/*
- »
*/

Tuesday, March 22, 2011

TUGASAN TAHUN 5 CEMERLANG: BAHASA MELAYU MAC 2011

ARAHAN: CARI MAKLUMAT BERDASARKAN SATU TAJUK YANG TELAH DITENTUKAN SEPERTI DI BAWAH.

1. Makanan Tradisional
2. Permainan Tradisional
3. Tarian Tradisional

Pastikan tugasan anda ada maklumat

Nama:
Tahun:
Tajuk:
Untuk Perhatian:

9 comments:

Anonymous said...

Nama:NUR AMIRAH IZZATI BINTI ZAMRUD
Tahun:5 CEMERLANG
Tajuk:MAKANAN TRADISIONAL

Negara Malaysia kaya dengan makanan...kerna kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita xpernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.." Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan..Al-maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..? Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...

Nah..ini beberapa himpunan makanan tradisi orang melayu yang popular satu ketika dahulu...
DODOL



Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.


LEMPENG KELAPA



Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.

SLEMANG




Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis.

JALA MAS



Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.

BUNGA PUDAK



Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional Melayu dan amat popular di negeri Kedah. Ia merupakan hidangan istimewa dan dinamakan sempena bunga pundak. Kuih bunga pundak mempunyai inti kelapa.

BUAH TANJUNG



Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.

ASAM GUMPAL



Kuih asam gumpal merupakan hidangan yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan dengan inti dimasak dalam kuah santan. Ia disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampur dengan garam bagi membangkitkan rasa. Sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal sebesar satu gumpalan tangan. Campuran gula merah; halia dan halba ditambah bagi menambah perisa.

HALWA MASKAT



Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula.

KUIH HASIDAH



Kuih ini dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi serta gula. Merupakan sejenis kuih yang lemak dan manis.

NEKBAT



Merupakan makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, dan dibakar. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering dan apabila ia sedia dihidang, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih.

eDit0R.. said...

Tahniah Amirah..Bahan yang ditulis adalah menarik.

Anonymous said...

terima kasih cikgu....

Anonymous said...

Nama:WAN NURAINAA NAJIHAH BTE MEOR ANAS .
Tahun:5 CEMERLANG .
Tajuk :TARIAN MELAYU .

TARIAN MAK YONG

TARIAN MAK YONG YANG BERASAL DARI PATANI SELATAN THAILAHD DICIPTA UNTUK HIBURAN KERABAT DIRAJA WANITA;PERMAISURI SERTA PUTERI SEWAKTU KETIADAAN KERABAT DIRAJA LELAKI .TARIAN INI MENGGABUNGKAN DRAMA ROMANTIS;SERTA TARIAN DAN NYANYIAN TRADISIONAL DENGAN GAYA MENAWAN YANG YANG MENGISAHKAN ZAMAN KEGEMILANGAN DAN KESUITAN MELAYU.


KUDA KEPANG
TARIAN KUDA KEPANG DIBAWA KENEGERI JOHOR OLEH PENDATANG DARI JAWA .PARA PENARI DIGUNAKAN KUDA KEPANG
UNTUK MENGAMBARKAN KISAH KEJAYAAN PERJUANGAN SUCI ISLAM; DIIRINGI PALUAN GENDANG ;GONG DAN ANGKLUNG.


TARIAN LILIN
SEBUAH TARIAN YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH PENARI WANITA SAMBIL MENANTANG LILIN DI DALAM PIRING KECIL DIATAS TELAPAK TANGAN
MEREKA DAN MEMANPARKAN GERAK-GERI MEREKA YANG PENUH KELEMBUTAN .

Anonymous said...

Nama:M.Amirul Haikal bin Rostam.
Tahun:5 CEMERLANG .
Tajuk :TARIAN MELAYU .

TARIAN MAK YONG

TARIAN MAK YONG YANG BERASAL DARI PATANI SELATAN THAILAHD DICIPTA UNTUK HIBURAN KERABAT DIRAJA WANITA;PERMAISURI SERTA PUTERI SEWAKTU KETIADAAN KERABAT DIRAJA LELAKI .TARIAN INI MENGGABUNGKAN DRAMA ROMANTIS;SERTA TARIAN DAN NYANYIAN TRADISIONAL DENGAN GAYA MENAWAN YANG YANG MENGISAHKAN ZAMAN KEGEMILANGAN DAN KESUITAN MELAYU.


KUDA KEPANG
TARIAN KUDA KEPANG DIBAWA KENEGERI JOHOR OLEH PENDATANG DARI JAWA .PARA PENARI DIGUNAKAN KUDA KEPANG
UNTUK MENGAMBARKAN KISAH KEJAYAAN PERJUANGAN SUCI ISLAM; DIIRINGI PALUAN GENDANG ;GONG DAN ANGKLUNG.


TARIAN LILIN
SEBUAH TARIAN YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH PENARI WANITA SAMBIL MENANTANG LILIN DI DALAM PIRING KECIL DIATAS TELAPAK TANGAN
MEREKA DAN MEMANPARKAN GERAK-GERI MEREKA YANG PENUH KELEMBUTAN .

Anonymous said...

Nama:Adiba Farhana Abd Manas
Tahun:5 Cemerlang
Tajuk:Tarian Tradisional


TARIAN GAMELAN

Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu

TARIAN CIK SITI WAU BULAN

Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.

JOGET

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.


TARIAN ASYIK

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.

TARIAN AYAM DIDIK

Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

Anonymous said...

nama:NURUL NADIAH BT ABD RAZAK
tahun: 5CEMERLANG
tajuk:TARIAN MELAYU
TARIAN MAK YONG
Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan]], Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

Anonymous said...

nama:khairun najwa Zoo Negara merupakan satu kawasan hutan di tengah bandar raya. Mula dibuka kepada umum pada tahun 1963. Terdapat lebih 400 spesis haiwan di zoo ini. Aquaria KLCC mengandungi lebih 5000 spesis hidupan laut.Keistimewaannya ialah terdapat sebuah terowong kaca dengan ketinggian 1.8 meter dan sepanjang 90 meter yang merupakan terowong yang terpanjang di Asia Tenggara. Terowong ini menempatkan pelbagai hidupan laut dalam . Tempat ini boleh menampung sebanyak 2.7 juta liter Pengunjung berpeluang menyaksikan pertunjukan haiwan seperti gajah dan orang utanairun

Anonymous said...

nama:Khairul Najwan Bin Kamaruzaman
tahun:5 Cemerlang
tajuk:nama tempat-tempat menarik

Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia ,kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah.Pulau yang di kenali ramai ialah Pulau Langkawi.Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa,dan puteri jelita dari kayangan.Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara,Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antarakepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara .Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 jutatahu dahulu,pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkanimaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya .Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan'stlagmit'menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut.Pantai di Langkawi yang bersih ,cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengaksyikkan .
di Malaysia