah untuk membeli barangan perhiasan rumah seperti belon,reben dan banyak lagi.Kami sekeluarga pergi membeli-belah di Jusco menaiki kereta.Kami mengambil masa selama dua jam untuk membeli barang.Kami juga beli barang dapur untuk dimasak sempena sambutan hari jadi aku.

Kami telah tiba rumah.Sejurus sahaja kami pulang di rumah,ibu menyuruh kakak dan adik untuk membuat persiapan dan menghias rumah dengan pantas dan teliti.Antara makanan yang ibu akan masak ialah bihun,kuih-muih dan yang lain-lain

Selepas itu,persiapan rumah pun telah selesai dengan baik.Ibu menyuruh abang untuk menjemput semua jiran-jiran untuk hadir.Bagi memeriahkan lagi sambutan itu

Para tetamu hadir ke rumahku.Aku jangkakan seramai 30 orang yang hadir petang itu.Para tetamu menyanyikan lagu selamat hari jadi untukku.Selesai nyanyian itu,aku memotong kek manakala ibu mengambil gambarku.Ramai tetamu telah memberi aku hadiah

Aku terus membuka hadiah yang diberi oleh tetamu.Pada petang itu,sambutan hari jadiku sungguh meriah.Saya sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang telah hadir.Aku berasa sungguh gembira pada masa itu.

Anonymous said...

Seperti biasa, pada setiap hujung minggu , kami sekeluarga akan menikmati hidangan tengahari bersama-sama.Sungguh berselera aku makan pada hari itu. Tiba-tiba,aku terdengar bunyi hon diikuti dentuman yang kuat . Aku dan ayah bergegas ke halaman rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Aku tergamam apabila melihat sebuah kereta berwarna hitam telah melanggar tembok pagar rumahku. Ayah segera meminta aku menghubungi pihak polis dan pasukan bomba dan penyelamat.

Aku dan ayah meminta pertolongan jiran-jiran untuk membantu menyelamatkan pemandu yang malang itu .Keadaan menjadi semakin genting apabila asap tebal mulai keluar daripada enjin kereta tersebut. Kami semua lari bertempiaran kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku.

Tidak lama kemudian,pasukan bomba dan penyelamat pun sampai. Pasukan bomba dan penyelamat segera memadamkan api yang mulai marak pada enjin kereta.Setelah kebakaran itu dipadamkan ,pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Menurut pihak polis, kejadian ini berpunca daripada tayar kereta yang menyebabkan pemandu malang itu tidak dapat mengawal keretanya lalu merempuh tembok pagar rumah kami.

Aku sekeluarga berasa simpati terhadap nasib pemandu itu yang mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya. Walaupun pagar rumah kami rosak teruk, kami tetap bersyukur,apa yang penting nyawa pemandu itu dapat diselamatkan. Kami sekeluarga diberi penghargaan oleh pihak bomba dan penyelamat serta polis kerana segera menghubungi mereka.

Anonymous said...

NAMA:MUHD AMIR ADLI BIN NASRI

KELAS:5 GEMILANG

TARIKH:19 FEBRUARI 2012

TAJUK:KEMALANGAN JALAN RAYA YANG PERNAH SAYA LIHAT


Seperti biasa, pada setiap hujung minggu , kami sekeluarga akan menikmati hidangan tengahari bersama-sama.Sungguh berselera aku makan pada hari itu. Tiba-tiba,aku terdengar bunyi hon diikuti dentuman yang kuat . Aku dan ayah bergegas ke halaman rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Aku tergamam apabila melihat sebuah kereta berwarna hitam telah melanggar tembok pagar rumahku. Ayah segera meminta aku menghubungi pihak polis dan pasukan bomba dan penyelamat.

Aku dan ayah meminta pertolongan jiran-jiran untuk membantu menyelamatkan pemandu yang malang itu .Keadaan menjadi semakin genting apabila asap tebal mulai keluar daripada enjin kereta tersebut. Kami semua lari bertempiaran kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku.

Tidak lama kemudian,pasukan bomba dan penyelamat pun sampai. Pasukan bomba dan penyelamat segera memadamkan api yang mulai marak pada enjin kereta.Setelah kebakaran itu dipadamkan ,pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Menurut pihak polis, kejadian ini berpunca daripada tayar kereta yang menyebabkan pemandu malang itu tidak dapat mengawal keretanya lalu merempuh tembok pagar rumah kami.

Aku sekeluarga berasa simpati terhadap nasib pemandu itu yang mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya. Walaupun pagar rumah kami rosak teruk, kami tetap bersyukur,apa yang penting nyawa pemandu itu dapat diselamatkan. Kami sekeluarga diberi penghargaan oleh pihak bomba dan penyelamat serta polis kerana segera menghubungi mereka.

Anonymous said...

Nama : Nurul Izzah binti Khalid
Kelas : 5 Gemilang
Tarikh : 19 Februari 2012
Tajuk : Suatu petang yang tidak dapat saya lupakan

Pada suatu petang, saya bersama-sama bapa telah keluar untuk bersiar-siar. Cuaca pada petang itu sangatlah baik dan cerah.

Kami berjalan-jalan di sebatang jalan raya. Kereta dan kenderaan lain di jalan itu agak sibuk juga pergi balik.

Bagaimanapun, saya tidak menghiraukan sangat kenderaan-kenderaan itu dan terus berjalan sahaja.

Kemudian, dengan tiba-tiba saya terlihat sebuah kereta sedang meluncur dengan lajunya. SUngguh takut saya melihatnya. Bapa mengatakan pemandu kereta itu sungguh cuai dan kalau dia terus memandu demikian tentu dia akan mendapat bahaya.

Tidak lama selepas itu, kereta itu terlanggar sebatang pokok di tepi jalan itu. Dengan serta-merta, kereta itu pun terbakar. Pemandu itu menjerit-jerit meminta tolong. Tetapi api sedang marak membakar kereta itu. Pemandu itu tidak dapat diselamatkan lagi dan terbakar bersama-sama keretanya.

Selepas itu, saya dan bapa pun pulang ke rumah. Saya sungguh kasihan melihat pemandu kereta itu. Saya tidak dapat melupakan apa yang telah saya lihat pada petang itu.

Anonymous said...

Nama:Syafiq Syahmi bin Mohd Fadli Kelas : 5 Gemilang Tarikh : 19 Februari 2012 Tajuk : Tahun 3000
Di bangku sekolah,aku selalu terbayang-bayangkan apa yang akan terjadi pada bumi selepas kematianku.Aku selalu berfikir, pada tahun 3000 bumi akan menjadi lebih canggih dan berteknologi jika dibandingkan dengan tahun 2012.Kenderaan-kenderaan awam seperti kereta,bas,teksi dan keretapi akan bertukar menjadi kenderaan yang
boleh terapung dan bergerak pantas.Ini membolehkan tiada kesesakan lalu lintas.
Selepas tamat persekolahan,aku pun pulang ke rumah dengan menaiki bas.Seperti yang aku kata tadi,aku inginkan bas yang boleh terapung dan bergerak pantas.Bukan seperti bas yang aku naiki sekarang.
Aku pun tiba di rumah.Aku terus masuk ke dalam rumah tanpa menegur sesiapa pun yang berada di rumah.Seperti biasa,aku menyiapakan diri untuk solat dan makan.Selepas solat dan makan,aku terus masuk ke dalam bilik untuk membayangkan bumi pada tahun 3000.
Aku pun melelapkan mataku setelah baring di atas katilku.Kini aku bukan berada di tahun 2012,tetapi di tahun 3000.Aku melihat sekelilingku.Begitu banyak bangunan
di bandar itu.Tiba-tiba,ada sebuah kenderaan melintas di atas kepalaku.Aku terkejut kerana impianku menjadi kenyataan.Banyak kenderaan-kenderaan yang terapung
dan bergerak pantas.
Kini aku boleh merasakan kehidupan pada tahun 3000.Aku berpura-pura menjadi salah seorang murid di sebuah sekolah yang sangat
canggih.Aku boleh mengatakan
bahawa sekolah ini mempunyai tempat yang boleh melihat alam semesta. Aku ingin mencuba salah satu alat yang berada di situ.Aku menekan sebuah butang yang berada di alat itu.Tiba-tiba,keluarlah sebuah mesin yang membolehkan kita ke zaman purba ataupun zaman depan.Mesin itu dinamakan mesin masa. Aku berasa sungguh kagum melihat teknologi pada tahun itu.Siren sekolah pun berbunyi.Ini menunjukkan bahawa bermulalah sesi pembelajaran.Aku masuk ke dalam kelas yang paling cerdik iaitu kelas 5 Canggih.Canggih itu dinamakan di atas kecanggihan
yang berada di dalam kelas itu.Salah satunya ialah meja belajar yang boleh bertukar
menjadi meja komputer riba. Cikgu yang mengajar kami di situ pun telah masuk.Dia hanya memetikkan jarinya untuk mengeluarkan papan putih yang diselindung dengan dinding.Mataku terkebil-kebil melihat tragedi itu. Tepat pada pukul sepuluh,semua murid keluar untuk berehat.Hanya aku yang berada di kelas itu.Aku tertidur semasa guru sedang mengajar.Tiba-tiba aku digerakkan oleh seseorang.Rupa-rupanya aku telah bermimpi sehingga waktu senja.
Aku sudah faham.Jika aku inginkan negara seperti itu,aku perlu banyak belajar dan bersungguh-sungguh.Aku perlu berusaha untuk menjayakan sesebuah negara.

Anonymous said...

Nama : Syafiq Syahmi bin Mohd Fadli
Kelas : 5 Gemilang
Tarikh : 19 Februari 2012
Tajuk : Tahun 3000

Di bangku sekolah,aku selalu terbayang-bayangkan apa yang akan terjadi pada bumi
selepas kematianku.Aku selalu berfikir, pada tahun 3000 bumi akan menjadi lebih
canggih dan berteknologi jika dibandingkan dengan tahun 2012.Kenderaan-kenderaan awam seperti kereta,bas,teksi dan keretapi akan bertukar menjadi kenderaan yang
boleh terapung dan bergerak pantas.Ini membolehkan tiada kesesakan lalu lintas.

Selepas tamat persekolahan,aku pun pulang ke rumah dengan menaiki bas.Seperti
yang aku kata tadi,aku inginkan bas yang boleh terapung dan bergerak pantas.Bukan seperti bas yang aku naiki sekarang.

Aku pun tiba di rumah.Aku terus masuk ke dalam rumah tanpa menegur sesiapa pun yang berada di rumah.Seperti biasa,aku menyiapakan diri untuk solat dan makan.Selepas solat dan makan,aku terus masuk ke dalam bilik untuk membayangkan
bumi pada tahun 3000.

Aku pun melelapkan mataku setelah baring di atas katilku.Kini aku bukan berada di tahun 2012,tetapi di tahun 3000.Aku melihat sekelilingku.Begitu banyak bangunan
di bandar itu.Tiba-tiba,ada sebuah kenderaan melintas di atas kepalaku.Aku terkejut
kerana impianku menjadi kenyataan.Banyak kenderaan-kenderaan yang terapung dan bergerak pantas.

Kini aku boleh merasakan kehidupan pada tahun 3000.Aku berpura-pura menjadi salah seorang murid di sebuah sekolah yang sangat canggih.Aku boleh mengatakan
bahawa sekolah ini mempunyai tempat yang boleh melihat alam semesta.

Aku ingin mencuba salah satu alat yang berada di situ.Aku menekan sebuah butang
yang berada di alat itu.Tiba-tiba,keluarlah sebuah mesin yang membolehkan kita ke zaman purba ataupun zaman depan.Mesin itu dinamakan mesin masa.

Aku berasa sungguh kagum melihat teknologi pada tahun itu.Siren sekolah pun berbunyi.Ini menunjukkan bahawa bermulalah sesi pembelajaran.Aku masuk ke dalam kelas
yang paling cerdik iaitu kelas 5 Canggih.Canggih itu dinamakan di atas kecanggihan
yang berada di dalam kelas itu.Salah satunya ialah meja belajar yang boleh bertukar
menjadi meja komputer riba.

Cikgu yang mengajar kami di situ pun telah masuk.Dia hanya memetikkan jarinya
untuk mengeluarkan papan putih yang diselindung dengan dinding.Mataku terkebil-kebil
melihat tragedi itu.Tepat pada pukul sepuluh,semua murid keluar untuk berehat.Hanya
aku yang berada di kelas itu.Aku tertidur semasa guru sedang mengajar.Tiba-tiba
aku digerakkan oleh seseorang.Rupa-rupanya aku telah bermimpi sehingga waktu senja.

Aku sudah faham.Jika aku inginkan negara seperti itu,aku perlu banyak belajar dan
bersungguh-sungguh.Aku perlu berusaha untuk menjayakan sesebuah negara.

Anonymous said...

Nama: Afiq Alhafiz bin Azmi
Kelas: 5 Gemilang
Tarikh: 19 Februari 2012
Tajuk: Akibat hasutan syaitan

Nizam ialah murid darjah lima.Nizam bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu.Nizam belajar di kelas Lima Cerdik. Nizam ialah seorang murid yang nakal kerana dia senang dipengaruhi syaitan.
Pada suatu pagi,Nizam terdengar jam loceng berbunyi secara nyaring lalu bangun dari tidurnya.Pada masa itu,syaitan muncul dan berkata pada Nizam, ”Wahai Nizam,tidurlah,sekarang pukul lima pagi,hari masih awal”lalu Nizam tidur semula.Nizam tidur nyenyak sehingga tertinggal sembahyang subuh.
Apabila Nizam terjaga,dia pandang ke arah jam locengnya.Hari sudah pukul lapan pagi.Nizam terus mandi.Apabila Nizam tiba di sekolahnya,Nizam berkata”Alamak,saya sudah lewat ke sekolah!”.Apabila Nizam sampai di pagar sekolah,Nizam ditahan oleh Nabil,seorang pengawas yang tugasnya ialah menjaga pintu pagar sekolah pada waktu pagi.Nabil mencatat namanya dan kesalahannya pada buku nota yang kecil.Nabil menegurnya lalu memberi Nizam lalu.
Pada esok pagi,Nizam ternampak Nabil sedang mengunci tayar basikalnya.Pada masa itu,syaitan muncul lalu berkata,”Wahai Nizam,bukankah Nabil menahan kamu semalam?”.Tiba-tiba muncullah niat jahat dalam hati Nizam.Nizam menunggu untuk Nabil beredar lalu berjalan ke basikal kepunyaan Nabil.Nizam memancitkan tayar depan dan belakang basikal Nabil.
Pada waktu balik,Nizam memperhatikan Nabil cuba menunggang basikalnya tetapi tidak berjaya.Apabila cuba beberapa kali,Nabil terjumpa bahawa tayar basikalnya pancit.Nabil terpaksa berjalan kaki ke rumah sambil menolak basikalnya.Nizam dan kawan-kawannya tertawa apabila melihat Nabil menolak basikalnya.Farah,seorang pelajar perempuan,ternampak Nizam memancitkan tayarnya.
Pada hari Isnin,Farah melaporkan kejadian semalam pada guru besar sebelum perhimpunan.Pada waktu perhimpunan,Nizam dipanggil oleh guru besar.Guru besar berkata,”Betulkah kamu yang memancitkan tayar basikal Nabil?”.Nizam terpaksa mengaku dalam keadaan yang cemas,”Ya,saya yang berbuat demikian.”Nizam menerima hukuman sebatan sebanyak sepuluh kali di depan orang ramai.Guru besar kemudian berkata,”Jangan mengulangi kesilapan ini lain kali.”lalu Nizam berkata,”Ya,cikgu.”.
Apabila Nizam pulang ke kelas,syaitan itu muncul semula.”Bukankah Farah yang memalukan kamu tadi?Kamu patut berbalas dendam!”.Muncullah niat jahat dalam hati Nizam.
Pada waktu rehat,Nizam tinggal seorang diri dalam kelas.Nabil tertinggal dompetnya di bawah mejanya.Nizam mengambil dompetnya dan memasukkannya dalam beg Farah.
Apabila rehat sudah tamat Nabil mengadu kepada guru kelasnya,Cikgu Roslan,bahawa dompetnya sudah hilang.Cikgu Roslan memeriksa beg murid seorang demi seorang.Cikgu Roslan terjumpa dompet Nabil dalam beg Farah.Tetapi Farah berkata,”Saya tidak mencuri dompet Nabil!”.Apabila Cikgu Roslan membuka dompet itu,tiada duit dalamnya.Nabil terperanjat.Nabil berkata terdapat sepuluh ringgit di dalamnya!Cikgu Roslan memeriksa dompet murid seorang demi seorang. Cikgu Roslan terjumpa duit Nabil dalam dompet Nizam. Nizam terpaksa mengaku bahawa dialah yang mencuri dompet Nabil.
Guru besar menjatuhkan hukuman buang sekolah pada Nizam.

sharifah :) said...

Nama:Sharifah Shafia Aishah Bte Syed Mohdhar.
Kelas:5 Gemilang.
Tarikh:19 Februari 2012.
Tajuk:Pengalaman meyaksikan salah seorang rakan yang hampir lemas.



Aku,Anis dan Mardina sudah lama berkawan rapat.Kami ialah rakan sekampung.Rumah kami juga terletak berhampiran antara satu sama lain.Kami selalu bermain bersama-sama.

Pada suatu hari,Anis mengajak aku dan Mardina untuk pergi berkelah dan bermandi-manda di Hutan Lipur Sekijang.Tempat itu terletak berdekatan dengan kampung kami.Sebelum ini pun,kami kerap ke sana dengan menaiki basikal.Tanpa melengahkan masa,aku dan Mardina bersetuju dengan ajakan Anis itu.

Setelah mengayuh basikal lebih kurang 15 minit,kami pun sampai di Hutan Lipur Sekijang.Setibanya di sana,kami terus menukar pakaian untuk bermandi-manda.Kami berasa sungguh seronok dan gembira.

Sedang kami asyik bermandi-manda,tiba-tiba aku dan Anis terdengar suara jeritan meminta tolong.Ketika kami memandang ke arah bunyi suara itu,kami tenampak Mardina menggapai-gapaikan tangannya meminta tolong.Ketika itu,dia hampir tenggelam kerana dihanyutkan oleh arus deras.

Tanpa membuang masa,aku dan Anis terus berenang ke arah Mardina.Kami sempat mencapai tangannya dan terus menariknya ke darat.Mujurlah kami tidak kehilangan salah seorang daripada kawan yang sangat rapat.

Menurut Mardina,ketika dia menyelam,dia terasa tubuhnya dihanyutkan oleh arus deras.Dia cuba timbul semula ke permukaan air,tetapi pada saat itu nafasnya sudah mula tecungap-cungap.Namun,mujurlah dia masih sempat berteriak meminta tolong.Jika tidak,mungkin dia sudah lemas dihanyutkan oleh arus sungai.

Mardina mengucapka ribuan terima kasih kepada kami kerana telah menyelamatkannya.Kejadian yang menimpa Mardina memberikan pengajaran kepada kami supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.Aku sungguh bersyukur kerana ia tidak menimpaku.Itu adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh aku,Anis dan Mardina.

Syafiq Syahmi bin Mohd Fadli said...

Nama: Syafiq Syahmi Bin Mohd Fadli
Kelas: 5 Gemilang
Tarikh: 19 Februari 2012
Tajuk: Tahun 3000

Di bangku sekolah,aku selalu terbayang-bayangkan apa akan terjadi pada bumi selepas kematianku.Aku ingin merasai kehidupan pada tahun 3000.Aku rasa
terdapat pelbagai jenis teknologi dan alat canggih pada tahun 3000.

Bila sahaja aku di rumah,aku akan terfikir untuk mencipta sebuah mesin masa.Aku tahu aku perlu banyak belajar demi masa depan negara.Jika aku banyak belajar,mesti ciptaan aku akan berjaya.

Waktu malam menjelma,seperti biasa aku akan tidur dan bersedia untuk bermimpi tentang masa hadapan bumi.Sudah tiba masanya untukku tidur.Aku perlahan-lahan
menutup mata dan bermulalah mimpi masa hadapan.

Kini aku bukan lagi berada di tahun 2012 tetapi aku berada di alam masa hadapan.Mula-mula, aku lihat sekelilingku semuanya tiada beza dengan tahun 2012.Bila
aku lihat di luar rumah,aku dapati yang segalanya telah berubah.Aku berasa terkejut selepas melihat perbezaan dengan tahun 2012.

Aku dapati semuanya canggih sekali.Terdapat pelbagai jenis kenderaan yang terapung seperti kereta,bas,teksi dan banyak lagi.Aku rasa mereka semua
membuat kenderaan seperti ini adalah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.Kenderaan ini semua tidak bergerak di darat malah di langit.

Tiba-tiba aku didatangi oleh sebuah robot yang dikenali sebagai polis.Dia bertanya padaku yang dia tidak pernah melihat aku di bandar ini.Aku berkata padanya
yang sebenarnya aku ialah penduduk yang baru berpindah ke bandar ini.

Aku selamat dari tahanan robot polis itu.Aku menukar pakaianku kepada pakaian tahun 3000.Aku melawat seluruh kawasan bandar di situ.

Semasa dalam perjalanan,aku terkejut melihat sebuah mesin yang aku ingini iaitu mesin masa.Aku terus ke mesin itu untuk mencubanya.Aku telah banyak ke tempat yang menarik di zaman silam.Aku berasa kagum melihat kejayaan bersama penduduk
bandar di situ.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi loceng.Rupa-rupanya aku bermimpi sehingga pagi.Aku bangun dan bersiap untuk ke sekolah.Aku berjanji untuk belajar bersungguh-
sungguh supaya mesin masaku dapat diciptakan.

Anonymous said...

NAMA:NURUL HANNA BTE HISHAMUDDIN

KELAS:5 GEMILANG

TARIKH:20 FEBRUARI 2012

TAJUK:MIMPI YANG MENAKUTKAN

Hari semakin gelap.Aku berjalan-jalan dengan pantas untuk mencari tempat perlindungan.Aku ternampak seperti ada cahaya di hujung perjalananku.Aku mempercepatkan langkah agar segera sampai ke sana. Semakin dekat,semakin jelas kelihatan sebuah pondok usang di kawasan hutan itu.
Aku memberanikan diri menghampiri pondok itu.Setelah puas mengetuk dan memberi salam, masih tiada orang yang menyahut. Aku pun menolak daun pintu pondok itu.
Alangkah terkejutnya aku, apabila melihat satu lembaga yang begitu besar dan hodoh sedang menunggu di dalam pondok itu. Matanya merah menyala,rambutnya panjang dan giginya bertaring.Lembaga itu menyeringaikan giginya ke arah aku. Suaranya sangat menakutkan aku.
Aku tidak menunggu lama. Tanpa menghiraukan lembaga itu aku terus berlari seperti lipas kudung. Lembaga itu semacam mengejar aku dari arah belakang. Larianku makin laju dan pantas. Aku tidak sedar ada lubang di hadapanku lalu aku terjatuh ke dalam lubang itu. Aduh! Sakitnya kakiku. Aku menjerit meminta pertolongan. Aku menjerit dengan sekuat hati.
Tiba-tiba aku merasa ada seseorang menggerak-gerakkan badanku. Dia menyuruh aku bangun. Sebaik sahja tersedar,aku sudah berada di bawah katil.Rupa-rupanya aku bermimpi.
Baru aku teringat. Aku terlupa hendak membasuh kakiku sebelum masuk tidur. Malam itu,ibu menemani aku tidur kerana aku masih terbayangkan wajah lembaga yang hodoh itu.

Anonymous said...

NAMA:NURUL HANNA BTE HISHAMUDDIN

KELAS:5 GEMILANG

TARIKH:20 FEBRUARI 2012

TAJUK:MIMPI YANG MENAKUTKAN

Hari semakin gelap.Aku berjalan dengan pantas untuk mencari tempat perlindungan.Aku ternampak seperti ada cahaya di hujung perjalananku.Aku mempercepatkan langkah agar segera sampai ke sana. Semakin dekat,semakin jelas kelihatan sebuah pondok usang di kawasan hutan itu.

Aku memberanikan diri menghampiri pondok itu.Setelah puas mengetuk dan memberi salam, masih tiada orang yang menyahut. Aku pun menolak daun pintu pondok itu.
Alangkah terkejutnya aku, apabila melihat satu lembaga yang begitu besar dan hodoh sedang menunggu di dalam pondok itu. Matanya merah menyala,rambutnya panjang dan giginya bertaring.Lembaga itu menyeringaikan giginya ke arah aku. Suaranya sangat menakutkan aku.

Aku tidak menunggu lama. Tanpa menghiraukan lembaga itu aku terus berlari seperti lipas kudung. Lembaga itu semacam mengejar aku dari arah belakang. Larianku makin laju dan pantas. Aku tidak sedar ada lubang di hadapanku lalu aku terjatuh ke dalam lubang itu. Aduh! Sakitnya kakiku. Aku menjerit meminta pertolongan. Aku menjerit dengan sekuat hati.

Tiba-tiba aku merasa ada seseorang menggerak-gerakkan badanku. Dia menyuruh aku bangun. Sebaik sahja tersedar,aku sudah berada di bawah katil.Rupa-rupanya aku bermimpi.

Baru aku teringat. Aku terlupa hendak membasuh kakiku sebelum masuk tidur. Malam itu,ibu menemani aku tidur kerana aku masih terbayangkan wajah lembaga yang hodoh itu.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
RADIN said...

NAMA : RADIN UMAR

KELAS : 5 GEMILANG

TARIKH: 16 FEBRUARI 2012

TAJUK :HARAPAN SEORANG IBU


Mariam seorang yang pandai tetapi malas belajar. Namun begitu, dia berjaya lulus dalam semua peperiksaan utama persekolahannya, sehingga berjaya memasuki UiTM.

Semasa menuntut di UiTM, Mariam mendapat keputusan yang tidak memuaskan kedua ibubapa,terutama ibunya. Semasa mendapat keputusan semester ketiga, ibunya bertanya kepada Mariam "Apa keputusan yang kamu dapat?" Dengan bersahaja, Mariam menjawab " Cukup-cukup makan sahaja ibu"

Ibunya menjawab dengan nada sayu "Ibu tidak mahu anak ibu mendapat keputusan cukup-cukup makan sahaja. Belum ada orang dalam negara kita ini yang kebuluran. Semuanya cukup-cukup makan.Ibu mahu anak ibu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan." Kemudian ibunya berlalu meninggalkan Mariam.

Mariam termenung memikirkan apa yang ibunya katakan sebentar tadi. Dalam hatinya terdetik 'Ada benarnya apa yang ibu katakan tadi.Aku sepatutnya belajar bersungguh-sungguh.'

Kata-kata yang telah diluahkan oleh ibunya telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Mariam. Sejak itu,Mariam telah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya hajat itu tercapai jua.

Kini Mariam telah berjaya dalam kerjayanya di sebuah syarikat besar yang terkenal di negara Malaysia.Mariam tidak pernah dan tidak akan melupakan kata-kata azimat ibunya sehingga ke akhir hayat.

Iffah Shahirah Kamat said...

Nama = Iffah Shahirah Kamat
Kelas = 5 Gemilang
Tarikh = 21 Februari 2012
Tajuk = Si arnab dan Si kura-kura

Semua orang tahu bahawa arnab adalah haiwan yang bergerak dengan laju kerana ia boleh melompat cepat sekali.Bagi kura-kura pula, ia adalah haiwan yang bergerak dengan perlahan dan itu menyebabkan ia sampai ke destinasinya lambat.

Dengan itu, si arnab mencabar si kura-kura satu perlawanan.Dia berkata," Hei,kura-kura! Aku cabar kau untuk berlumba denganku.Aku pastikan kau yang kau akan kalah dan aku akan menang.Lihatlah diri kau yang bergerak dengan perlahan,pasti kalah!".

Kura-kura berasa tersinggung.Walau bagaimanapun,dia tetap tidak berputus asa.Dia menerima perlawanan itu.Dia tidak dapat berlatih banyak kerana menerima hakikat bahawa dia memang lambat bergerak.Si arnab tidak sabar hendak digelar pemenang dan disanjung ramai.Lihatlah begitu kejamnya dia!..

Dua hari pun berlalu.Tiba hari perlumbaan antara si arnab dan kura-kura.Pada mulanya,arnab di hadapan kura-kura dan berasa sangat jauh daripada garisan permulaan.Tetapi,ramai yang menyokong kura-kura.Oleh itu,si kura-kura bersemangat dan cuba mempercepatkan langkahnya.

Sedang si kura-kura bersusah payah bergerak, si arnab berasa letih dan fikir dia ingin berehat sebentar.Malangnya,dia tertidur.Tidak lama kemudian,si kura-kura telah melepasi si arnab yang nyenyak tidur.Akhirnya,si kura-kura menjadi pemenang dan berasa bangga akan dirinya.Walau begitu sekalipun,dia tidak sombong.Malahan,dia bersalaman dengan si arnab.Mereka pun menjadi kawan baik dan sentiasa bekerjasama.

Moral cerita ini adalah kita tidak boleh sombong dan angkuh kerana kita tidak tahu yang satu hari,kita akan gagal.

Anonymous said...

NAMA:NURUL KARMILA BTE MOHAMAD AZMI
KELAS:5 GEMILANG
TARIKH:21 FEBRUARI 2012
TAJUK:ORANG TAMAK SELALU RUGI

Pada suatu hari,ada seorang petani yang sangat miskin.Dia tinggal di sebuah pondok yang terlalu buruk.Dia selalu diejek oleh kawannya.

Pada keesokan harinya,dia terjumpa seekor itik .Dia pun membawa pulang itik itu.Dia menjaga dengan penuh kasih sayang.

Pada waktu malam, dua orang pencuri hendak mencuri seekor itik kepunyaan petani itu.Itik itu bertelur setiap hari.

Pencuri itu sedang tidur diatas katil dengan nyenyak.Sambil pencuri itu sedang tidur,itik itu pun bertelur emas.

Pencuri itu bangun dengan sekelip melihat itik itu bertelur emas.Pencuri itu pun mengambil telur itu.

Semakin banyak itik itu bertelur semakin sombong pencuri itu.Pencuri itu menjadi seorang yang sangat sombong dan pemboros.

Akhirnya, pencuri itu menjadi seorang yang sangat miskin kerana sifatnya yang sombong itu.Pencuri itu menyesal dengan sikapnya itu.

NURUL ALIA NABILA said...

NAMA:NURUL ALIA NABILA BT MOHD NASIR

KELAS:5 GEMILANG

TARIKH:21 FEBRUARI 2012

TAJUK:HELANG YANG SETIA


Pada suatu hari,seorang pemburu bersama helangnya yang bijak pergi memburu.Mereka pergi memburu di dalam hutan yang sangat tebal.

Di dalam hutan itu,mereka ternampak seekor monyet yang sedang memakan buah-buahan.Pemburu dan helangnya ingin menangkapnya tetapi ia terlepas.Helangnya terbang sehingga tiba di tepi sungai.Rusa yang berlari dengan pantas tadi tidak ahu untuk menyeberangi sungai.Akhirnya rusa ditangkap oleh pemburu dan helangnya.

Setelah penat mengejar rusa itu tadi,pemburu itu berasa dahaga lalu dia ingin menceduk air dari sungai tadi.Ketika dia hendak menceduk air itu helangnya menepis tangan tuannya dengan sayapnya.Kali kedua dia ingin menceduk air, helang itu menepis tangannya lagi.

Kali ketiga helangnya menepis tangan tuannya lagi sehingga membuatkan tuannya marah lalu tuannya berasa ingin membunuhnya.Lalu tuannya mengambil alat pemanahnya untuk memanah helangnya yang menghalangnya untuk meminum air dari sungai.

Pemburu itu memanah helang kesayangannya tanpa belas kasihan.Lalu pemanahnya terkena pada sayap helang itu.Lalu helang itu rebah ke muka bumi.

Akhir sekali,helang itu mati akibat di panah oleh tuannya sendiri.Helang itu mati dengan matanya terbuka seolah-olah helang itu inin megatakan sesuatu.

Anonymous said...

Nama:Nur Hani Natasha bt Mohd Izam.

Kelas:5 Gemilang.

Tarikh:21.FEBRUARI.2012

Tajuk:Kisah Arnab Dan Kura-Kura

Dalam sebuah hutan,tinggallah seekor arnab yang sangat sombong.Dia selalu mentertawakan kura-kura yang berjalan perlahan.Kura-kura tidak berlari laju sepertinya.Haiwan-haiwan lain seperti gajah,kancil dan rusa tidak suka sikap arnab yang sombong itu.

Pada suatu hari,arnab bertembung dengan si kura-kura di tepi sungai.

"Hoi, kura-kura!Apalah kamu ni.Jalan pun lambat sangat," herdik si arnab yang sombong.

"Takmengapalah,arnab.Perlahan
pun,saya akan sampai juga ketempat
saya,"kata si kura-kura,merendah diri.Dia lebih suka bersabar daripada bertengkar dengan si arnab yang sombong itu.

"Hahaha...Saya cabar kamu untuk bertanding dengan saya,kura-kura!Saya mahu semua haiwan di hutan ini tahu bahawa sayalah yang paling handal berlari!" kata si arnab lagi.

"Baiklah,arnab saya setuju!"
jawab si kura-kura menyahut cabaran arnab.Dia akan cuba buktikan bahawa dia boleh mengalahkan arnab.

Pada hari yang ditetapkan,sang kancil telah dilantik sebagai pengadil.Arnab memulakan larian dengan lajunya.Sampai satu ketika,dia mula ketihan.Arnab mengambil keputusan untuk berehat di bawah sebatang pokok,tetapi dia telah tertidur.

Tanpa disangka-sangka,kura-kura telah mendahului arnab di hadapan.Si kura-kura yang berjalan dengan perlahan berjaya meninggalkan arnab yang tertidur di bawah pokok.Kini dia semakin hampir ke garisan penamat.

"Ah,bagaimana saya boleh tertidur dibawah pokok itu tadi?"marah si arnab pada dirinya sendiri.

Dia cuba mengejar si kura-kura itu.Dia tidak mahu kalah di tangan kura-kura yang lambat itu,tetapi kura-kura terlebih dahulu tiba dan memenangi pertandingan itu.Arnab berasa sungguh malu.


Sejak hari itu,arnab tidak lagi bercakap besar.Dia sedar akan kesilapannya.Dia berjanji yang dia tidak akan sombong lagi...

SKY OVER TO YOU said...

NAMA:MUHAMMMAD ALLIF ZAHARI
KELAS:5 GEMILANG
TAJUK:PENGALAMAN MELANCONG KE SINGAPURA

Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga bersiap-siap untuk pergi ke Singapura.Sebelum saya dan keluarga pergi,kami bersarapan terlebih dahulu.

Selepas selesai bersarapan,kami terus pergi ke Singapura.Kami ke sana dengan menaiki bas.Perjalanan menuju ke Singapura mengambil masa kira-kira tiga jam sahaja.

Selepas kami sampai,kami sungguh teruja kerana tempatnya sungguh bersih dan udaranya sungguh segar .Di sana,kami tinggal di rumah nenek saudara ayah saya.

Semasa di sana,kami telah pergi ke pelbagai tempat seperti,Singa Muntah,Marina Bay,Bandar Raya Orchad dan lain- lan lagi.

Kami tinggal di sana tidak lama hanya tiga hari sahaja.Walaupun tidak lama,tetapi kami sungguh gembira dan seronok.Selain itu,kami membeli- belah di Bandar Raya Orchad.Pelbagai-bagai barang yang kami beli seperti baju,rantai kunci dan lain-lain lagi sebagai kenang-kenangan,

Akhir sekali,kami berharap agar dapat pergi ke Singapura lagi.

Anonymous said...

Nama:Nur Hani Natasha bt MohdIzam.
Kelas:5Gemilang
Taikh:21.FEBRUARI.2012.
Tajuk:Pergi Membeli-Belah.


Nama saya ialah Nur Irdina Farisha bt Mohd Izam.Pada hari minggu yang lalu,saya mengikut ayah dan ibu saya membeli-belah yang terletak di ibu kota.

Setibanya kami di sana,saya nampak ramai orang memenuhi ruang di pusat membeli-belah itu.Ini kerana terdapat jualan penghabisan stok di pasaraya tersebut.

Ramai orang berpusu-pusu memilih pakaian dan barangan yang mereka perlukan.Ibu saya menjadi salah seorang daripada mereka.Terdapat juga beberapa orang yang berebut-rebut pakaian yang mereka ingini.Hal ini membuatkan saya tertawa sendiri,terasa lucu melihat perilaku mereka.

Setelah mencuba beberapa helai pakaian,
akhirnya ibu membelikan saya tiga helai pakaian yang cantik.Ayah pula telah memilih beberapa helai pakaian untuk saya,ibu dan dirinya sendiri.

Selesai membeli pakaian,ayah dan ibu membeli barangan dapur pula.Banyak barang mentah yang ibu dan ayah beli antaranya ayam dan daging.Selalunya ibu membeli makanan mengikut apa yang kami sekeluarga suka.

Seharian berada di pusat membeli-belah membuat kami berasa keletihan.Ayah mengajak kami pulang.Saya berasa seronok kerana dapat mengikut ayah dan ibu membeli-belah.Jika ada jualan penghabisan stok lagi,saya akan meminta ibu untuk membelikan pakaian yang baru untuk saya...

Ahmad Hakimi bin Hamdan said...

Nama : Ahmad Hakimi Bin Hamdan
Kelas : 5 Gemilang
Tarikh : 21 Februari 2012
Tajuk : Menolong Lelaki Yang Cedera Di Hutan

Pada suatu petang , hujan turun dengan lebatnya.Syafiq segera memungut kayu api dan berlari ke pondok untuk berteduh.Pondok itu terletak beberapa meter dari tempat Syafiq mencari kayu api.

Dalam kesejukan , Syafiq melangkah dengan laju.Syafiq terkejut apabila
ternampak seorang lelaki terbaring di atas tanah.Lelaki itu cedera.Syafiq memapah lelaki itu masuk ke pondok.

Apabila hujan teduh , Syafiq memapah lelaki itu pulang ke rumah Syafiq.Syafiq
menceritakan kejadian dia terjumpa seorang lelaki terbaring di atas tanah.Keadaan lelaki itu sungguh menyedihkan.

Ayah dan ibu bersimpati terhadap lelaki itu.Ayah dan Syafiq membersihkan lelaki itu dan menyalinkan pakaian lelaki itu.Ayah menyapu ubat di tempat yang luka.Syafiq membantu ayahnya.

Keesokkan harinya , lelaki itu menceritakan tentang dia diserang
beberapa orang lelaki .Lelaki – lelaki itu merampas peta harta karun yang dimiliki oleh
lelaki itu.Dia dipukul dengan teruknya sehingga pengsan.Mujurlah dia terselamat tanpa kecederaan yang parah.Apabila lelaki itu sembuh , dia bersyukur kerana Syafiq dan keluarganya telah menyelamatkannya.Dia mengucapkan terima kasih dan menyatakan keinginannya untuk pulang ke rumahnya.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Syafiq sekeluarga , lelaki itu pun pulang ke rumahnya.Syafiq berasa sangat gembira kerana dapat membantu yang malang itu.

HARIS HAFIZAL said...

Nama : Haris Bin Hafizal
Kelas : 5 Gemilang
Tarikh : 21 Februari 2012
Tajuk : Ilmu Pelita Hidup


Ali seorang murid tingkatan lima yang bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Dia ialah anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Dia selalu dipandang rendah oleh pelajar lain kerana dia ialah anak nelayan iaitu Pak Mat dan ibunya Mak Timah yang hanya menjual ikan kering.

Walaupun dia selalu dihina,dia tetap pergi ke sekolah untuk menimba ilmu.Dia ialah seorang murid yang pintar dan mahir dalam matapelajaran Sains, Bahasa Melayu dan Matematik. Dia sering berjaya mendapat keputusan yang terbaik di dalam setiap peperiksaan. Dia juga ingin berjaya di dalam peperiksaan SPM yang akan ditempuhinya tidak lama lagi.

Ali ingin memasuki universiti yang terkenal di dunia kerana dia ingin menyara kehidupan keluarganya.Dia ingin belajar cara-cara untuk menjadi seorang doktor yang berjaya.Dia juga berharap agar dia tidak lupa daratan selepas dia berjaya.

Ali sentiasa berdoa kepada Allah supaya dia berjaya pada peperiksaan itu.Pada suatu pagi,sekolah Ali dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ada mengadakan kuiz Sains. Murid-murid di kelas Ali mengatakan semua soalan Sains itu susah tetapi Ali dapat menjawabnya dengan senang.

Beberapa hari kemudian,Ali mendapat keputusan kuiz itu. Dia berjaya mendapat keputusan yang baik dan menerima sijil penghargaaan dari Kementerian. Dia ingin menunjukan sijil itu kepada ibu dan bapanya. Apabila dia sampai di rumah,dia mendapati bahawa ada sebuah keranda di tepi rumahnya.

Tanpa berlengah,dia terus menaiki rumahnya untuk melihat apa yang terjadi. Dia ternampak mayat sesaorang terbaring di rumahnya.Dia bertanya kepada ibunya "Siapakah yang meninggal dunia itu Ibu".Ibunya menjawab dengan perasaan yang sedih "Ayah kamu yang meninggal dunia". Ali menangis teresak esak di hadapan mayat ayahnya.

Walaupun ayahnya sudah tiada,semangatnya untuk berjaya masih tidak patah kerana mengenangkan pengorbanan ayahnya untuk menyara kehidupan keluarga mereka selama ini. Dia bertekad untuk membela nasib ibu dan adik-adiknya dimasa akan datang.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Ali menduduki peperiksaan dengan tenang walaupun hatinya masih sedih diatas pemergian ayahnya tempoh hari.Berkat doa dari ibu dan dorongan dari guru-guru ,dia dapat menjawab semua soalan dengan mudah.

Penantian Ali berakhir hari ini keputusan SPM diumumkan.Dia telah berjaya mendapat 21 A dalam peperiksaan itu. Dia juga ditawarkan biasiswa dari Kerajaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dibidang kedoktoran di University of Harvard di Amerika Syarikat.

Walaupun Ali sudah hampir berjaya didalam kehidupannya, dia masih berpegang kepada prinsip hidupnya iaitu ilmu pelita hidup. Dengan berilmu sahaja dapat menukarkan kehidupan sesaorang daripada susah kepada senang.

Anonymous said...

NAMA:NUR AFINA NADIYAH BTE AMINUDIN

KELAS:5 GEMILANG

TARIKH:21 FEBRUARI 2012

TAJUK:PENCEMARAN


Airnya yang jernih dengan ombak kecil yang memukul pantai amat menarik pandangan mata.Ini ditambah lagi dengan pantai yang berpasir putih itu.Mataku tidak puas -puas memandang suasana indah itu.

Aku berjalan menyusuri pantai .Tiba-tiba mataku terpandang sampah-sarap yang bertaburan di suatu tempat.Keadaan itu benar-benar menyakitkan hati.

Aku percaya sampah -sarap yang bertaburan itu dibuang oleh pengunjung-pengujung pantaiini juga.Ini menunjukkan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab .

Mereka membuang sampah di merata-rata tempat,sebaliknya yang terpaksa memungutnya ialah petugas -petugas pantai .Keadaan ini tentu tidak adil.Jika ramai pengunjung bersikap begini ,tentulah menyusahkan petugas-petugas pantai yang lain.

Aku terlihat seorang kanak-kanak membuang sampah ke atas pasir .Aku segera menghampirinya.Aku menyuruhnya membuang sampah kedalam tong sampah.

Aku berharap agar pengunjung tidak akan melakukan perkara yang sama agar tidak akan merosakkan pandangan orang lain.

Aku sentiasa berharap agar pengunjung akan sedar tentang tanggungjawab mereka dan menjadi yang prihatin terhadap kebersihan.

Anonymous said...

nama

Anonymous said...

Nama: Aswad Azan Bin Azhar

Kelas: 5 Gemilang

Tarikh: 22 Febuari 2012

Tajuk: Menjelang Hari Raya Puasa



Peristiwa pada malam tujuh likur tahun lepas tetap segar dalam ingatanku.Ini ialah kerana pada malam itu kawan karibku Nabil telah ditimpa kemalangan.Kegembiraan yang diharapkan menjelang sambutan Hari Raya Puasa rupa-rupanya tragedi yang mendatang.


Pada malam itu,aku dan Nabil berkumpul bersama kawan-kawan kami di halaman rumah nenekku selepas selesai solat sunat Tarawikh.Aku bersama kawan-kawanku terus menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan.


Aku dan rakan-rakanku telah menyiapkan tiga batang meriam buluh untuk diletupkan.Nabil beria-ia ingin menyalakan sumbu meriam tersebut.Letupan pertama bergema
"dumm...".Sejurus kemudian, terdengar letupan balas daripada kumpulan lain yang turut sama bermain meriam buluh.


Kami tidak mahu mengalah.Kami meletupkan tiga meriam sekali gus untuk mencabar mereka."Dumm..dumm..dumm..".Kami bersorak kegirangan tanpa menyedari rakan karibku Nabil telah tercampak dalam keadaan berlumuran darah.


Kami merasa panik dan takut.Aku segera memanggil ibu bapaku meminta mereka segera menghantar Nabil ke hospital.Kami bersyukur kerana Nabil hanya cedera ringan sahaja.Aku berjanji kepada ibu bapaku tidak akan bermain meriam buluh lagi.Itulah peristiwa yang tidak akan kulupakan sehingga akhir khayatku.

Anonymous said...

NAMA:NURUL KARMILA BTE MOHAMAD AZMI

KELAS:5 GEMILANG

TARIKH:22 FEBRUARI 2012

TAJUK:KERBAU YANG SOMBONG


Dalam sebuah kandang tinggal dua ekor kerbau.Seekor bernama Hitam dan seekor lagi bernama Putih.Kedua-dua ekor kerbau itu dimiliki oleh seorang petani .

Sambil berehat dan mengunyah rumput ,Hitam berkata kepada Putih,"Putih ,kenapalah nasib kau malang .Setiap hari engkau terpasak membajak sawah."

Lantas jawab Putih,"Tak apalah Hitam ,aku lebih suka bekerja daripada berehat."

Hitam terus mengejek dan mengatakan badan Putih kurus dan busuk.Jawab Putih,"Kurus-kuruspun tak apa asalkan aku hidup senang sudahlah."

Hitam menempelak dengan berkata,"Hidup senag kata kau.Engkau lihat aku ,tak payah kerja di sawah .Setiap hari dapat makan.Engkau lihat badan aku ini lebh besar daripada badan kau,"kata Hitam dengan bongkak.Putih tetap berdegil dan mengatakan tuan mereka sayang kepadanya.Hitam ketawa mendengar kata-kata Putih.

Kira -kira dua bulan kemudian,Hitam dijual kepada jiran tuannya yang hendak membuat kenduri perkahwinan.Hitam telah disembelih dan dibuat lauk pada hari kenduri tersebut.

Anonymous said...

NAMA : Nur Afina Nadiyah Binti Aminuddin.

KELAS : 5Gemilang.

TARIKH: 21 Febuari 2012.

TAJUK : Kisah Puteri Saadung.


Pada zaman dahulu,di Kelantan,ada seorang puteri jelita bernama Puteri Saadung.Ramai pemuda jatuh hati terhadapnya.

Namun,ayahanda dan bonda Puteri Saadung belum dapat memastikan siapa yang layak menjadi suami puteri mareka
itu.Mereka inginkan pemuda yang benar-benar sepadan sebagai calon suami puteri mereka.

Pada suatu hari,cerita tentang kecantikan puteri itu sampai ke pengetahuan Raja Siam.

"Benarkah puteri itu amat cantik?" tanya Raja Siam.

"Benar, tuanku," jawab seorang pembesar.

"Kalau benar,beta mahu mengambilnya sebagai pemaisuri beta,"kata Raja Siam itu lagi.

Semua pembesar bersetuju akan rancangan baginda untuk pergi meminang Puteri Saadung.

Akhirnya,Raja Siam mengambil keputusan menghantar rombongan untuk meminang Puteri Saadung.Baginda tidak sabar-sabar lagi ingin melihat kejelitaan Puteri Saadung untuk dijadikan permaisurinya.

Sebelum rombongan wakil peminangan itu sampai,berita itu telah diketahui oleh ayahanda dan bonda Puteri Saadung.Mereka berasa susah hati dan bimbang.

"Kalau kita tolak pinangan ini,sudah tentu baginda murka,"kata ayahanda Puteri Saadung.

Puteri Saadung turut berasa susah hati memikirkan niat Raja Siam itu.


Akhirnya, Puteri Saadung bersetuju dikahwinkan dengan sepupunya bernama Tengku Abdullah.Dengan cara ini,Raja Siam tidak boleh lagi meminang Puteri Saadung kerana sudah bersuami.

Raja Siam berasa amat kecewa kerana puteri itu telah
berkahwin.Namun,baginda tetap ingin memiliki puteri itu dengan cara menyerang Kelantan.

Ayahanda dan bonda Puteri Saadong berasa susah hati apabila mendengar niat Raja Siam itu hendak menyerang Kelantan.

Mereka sedar,negeri Kelantan akan binasa sekiranya tentera Siam menyerang mereka.

Puteri Saadung juga berasa bimbang.Akhirnya,Puteri Saadung bersetuju berkahwin dengan Raja Siam.Puteri Saadung meminta izin daripada suaminya,Tengku Abdullah.

"Tapi,dengan syarat kanda mesti setia pada dinda,"kata Puteri Saadung kepada suaminya.

Walaupun bersetuju,baginda tetap berasa sedih.Apabila Puteri Saadung dibawa ke Siam,Tengku Abdullah bertambah sedih.

Kini,Puteri Saadung telah menjadi permaisuri Raja Siam.Namun begitu,Puteri Saadung berasa jijik hendak mendekati raja itu kerana baginda menghidap penyakit kudis pada dadanya.

Raja Siam amat malu.Baginda meminta Puteri Saadung agar merawat penyakitnya itu.Pada suatu hari,Puteri Saadung berjaya mengubati penyakit Raja Siam itu sehingga sembuh.

Sebagai membalas jasa puteri itu,Raja Siam pun membebaskannya.Puteri Saadung amat gembira.Akhirnya Puteri Saadung kembali semula ke negeri Kelantan.

Bagaimanapun,Puteri Saadung amat teperanjat dan sedih kerana suaminya telah berkahwin dengan gadis lain.

Akibat marah,Puteri Saadung terus menikam suaminya,Tengku Abdullah kerana tidak setia kepada dirinya.

Safiyyah bte Hatta said...

NAMA :SAFIYYAH BTE. HATTA
KELAS :5 GEMILANG
TARIKH :23 FEBRUARI 2012

Hujan semakin lebat.Aku berlari dengan pantas untuk mencari tempat berteduh.Aku ternampak sebuah rumah yang sangat besar dan cantik.Aku terus berlari menuju ke rumah itu.

Belum sempat aku mengetuk pintu,seorang perempuan muda telah membukanya.Dia telah menjemput aku masuk.Di atas meja makan,telah tersedia makanan yang banyak dan sedap-sedap belaka.

Dia mengajak aku makan bersamanya.Tanpa membuang masa, aku pun terus makan sehingga kenyang.Aku berasa sanggat mengantuk dan telah tertidur di meja makan itu.

Apabila aku bangun dari tidur,aku terkejut kerana terdapat banyak ulat dan cacing di atas meja makan.Perempuan muda itu bertukar menjadi rangka manusia dan rumah yang cantik itu telah bertukar menjadi pondok yang kecil dan usang.

Aku terus lari keluar dari pondok itu.Tiba-Tiba aku merasa seseorang memegang kakiku dan menggerak- gerakkannya.Dari jauh aku terdengar seseorang memanggil namaku.Semakin lama semakin kuat namaku dipanggil.Aku tersentak.Ibuku berada di sebelahku.Rupa-rupanya aku hanya bermimpi.Aku tidak akan dapat melupakan mimpi yang menakutkan itu.

Anonymous said...

NAMA :FARAH NURAINI BINTI ABD HALIM

KELAS :5 GEMILANG

TARIKH:26 FEBRUARI 2012

TAJUK :AKU SEBUAH ANAK PATUNG


Aku sebuah anak patung.Aku dijual di kedai yang sangat besar.Aku diletakkan di barisan yang hadapan sekali.Aku adalah anak patung telaris di situ.Harga aku mencecah hingga berpuluh-puluh ringgit.Aku selalu memegahkan diriku bersama teman-temanku.

Aku diperbuat daripada kain yang sungguh lembut.Rekaan aku juga sungguh cantik.Aku diimport dari luar nagara.Muka aku sungguh comel.Aku disanjungi oleh ramai teman-temanku.Ramai orang yang lalu-lalang di situ yang memujaku.

Pada hujung minggu,seorang budak perempuan terlihatku.Budak itu bersama-sama dengan ibu bapanya.Budak itu berkata kepada ibunya "ibu,adik nak anak patung itu." Budak itu menangis teresak-esak untuk memiliku.Lalu,ibunya masuk ke kedai untuk membeliku.

Pada keesokan harinya,tuanku membawa aku keluar untuk bermain.Tuanku sungguh seronok bersamaku.Aku sungguh gembira sekali pada hari itu.Tuanku menunjukkan aku kepada teman-temannya.Kawan-kawan tuanku juga memujiku pada hari itu.

Tuanku sungguh gembira bermain bersama-samaku.Antara anak patung yang dibeli oleh tuanku,akulah antara yang disanyangi oleh tuanku.Semasa tuanku hendak tidur,tuanku selalu memelukku.Tuanku sentiasa bersamaku.Kemana tuanku pergi,mesti tuanku membawaku.

Selepas berbulan-bulan,tuanku sudah mula bosan bersamaku.Pada petang itu,ibunya membelikan anak patung yang baru untuk tuanku.Tuanku sudah suka kepada anak patung yang baru itu.Anak patung itu jauh lagi comel dan lembut dariku.Badanku juga sudah mula berhabuk.Tuanku menyimpanku di dalam almari yang sungguh gelap.Kemudian,tuanku sudah melupakanku.Aku dibiarkan di dalam almari itu selamanya.Aku insaf kerana aku suka memegahkan diriku kepada tman-temanku.

Anonymous said...

NAMA : NUR SYUHADAH BT ANUAR
KELAS : 5GEMILANG
TARIKH : 17 FEBRUARI 2012
TAJUK : SI MERAK DAN SI PIPIT

Dalam sebuah kampung tinggal Si Merak dan Si Pipit.Si Merak dipelihara oleh seorang yang amat kaya di kampung tersebut.Sementara Si Pipit pula hidup dengan tidak mempunyai tempat yang tetap.Pipit akan terbang bebas dan hinggap dimana-mana yang ia suka.Sementara Merak pula hidup dalam sangkar yang cantik serta diberi makanan yang enak-enak.

Merak hidup senang dengan orang kaya itu menyebabkan merak menjadi sombong dan bongkak.Merak akan sentiasa menghina pipit dan burung-burung lain apabila berjumpa dengan mereka."Pergi kau dari sini!Sudahlah hodoh,badan kau kecil pula," sindir merak kepada pipit pada suatu hari, bila pipit datang dekat dengan sangkar merak."Kau memang tak layak berkawan dengan aku.Lihat bulu aku amat cantik dan menarik," kata merak kepada pipit.Pipit sangat sedih dan ia pun berlalu pergi dari tempat itu.

Sikap sombong dan bongkak merak menyebabkan burung-burung lain amat benci kepadanya.Namun begitu, merak berasakan ia sangat bertuah kerana dipelihara oleh seorang yang kaya.Sementara lain pula halnya dengan si pipit.Pipit amat suka hidup berkawan.Pipit akan berkawan dengan semua burung dikampung itu.Mereka hidup sebagai satu kumpulan yang sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.

Disebalik kecantikkan bulunya merak lupa bahawa ia juga mempunyai kekurangan.Merak tidak boleh terbang.Berbanding burung pipit amat pantas dan cekap terbang.Namun akibat kesombongan dan tempat tinggalnya pula dengan orang yang kaya menyebabkan merak menganggap bahawa ia tidak perlu belajar terbang.bagi merak hanya membuang masa sahaja belajar terbang seperti pipit."Ah,aku tak pandai terbang pun dapat makan yang sedap-sedap,bukan macam kau pipit!"Merak berkata kepada pipit dengan megahnya.

Pada suatu hari,hujan telah turun dengan lebatnya.Seluruh kampung itu dinaiki air.Semua panduduk kampung telah berpindah termasuk orang kaya tersebut.Tetapi orang kaya itu lupa untuk membawa merak bersama -samanya.Merak berasa amat cemas dan takut.Ia cuba meminta pertolongan dari pipit dan burung -burung lain.Namun semuanya tidak mempedulikan permintaan merak.

Hujan turun semakin lebat.Semua burung -burung serta pipit telah menyelamatkan diri masing -masing.Semuanya telah berpindah ke atas bukit yang tinggi. Dari kejauhan mereka melihat bagaimana merak yang sombong itu dibawa oleh arus banjir.Akhirnya merak itu pun mati lemas dalam air banjir itu.

Anonymous said...

Nama:Nurul Farhana Binti Zamri

Kelas:5 Gemilang

Tarikh:28 Februari

Tajuk:Memperolehi Keputusan Cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Erni mencapai basikalnya dengan pantas.Dia segera meninggalkan pekarangan Sekolah Kebangsaan Kampung Sentosa.Dia ingin cepat sampai ke rumah.

Meskipun jalan yang dilaluinya selama ini adalah sama,namun perjalanannya pada pagi itu amat jauh dirasakan.Dia ingin segera menemui ibu dan ayahnya di rumah.Walaupun dia mengetahui ibu dan ayahnya masih lagi bertungkus-lumus bekerja di sawah.Nmun dia tidak mengendahkan itu semua.Azamnya hanya satu,iaitu bertemu ibu dan ayahnya secepat mungkin.

Di sepanjang perjalanannya itu terasa seolah-olah ditabur dengan bunga dan haruman yang segar.Walaupun begitu dia tetap gelisah selagi tidak sampai ke rumah dan tidak bertemu kedua-dua orang tuanya."Ibu,ayah cepatlah pulang dari sawah,"Erni berbicara sendirian.Tanpa disedarinya,kayuhan basikalnya semakin pantas.Tidak lama kemudian,dia pun sampai ke rumahnya.

"Ibu,ibu,ibu,"Erni menjerit setelah melihat kelibat ibunya yang sedang berjalan pulang.Sampai sahaja di halaman rumah,Erni terus melompat dari basikalnya lalu memeluk ibunya.Lumpur yang memenuhi baju ibunya tidak dihiraukannya.Ibunya dipeluk dengan eratnya lalu berbisik."Ibu,Erni mendapat 5A,bu,"Berita itu membuatkan ibunya menitiskan air mata.Kedua-dua beranak tersebut berpeluk dengan mesranya."Mana ayah?"tanya Erni."Masih di sawah,nak,"jawab ibu Erni.

Semenjak Erni mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR,seluruh kampungnya tumpang bergembira.Kawan-kawannya tidak henti-henti mengucapkan tahniah.Kini,Erni begitu yakin bahawa dia akan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.

Bagi Erni kejayaan ini disebabkan oleh bimbingan pak ciknya.Pak ciknyalah yang selama ini banyak memberikan dorongan.Dialah yang selalu memberikan nasihat supaya Erni mengubah sikap daripada malas ke rajin dan tekun belajar.Namun Erni sedih di saat dia mengecapi kejayaan,pak ciknya kini berada jauh di England kerana melanjutkan pelajaran di sana.

Anonymous said...

Nama:Nurul Farhana Binti Zamri

Kelas:5 Gemilang

Tarikh:28 Februari

Tajuk:Memperolehi Keputusan Cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Erni mencapai basikalnya dengan pantas.Dia segera meninggalkan pekarangan Sekolah Kebangsaan Kampung Sentosa.Dia ingin cepat sampai ke rumah.

Meskipun jalan yang dilaluinya selama ini adalah sama,namun perjalanannya pada pagi itu amat jauh dirasakan.Dia ingin segera menemui ibu dan ayahnya di rumah.Walaupun dia mengetahui ibu dan ayahnya masih lagi bertungkus-lumus bekerja di sawah.Nmun dia tidak mengendahkan itu semua.Azamnya hanya satu,iaitu bertemu ibu dan ayahnya secepat mungkin.

Di sepanjang perjalanannya itu terasa seolah-olah ditabur dengan bunga dan haruman yang segar.Walaupun begitu dia tetap gelisah selagi tidak sampai ke rumah dan tidak bertemu kedua-dua orang tuanya."Ibu,ayah cepatlah pulang dari sawah,"Erni berbicara sendirian.Tanpa disedarinya,kayuhan basikalnya semakin pantas.Tidak lama kemudian,dia pun sampai ke rumahnya.

"Ibu,ibu,ibu,"Erni menjerit setelah melihat kelibat ibunya yang sedang berjalan pulang.Sampai sahaja di halaman rumah,Erni terus melompat dari basikalnya lalu memeluk ibunya.Lumpur yang memenuhi baju ibunya tidak dihiraukannya.Ibunya dipeluk dengan eratnya lalu berbisik."Ibu,Erni mendapat 5A,bu,"Berita itu membuatkan ibunya menitiskan air mata.Kedua-dua beranak tersebut berpeluk dengan mesranya."Mana ayah?"tanya Erni."Masih di sawah,nak,"jawab ibu Erni.

Semenjak Erni mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR,seluruh kampungnya tumpang bergembira.Kawan-kawannya tidak henti-henti mengucapkan tahniah.Kini,Erni begitu yakin bahawa dia akan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.

Bagi Erni kejayaan ini disebabkan oleh bimbingan pak ciknya.Pak ciknyalah yang selama ini banyak memberikan dorongan.Dialah yang selalu memberikan nasihat supaya Erni mengubah sikap daripada malas ke rajin dan tekun belajar.Namun Erni sedih di saat dia mengecapi kejayaan,pak ciknya kini berada jauh di England kerana melanjutkan pelajaran di sana.

Anonymous said...

Nama:Nurul Farhana Binti Zamri

Kelas:5 Gemilang

Tarikh:28 Februari

Tajuk:Memperolehi Keputusan Cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Erni mencapai basikalnya dengan pantas.Dia segera meninggalkan pekarangan Sekolah Kebangsaan Kampung Sentosa.Dia ingin cepat sampai ke rumah.

Meskipun jalan yang dilaluinya selama ini adalah sama,namun perjalanannya pada pagi itu amat jauh dirasakan.Dia ingin segera menemui ibu dan ayahnya di rumah.Walaupun dia mengetahui ibu dan ayahnya masih lagi bertungkus-lumus bekerja di sawah.Nmun dia tidak mengendahkan itu semua.Azamnya hanya satu,iaitu bertemu ibu dan ayahnya secepat mungkin.

Di sepanjang perjalanannya itu terasa seolah-olah ditabur dengan bunga dan haruman yang segar.Walaupun begitu dia tetap gelisah selagi tidak sampai ke rumah dan tidak bertemu kedua-dua orang tuanya."Ibu,ayah cepatlah pulang dari sawah,"Erni berbicara sendirian.Tanpa disedarinya,kayuhan basikalnya semakin pantas.Tidak lama kemudian,dia pun sampai ke rumahnya.

"Ibu,ibu,ibu,"Erni menjerit setelah melihat kelibat ibunya yang sedang berjalan pulang.Sampai sahaja di halaman rumah,Erni terus melompat dari basikalnya lalu memeluk ibunya.Lumpur yang memenuhi baju ibunya tidak dihiraukannya.Ibunya dipeluk dengan eratnya lalu berbisik."Ibu,Erni mendapat 5A,bu,"Berita itu membuatkan ibunya menitiskan air mata.Kedua-dua beranak tersebut berpeluk dengan mesranya."Mana ayah?"tanya Erni."Masih di sawah,nak,"jawab ibu Erni.

Semenjak Erni mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR,seluruh kampungnya tumpang bergembira.Kawan-kawannya tidak henti-henti mengucapkan tahniah.Kini,Erni begitu yakin bahawa dia akan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.

Bagi Erni kejayaan ini disebabkan oleh bimbingan pak ciknya.Pak ciknyalah yang selama ini banyak memberikan dorongan.Dialah yang selalu memberikan nasihat supaya Erni mengubah sikap daripada malas ke rajin dan tekun belajar.Namun Erni sedih di saat dia mengecapi kejayaan,pak ciknya kini berada jauh di England kerana melanjutkan pelajaran di sana.

Anonymous said...

Nama:Intan Dalia bt. Adnan
Kelas:5Gemilang
Tarikh:29 Februari 2012
Tajuk:Hati Yang Tekad

Mashitah murid tahun 5 terbilang.Dia seorang murid yang rajin.Dia selalu mendapat tempat pertama di dalam kelas.Tetapi,keluarganya sangat miskin.Apabila malam,dia terpaksa mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan lilin,kerana,ibu bapanya tidak mampu untuk membayar bil elektrik.

Tanggungan yang dihadapi oleh ibu bapa Mashitah agak berat juga,Mshitah mempunyai 5 orang adik-beradik.Bapanya,Encik hisham, berkerja sebagai seorang buruh di kilang beras.Ibunya pula,Puan Hazilah berkerja sebagai penjual kuih .

Di sekolah,Mashitah selalu diejek oleh rakan-rakannya kerana bajunya yang buruk.tetapi,Mashitah tidak tersinggung dengan ejekan itu.Dia selalu menolong ibunya menjual kuih apabila cuti sekolah.

Suatu hari,ibunya berkata,"Wahai anakku,ibu tak punya harta,hanya kamu dan adik-adikmu sahajalah harta ibu,jadi,ibu mahu kamu dan adik-adikmu belajar bersungguh-sungguh,maka,kamulah yang akan menjadi contoh kepada adik-adikmu".

Mshitah menjawab,"Ibu,kakak berjanji akan belajar bersungguh-sungguh,dan menjadi contoh kepada adik-adik,dan kakak berjanji akan kehidupan kita sekeluarga.

Mashitah terkejut apabila dia disergah oleh pekerjanya,rupa-rupanya,dia sedang termenung mengenangkan masa lampaunya.Akhinya,dengan hati yang tekad,dia berjaya dan mempunyai sebuah syarikat yang bernama Mashitah's Books Enterprise.